Tingkatkan Pendapatan Anda Bersama GrabExpress

Aktifkan GrabExpress sepanjang masa di aplikasi pemandu anda!

Kepada rakan-penghantar yang dihormati, kami ingin menjemput anda untuk meningkatkan pendapatan anda bersama GrabExpress! GrabExpress ialah perkhidmatan penghantaran on-demand yang lebih tertumpu kepada penghantaran bungkusan dan dokumen. Antara kelebihan GrabExpress ialah:

1. Dapatkan pendapatan sepanjang hari

Kebanyakan pesanan GrabExpress diterima dalam pukul 2pm – 5pm (waktu GrabFood kurang menerima pesanan). Ini bermakna anda akan berpeluang untuk meraih pendapatan sepanjang hari.

2. Gandakan penerimaan pesanan

Perkhidmatan GrabExpress tersedia untuk seluruh kawasan Lembah Klang, jadi anda boleh mengaktifkan GrabExpress di mana saja anda berada. Banyak pesanan GrabExpress diterima di dalam kawasan Hotspot GrabFood seperti pusat bandar KL, PJ, Ampang dan Cheras jadi anda boleh menerima pesanan untuk kedua-dua perkhidmatan tanpa sebarang masalah.

3. Pendapatan lebih tinggi

Oleh kerana tambang GrabExpress dikira berdasarkan jarak penghantaran, anda berpeluang untuk mendapatkan lebih pendapatan kerana penghantaran GrabExpress biasanya lebih jauh (purata tambang bagi setiap pesanan adalah lebih tinggi iaitu RM16). Sebagai tambahan, kami menyediakan bonus pengambilan jauh seperti GrabFood!

4. Lebih banyak pesanan dengan pelbagai kerjasama

GrabExpress sedang menjalankan kerjasama bersama LAZADA untuk meningkatkan jumlah penghantaran anda. Pastikan anda sentiasa hidupkan perkhidmatan GrabExpress di aplikasi pemandu!

Apa tunggu lagi? Sentiasa bawa beg pengasingan bersama anda dan aktifkan GrabExpress sekarang!


Adakah anda rakan-penghantar GrabFood? Sertai kami di GrabExpress dan tingkatkan pendapatan anda!

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.