Grab bersedia menghulurkan tangan semasa saat sukar begini.

Sokongan tambahan Grab semasa lanjutan PKP.

 

Kami prihatin bahawa lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal memberikan kesan negatif kepada pendapatan anda saat ini.

Oleh itu, Grab sedang melancarkan Program Bantuan Perniagaan Kecil Grab (Grab Small-Biz Relief) atau GSR, khusus untuk membantu restoran, gerai dan penjaja kecil di GrabFood. Kami menggelar perniagaan-perniagaan ini sebagai Local Heroes, dan dengan menerima e-mel ini, anda sudah pun dinobatkan sebagai salah satu Local Heroes.

Semua Local Heroes juga akan mendapat penonjolan tambahan apabila Grab:

  • Mempamerkan kategori Local Heroes di dalam GrabFood
  • Menampilkan cawangan anda kepada para pelanggan berdekatan
  • Menggalakkan para pengguna Grab untuk menyokong Local Heroes di GrabFood

Jom #RideItOutBersama.

Aset kreatif untuk media sosial
Kami juga melanjutkan sokongan kami ke media sosial anda dengan berkongsi 4 templat yang anda boleh gunakan untuk pos Facebook atau Instagram anda.

Pilih templat yang digemari, dan letakkan gambar sajian popular anda. Kemudian, sertakan logo restoran anda di belakang. Kekalkan ruangan hijau Grab di bawah.

Tambahkan pautan ini, bit.ly/localheroesapr20, ke pos Facebook atau Instagram anda bagi memastikan pelanggan yang berpotensi dibawa terus ke kategori Local Heroes di seksyen GrabFood. Di desktop, mereka akan dibawa ke laman pesanan Local Heroes di laman web GrabFood.

Aset kreatif: google drive link

FAQ

Kami memahami bahawa ini merupakan saat yang sangat mencabar kepada rakan-rakan niaga GrabFood kami. Bagi restoran dan penjaja kecil yang menghadapi kesukaran untuk mengukuhkan kewangan dalam tempoh ini, kami menghulurkan tangan dengan melancarkan program Bantuan Perniagaan Kecil Grab (Grab Small-Biz Relief) atau GSR.

Kami berharap agar program ini akan memberikan sokongan kepada ribuan rakan niaga restoran dan penjaja kecil, dengan membantu aliran tunai mereka yang kritikal, terutama mereka yang terpaksa menangguhkan keseluruhan operasi.

GSR sah dari 1 April hingga 14 April 2020.

Restoran dan penjaja kecil akan menerima rebat RM3.00 untuk setiap pesanan GrabFood yang berjaya dilakukan sepanjang tempoh program ini berjalan. Rebat ini sah sehingga maksimum RM3,000 untuk setiap jenama, dan mengikut struktur bayaran rebat seperti berikut:

  1. Rebat RM3 akan diproses pada setiap hari Isnin dan Khamis, dan akan disertakan di dalam amaun pesanan yang telah dihantar yang dikreditkan oleh GPay Network Sdn. Bhd.
  2. Rebat akan diperlihatkan di dalam kolum Amaun Dibayar (Paid Amount) Penyata Mingguan GrabFood (GrabFood Weekly Statement) dan lampiran butiran senarai pesanan.
  3. Sekiranya anda merupakan sebuah jenama dengan beberapa cawangan, amaun tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank cawangan anda. Pada peringkat jenama, had maksimumnya ialah 1,000 pesanan.

Anda tidak perlu membuat permohonan untuk menyertai program ini. Perlantikan program ini adalah secara automatik bagi rakan-rakan niaga yang memenuhi kriteria kelayakan sebagai rakan niaga restoran dan penjaja kecil. GrabFood juga akan menghantarkan e-mel kepada rakan niaga yang layak menerusi alamat-alamat e-mel perniagaan dan cawangan berdaftar mereka.

Kriteria bagi rakan-rakan niaga restoran dan penjaja kecil adalah seperti berikut:

  1. Syarikat-syarikat kecil dan mikro; DAN
  2. Tidak membayar SST seperti nilai ambang Kementerian Kewangan; DAN
  3. Purata jualan bulanan jenama <RM30,000 sebulan di GrabFood (dikira berdasarkan persembahan dari Januari hingga Mac 2020 dan akan diprorata bagi rakan-rakan niaga baharu GrabFood)

Kepada rakan-rakan niaga kami yang lebih besar: Kami menyedari bahawa anda mempunyai lebih ramai pekerja dan cawangan untuk dijaga; namun kami berharap agar anda memahami bahawa sangat penting bagi kami dengan sumber-sumber yang terhad ini, untuk memberikan tumpuan kepada mereka yang benar-benar kekurangan pilihan untuk menyelamatkan perniagaan mereka.

Sila isikan butiran anda di dalam borang di laman ini. Memandangkan kemasukan permohonan yang banyak semasa tempoh yang mencabar ini, wakil kami akan berurusan dengan anda secepat mungkin. Walau bagaimanapun, anda masih boleh menyertai program ini selagi perniagaan anda diaktifkan sepanjang tempoh program ini berjalan.