
GrabCar Saver: Kurangkan Menunggu dan Dapatkan Lebih Tempahan
Memperkenalkan GrabCar Saver! Jenis perkhidmatan mampu milik baharu yang tersedia mulai 10 Julai di bandar-bandar terpilih.

Pilih untuk menerima atau menolak tempahan, tanpa menjejaskan Kadar Pembatalan (CR) anda.

Berpeluang untuk menerima tempahan lebih dengan masa menunggu yang rendah kerana mampu milik = lebih ramai penumpang

Anda juga boleh memilih untuk nyahaktifkan GrabCar Saver pada bila-bila masa. Jika anda bersedia untuk terima tempahan lebih, aktifkan semula!
Soalan Lazim
GrabCar Saver adalah jenis perkhidmatan mampu milik baharu dimana rakan-pemandu boleh memilih untuk menerima atau menolak tempahan tanpa menjejaskan Kadar Pembatalan (CR).
Berita baik, rakan-pemandu! Tempahan GrabCar Saver boleh diterima secara manual (manual accept), jadi anda boleh memilih untuk terima atau tolak tempahan.
Tidak. Dengan GrabCar Saver, rakan-pemandu boleh memilih untuk terima atau tolak tempahan tanpa menjejaskan Kadar Pembatalan (CR) mereka.
Walau bagaimanapun, CR anda akan terjejas jika anda batalkan tempahan GrabCar Saver selepas anda menerimanya.
Sebagai rakan-pemandu, anda mungkin menghabiskan banyak masa menunggu tempahan di kawasan anda. GrabCar Saver memberi peluang kepada rakan-pemandu untuk menerima tempahan lebih dengan masa menunggu yang rendah.
Anda juga boleh memilih untuk nyahaktifkan jenis perkhidmatan GrabCar Saver jika anda tidak ingin menerima tempahan ini lagi.
Semua rakan-pemandu layak menerima tempahan GrabCar Saver, tanpa mengira peringkat.
Komisen akan sama dengan jenis perkhidmatan pengangkutan lain seperti JustGrab.
Ya. Seperti jenis perkhidmatan pengangkutan yang lain, GrabCar Saver akan dikira untuk Bonus Cashback anda.
Ya, anda masih akan menerima Bonus Far Pick-Up. Walau bagaimanapun, jumlah bonus mungkin berbeza daripada jenis perkhidmatan pengangkutan lain seperti JustGrab.
Buat masa ini, GrabCar Saver hanya tersedia di bandar-bandar terpilih.