Tambah nilai dompet kredit

Ketahui cara and lokasi di mana anda boleh lakukannya di bawah!

Click here for the English version

Rakan-pemandu dan rakan-penghantar boleh menambah nilai dompet kredit anda dengan salah satu cara di bawah:

Tambah nilai melalui e-Pay (atas talian)

Langkah 1: Layari https://www.e-pay.com.my/ untuk mendaftar akaun. Sahkan akaun anda dengan menekan pautan yang dihantar ke emel yang digunakan untuk mendaftar.

Langkah 2: Tekan ‘Buy/Pay’ dan pilih ‘Others’. Tekan ‘Grab’ dan pilih jumlah kredit yang anda inginkan.

Langkah 3: Pilih cara pembayaran. Setelah pembayaran anda berjaya, anda akan menerima kod 16 digit. Kod ini juga ada dalam resit yang akan dihantar kepada inbox anda.

Langkah 4: Pilih ‘Wallet’ pada aplikasi pemandu anda and pilih ‘Credit Wallet’. Tekan ‘Top up with Pin’. Masukkan kod 16 digit dan tekan ‘Confirm’


Tambah nilai di 7-Eleven/ Stesen Minyak

Langkah 1: Beli jumlah kredit pilihan anda di kaunter (RM10, RM30, atau RM50). Anda akan menerima kod 16 digit.

Langkah 2: Pilih ‘Wallet’ pada aplikasi pemandu anda and pilih ‘Credit Wallet’. Tekan ‘Top up with Pin’.

Langkah 3: Masukkan kod 16 digit dan tekan ‘Confirm’

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.