Kami sentiasa menyokong anda!
Click here for the English version
Untuk menunjukkan bahawa #GrabSapotYou semasa tempoh masa yang sulit ini, kami telah melaksanakan beberapa inisiatif!
Rujuk tab di bawah untuk info lanjut.
Lindungi diri dan keluarga pada bila-bila masa, di mana jua dengan Personal Accident Plus Insurance Programme (PA+)!
Kos adalah serendah RM5.50/bulan, dan perlindungan adalah untuk kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal, kebakaran tahap ketiga dan bayaran balik untuk perbelanjaan perubatan – walaupun ketika anda tidak memandu. Untuk info lanjut, tekan sini.
🔎 Tip: Jika anda rakan berperingkat Ultimate, anda layak untuk menerima bayaran balik RM5.50 secara bulanan untuk pelan anda!
Dengan kerjasama Shell, kami ingin bantu anda ringankan beban perbelanjaan dengan mata Bonuslink tambahan dan diskaun minyak pelincir!
Untuk menebus ganjaran ini, kunjungi bahagian GrabBenefits dalam aplikasi pemandu anda.
Kami telah bekerjasama dengan Microsoft untuk memperkasakan anda dengan kemahiran digital melalui Kursus Kemahiran Digital PERCUMA!
Kursus ini dijalankan secara atas talian melalui GrabAcademy dalam aplikasi pemandu anda. Di akhir setiap modul, anda akan menerima sijil, seperti 20,000 rakan-pemandu & rakan-penghantar lain yang telah menerimanya.
Anda boleh pelajari kemahiran baru dengan kelas Zoom GrabAcademy bulanan kami! Berikut adalah kelas yang kami jalankan setiap bulan:
Nantikan mesej jemputan daripada kami di bahagian inbox untuk mempelajari kemahiran baru!
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.