Grab percaya bahawa setiap insan harus diberikan peluang untuk berkembang maju dalam ekonomi digital, dan ini termasuklah Orang Kurang Upaya (OKU) serta golongan-golongan yang terpinggir.
Oleh sebab itulah kami memperkenalkan GrabAccess, sebuah program yang membantu menghapuskan segala halangan dan secara sistematiknya memberikan akses dan sokongan yang sama rata kepada semua untuk menyertai Grab, tidak kira sama ada sebagai Rakan-Pemandu, Rakan-Penghantar atau Rakan-Niaga.
GrabAccess akan menyediakan sokongan kewangan dan latihan yang khas untuk suatu jangka masa yang tertentu bagi membantu Rakan-rakan baru kami menyesuaikan diri dan memudahkan mereka di platform Grab.