Menu Driver Sign-Up

Polisi Beg Hantaran GrabFood

Beg penghantaran GrabFood adalah peralatan wajib untuk setiap rakan-penghantar. Polisi ini adalah untuk rakan-penghantar lebih memahami bagaimana proses pengambilan beg penghantaran GrabFood akan berfungsi serta supaya rakan-penghantar menjaga beg penghantaran sendiri dengan lebih baik. Polisi ini berkuatkuasa 19 November 2018.

Untuk meringankan beban rakan-penghantar, GrabFood hanya akan mengambil potongan RM150 sahaja untuk semua peralatan. Potongan RM50 akan diambil secara berkala selama 3 minggu daripada Dompet Tunai rakan-penghantar.

Jumlah ini akan berfungsi sebagai deposit untuk beg penghantaran sepanjang masa rakan-penghantar membuat penghantaran dengan GrabFood. Terma dan syarat adalah seperti berikut:

 

Terma dan Syarat :

  1.  Jika beg penghantaran rakan hilang ATAU dicuri:
  • Rakan-penghantar perlu membayar deposit baru RM150

 

  1. Jika rakan ingin mendapat beg penghantaran yang baru:
  • Jika lebih daripada 9 bulan
  • Pulangkan beg penghantaran lama dan dapatkan beg penghantaran baru tanpa potongan deposit baru
  • Jika kurang daripada 9 bulan
  • Pulangkan beg penghantaran lama dan dapatkan beg penghantaran baru selepas potongan deposit baru RM100 sahaja

 

  1. Jika rakan digantung secara kekal ATAU ingin berhenti menghantar dengan GrabFood:
  • Beg penghantaran perlu dipulangkan kepada GrabFood
  • Deposit RM150 sahaja akan dipulangkan kepada rakan-penghantar

 

Nota:

  1. Penukaran beg penghantaran GrabFood adalah tertakluk kepada ketersediaan stok.
  2. Rakan-penghantar perlu mendaftar sebelum mengambil beg penghantaran baru di sini.
  3. Beg penghantaran Non-Halal akan dicaj jumlah RM50 sekiranya hilang atau dicuri.