Isytiharkan kenderaan anda di JPJ sekarang
Hi rakan-pemandu Grab, anda dikehendaki oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menukar kod kenderaan persendirian (AB/AD) anda kepada kenderaan persendirian e-hailing (AH) di kaunter JPJ yang berdekatan. Keperluan ini adalah sebahagian daripada undang-undang e-hailing dan penting untuk EVP serta pembaharuan cukai jalan anda.
⚠️ Jangan tangguhkannya! Kegagalan untuk menukar kod kenderaan anda ke AH akan menyebabkan akaun disekat dan menghalang pembaharuan cukai jalan dan EVP anda.
Sila rujuk di bawah untuk ketahui lanjut syarat dan dokumen yang perlu dikemukakan semasa berurusan di kaunter JPJ atau melalui aplikasi MyJPJ.
Proses ini adalah percuma dan wajib untuk rakan-pemandu yang berdaftar di Malaysia.
Pengisytiharan Kenderaan E-Hailing Secara Digital (MyJPJ)
JPJ telah melancarkan ciri digital baharu untuk memudahkan urusan anda! Bermula Februari 2026, anda kini boleh membuat Pengisytiharan Kenderaan E-Hailing (tukar status daripada Persendirian AB/AD ke E-hailing AH) terus melalui aplikasi MyJPJ.
Tiada lagi borang manual atau beratur panjang.
Cara Pengisytiharan dalam 5 Langkah Mudah:
Langkah 1. Semak Usia Kenderaan: 3 tahun ke atas: Wajib lengkapkan pemeriksaan Puspakom Berkala dahulu; Bawah 3 tahun: Boleh terus ke Langkah 2.
Langkah 2. Muat Turun Aplikasi MyDigital ID: Ikut arahan yang diberikan untuk mendaftar ID anda.
Langkah 3. Log Masuk MyJPJ: Pilih “Log Masuk dengan MyDigital ID”. Jangan guna kaedah log masuk yang lain.
Langkah 4. Cari Fungsi Pengisytiharan: Tekan pilihan “Isytihar Kenderaan Perkhidmatan E-Hailing”.
Langkah 5. Hantar Permohonan: Pilih kenderaan anda dan ikut arahan untuk selesaikan pengisytiharan dalam beberapa klik sahaja!
*Proses ini hanya boleh dilakukan oleh pemilik kenderaan melalui aplikasi MyJPJ mereka.
Tonton TikTok Video: https://vt.tiktok.com/ZSuyVxLeW
1. Muat turun aplikasi MyJPJ dari App Store atau Google Play Store.
2. Klik pada butang ‘Profil’ di bahagian bawah.
3. Klik pada ‘Lesen Kenderaan Motor’.
4. Klik pada nombor kenderaan anda yang berdaftar.
5. Periksa jika ‘AH’ dinyatakan pada cukai jalan anda, seperti ditunjukkan pada gambar di bawah.

a. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar atau wakil
b. Permohonan boleh dilakukan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri/ Cawangan yang menjalankan aktiviti Pendaftaran dan Pelesenan kenderaan kecuali UTC
c. Maklumat EVP telah wujud di dalam sistem mySIKAP JPJ dan masih berkuatkuasa
d. Laporan Pemeriksaan Berkala (VR1) PUSPAKOM telah wujud dalam mySIKAP JPJ dan masih berkuatkuasa bagi kenderaan yang telah mencapai had usia tiga (3) tahun dari tarikh pendaftaran atau tahun ianya dibuat
e. Perlindungan insurans yang masih berkuatkuasa
a. Kod Kegunaan yang dibenarkan adalah AB/ AD (Persendirian-Motokar Individu)
a. Salinan kad pengenalan diri
b. EVP fizikal. Klik di sini untuk langkah memuat turun EVP fizikal anda
c. Borang Pengisytiharan Kenderaan Persendirian e-Hailing JPJ-EH1 (Pind.1/2021)
d. Borang Pindaan/ Pembetulan Butir-Butir Kenderaan dan Pemilik Berdaftar JPJK8 (Pind.1/2016)
e. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (VR1) bagi kenderaan melebihi had usia 3 tahun dari tarikh daftar atau tahun ianya dibuat
a. Salinan kad pengenalan Wakil dan Pemilik
b. EVP fizikal pemilik
c. Surat kebenaran (Surat Pelantikan Wakil) dari pemilik
c. Borang Pengisytiharan Kenderaan Persendirian e-Hailing JPJ-EH1 (Pind.1/2021)
d. Borang Pindaan/ Pembetulan Butir-Butir Kenderaan dan Pemilik Berdaftar JPJK8 (Pind.1/2016)
e. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (VR1) bagi kenderaan melebihi had usia 3 tahun dari tarikh daftar atau tahun ianya dibuat
FAQ
Tiada bayaran yang dikenakan. Urusniaga adalah percuma.
Sila hantar borang ini grb.to/physicalevpborneo. Kami akan muat naik semula EVP fizikal anda dalam masa 3 hari bekerja (tidak termasuk hujung minggu & cuti umum).