Di samping pesanan biasa, rakan-penghantar juga boleh menerima pesanan Mix & Match, yang boleh memberi lebih bayaran dari biasa! Untuk pesanan Mix & Match, rakan-penghantar perlu pickup barangan/makanan dari beberapa premis rakan-niaga yang berlainan di kawasan yang sama.
Rakan-penghantar dan rakan-pemandu di Lembah Klang, Penang, Kota Kinabalu, Kuching dan Ipoh boleh menerima Pesanan Mix & Match untuk salah satu jenis pesanan berikut:
- Pesanan GrabFood di medan selera, atau
- Pesanan GrabMart di pasar
Bagaimanakah cara untuk kendali pesanan Mix & Match?
Untuk pesanan Mix & Match:
Soalan Lazim
Apakah itu Pesanan Mix & Match?
Pesanan Mix & Match adalah sejenis pesanan yang memerlukan rakan-penghantar untuk pickup barangan/makanan dari beberapa premis rakan-niaga berlainan di kawasan yang sama. Pesanan ini diperuntukkan untuk pesanan GrabMart dari pasar atau GrabFood dari medan selera.
Adakah saya layak untuk menerima Pesanan Mix & Match?
Pesanan Mix & Match akan diagihkan seperti pesanan yang lain kepada rakan-penghantar dan rakan-pemandu di Lembah Klang, Penang, Kota Kinabalu, Kuching dan Ipoh.
Bagaimanakah cara untuk mengetahui jika pesanan yang saya terima adalah pesanan Mix & Match?
Rujuk ID pesanan. ID pesanan yang diakhiri dengan huruf M adalah pesanan Mix & Match (contoh: GF-698M untuk GrabFood, GM-698M untuk GrabMart). Jika tidak, pesanan tersebut adalah pesanan biasa.
Bagaimanakah saya boleh mencari premis rakan-niaga untuk pickup pesanan?
‘Arahan’ atau ‘Directions’ (akan diberikan dan dipaparkan di bawah setiap rakan-niaga yang anda perlu pickup pesanan. Klik pada ‘Arahan’ atau ‘Directions’ tersebut untuk memudahkan pencarian anda.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.