Ke arah pemanduan waktu sibuk yang lebih berbaloi
Memperkenalkan penambahbaikan agar anda boleh menjana lebih banyak lagi pendapatan pada waktu sibuk
Click here for the English version
Kami tahu memandu pada waktu sibuk adalah sesuatu yang memenatkan, lebih-lebih lagi di kawasan yang sesak. Tambahan pula, kesesakan lalu lintas boleh membuatkan masa pick-up dan perjalanan menjadi lebih lama. Walaupun anda mungkin menerima tambang tempahan yang tinggi, ia tidak semestinya memberi pampasan yang setimpal untuk masa yang anda habiskan di dalam trafik.
Mulai 12PM (petang), 19 November 2018
Grab akan memperkenalkan DUA perubahan penting untuk memberikan pemanduan waktu sibuk yang lebih berbaloi di bandar-bandar ini.
Jika bandar anda tidak disenaraikan di sini, jangan risau, perubahan ini akan datang ke bandar anda tidak lama lagi.
Tekan tajuk di bawah untuk keterangan lebih lanjut.
Memperkenalkan Bonus Time Booster, agar anda diberi jaminan pendapatan minima untuk setiap minit anda pandu (anggaran masa pick up + anggaran masa trip).
Setiap minit yang dihabiskan di dalam kesesakan lalu lintas akan merugikan anda. Pada masa yang sama, kami juga tidak boleh memberi jaminan masa perjalanan yang pendek kepada kesemua tempahan anda tetapi apabila anda mendapat tempahan dengan perjalanan yang panjang, kami akan memastikan anda dibayar dengan sewajarnya untuk setiap minit anda pandu. Jika tambang anda rendah untuk jumlah masa memandu anda, kami akan membuat top up. Ini akan menggantikan Bonus Pick-up Jauh setiap KM.
Oleh itu, anda akan mula menerima bonus ini lebih kerap lagi dengan jumlah bonus yang lebih tinggi, terutamanya untuk tempahan dengan masa pick-up yang lebih lama. Tempahan seperti ini akan berlaku semasa waktu sibuk di kawasan sibuk.
Tempahan 6-Seater akan layak untuk menerima Bonus Time Booster yang lebih tinggi berbanding tempahan GrabCar. Untuk jumlah jaminan 6-Seater, sila rujuk bahagian insentif di dalam aplikasi anda mulai hari Ahad ini (18 Nov).
Untuk maklumat lebih lanjut tentang bagaimana Bonus Time Booster dikira, sila rujuk Soalan Lazim #1.
Nota penting:
- Ciri ini tidak tersedia untuk tempahan yang dijadualkan (advance booking).
- Ciri ini hanya tertakluk kepada GrabCar, GrabCar (6-Seater), JustGrab GrabCar, JustGrab GrabCar (6-Seater), JustGrab GrabCar (10-Seater).
Kami faham bahawa situasi di mana penumpang tidak muncul atau membatal di saat akhir adalah sesuatu yang sangat merugikan untuk rakan-pemandu. Untuk hal ini, kami telah menerima maklum balas anda dan akan mula memberikan pampasan.
Anda akan menerima pampasan apabila sistem kami mendapati anda sudah berada dalam perjalanan ke lokasi pick up dan jika mana-mana situasi berikut berlaku:
- “Penumpang Tidak Muncul” apabila anda tiba di lokasi pick-up (selepas anda menunggu melebihi tempoh masa yang ditetapkan) ATAU
- Pembatalan tempahan lambat oleh penumpang (selepas 5 minit daripada masa tempahan di buat)
Jumlah pampasan adalah RM 3 untuk tempahan GrabCar. Sila rujuk bahagian insentif di dalam aplikasi anda mulai hari Ahad ini (18 Nov) untuk jumlah pampasan untuk tempahan jenis perkhidmatan lain di bandar anda.
Pampasan ini akan dibayar ke dalam dompet tunai anda setiap kali tempahan dibatal. Pastikan anda tidak mengutipnya daripada penumpang.
Nota penting:
- Ciri ini tidak tersedia untuk tempahan yang dijadualkan (advance booking).
- Tempahan back-to-back tidak layak untuk pampasan pembatalan tempahan lambat oleh penumpang.
- Ciri ini tertakluk kepada SEMUA rakan-pemandu.
- Kami tidak akan memberi pampasan kepada rakan-pemandu yang tidak menunjukkan sebarang usaha untuk memandu ke lokasi pick-up. Tindakan yang tegas akan diambil kepada mana-mana rakan-pemandu yang mencuba untuk menyalah guna ciri pampasan ini agar kami boleh terus menyediakan ciri pampasan ini kepada komuniti rakan-pemandu yang jujur.
- Pada masa yang sama, pampasan pembatalan akan dimatikan kepada mana-mana rakan-pemandu yang didapati menyalah guna sebab pembatalan (contohnya untuk mengelak CR dijejaskan) ataupun sering membuatkan penumpang membatal.
Soalan Lazim
1. Bagaimana Bonus Time Booster dikira?
Bonus Time Booster =
(jaminan pendapatan minima setiap minit x jumlah anggaran masa memandu) – tambang bersih
Contoh: Jazmin memperolehi tambang kasar RM5 daripada trip 3KM trip (12 trip minit) dengan mengambil masa pick-up 2 minit
Sama seperti tambang setiap minit, Bonus Time Booster akan dikira terlebih dahulu berdasarkan masa memandu (jumlah minit pick-up + jumlah minit trip) seperti yang dianggarkan oleh sistem kami. Grab tidak akan mengenakan caj komisen kepada Bonus Time Booster.
2. Di manakah saya akan melihat jumlah Bonus Time Booster?
Anda boleh melihat jumlah Bonus Time Booster untuk setiap tempahan pada job card dan di dalam skrin dalam transit (untuk trip AA).
Di dalam Riwayat dan Penyata Pembayaran, jumlah Bonus Time Booster akan dilabel sebagai “Bonus”. Bonus ini akan dibayar serta-merta bersama tambang anda ke dalam dompet tunai setelah tempahan dilengkapkan
3. Saya mendapat tempahan dengan pick-up yang jauh. Mengapakah Bonus Time Booster saya rendah?
Pengiraan Bonus Time Booster adalah berdasarkan sistem anggaran masa trip dan tambang bersih trip. Semakin tinggi tambang trip seminit, semakin rendah Bonus Time Booster kerana anda telah dapat pulangan yang setimpalnya untuk trip ini. Sekiranya tambang trip seminit adalah lebih tinggi daripada amaun booster, anda tidak akan menerima sebarang pembayaran booster.
Anggaran masa ini telah dikira terlebih dahulu, berdasarkan keadaan trafik pada sebelum ini. Oleh itu, anggaran masa ini mungkin berbeza dengan anggaran masa memandu anda yang terkini (berdasarkan Waze/Google). Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kesesakan trafik yang tidak dijangka atau pun penggunaan laluan berbeza daripada yang dicadangkan oleh aplikasi navigasi kami.
Walaupun tidak sempurna, kami percaya hal ini adalah satu pengemaskinian yang baik jika dibandingkan dengan cara sebelum ini. Dalam kami berusaha untuk menambahbaik sistem navigasi kami untuk mengambil kira keadaan trafik masa nyata dengan lebih baik lagi, hal ini akan membantu ketepatan Bonus Time Booster buat masa ini.
4. Mengapakah saya tidak menerima Bonus Time Booster?
Jika anda tidak menerima bayaran Bonus Time Booster untuk beberapa tempahan anda, itu kerana tempahan tersebut tidak layak untuknya. Tambang tempahan tersebut mempunyai tambang setiap minit yang lebih tinggi daripada jumlah booster (jaminan pendapatan bersih minima seminit).
Walau bagaimanapun, sila maklumkan kepada kami jika anda layak untuk Bonus Time Booster tetapi tidak diberikan selepas menyemak Riwayat anda dan Penyata Pembayaran mingguan.
Sila hantarkan pertanyaan anda melalui Help Centre di sini.
Adakah Bonus Time Booster dan Pampasan Pembatalan masih tertakluk sekiranya saya memandu di bandar lain dengan ciri Multi-city Support?
Ya, tetapi jumlah minima dijamin seminit dan jumlah pampasan akan mengikut bandar tersebut.
Sila ambil nota bahawa kami sedang melancarkan ciri-ciri ini mengikut bandar. Oleh itu, jika anda melakukan trip di bandar lain dengan ciri Multi-city Support, ciri-ciri ini mungkin tidak terdapat di bandar-bandar tertentu sehingga 3 Disember 2018.
6. Kenapa saya tidak menerima Pampasan Pembatalan apabila penumpang saya membatal lambat?
Jika kami mendapati anda tidak memandu ke lokasi pick-up, anda tidak akan diberikan pampasan. Walau bagaimanapun, sila beritahu kami jika anda layak untuk pampasan tetapi tidak menerima pampasan selepas menyemak Riwayat anda dan Penyata Pembayaran mingguan.
Tekan sini untuk melapor melalui Help Centre.