Persiapan Aidilfitri lebih mudah dengan langkah dan tawaran terhad berikut!
Click here for the English version
Persiapan menjelang Hari Raya kali ini sememangnya berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana penerusan amalan penjarakan sosial. Untuk kebanyakan daripada kita, melakukan persiapan bukannya satu perkara yang mudah apabila anda perlu duduk di rumah.
Oleh itu, untuk memudahkan persiapan Aidilfitri anda tahun ini, kami telah menyenaraikan beberapa perkara yang anda perlu tahu, di samping tawaran yang anda boleh dapati di bahagian GrabBenefits!
1. Kemas dan basmi
Musim perayaan tidak lengkap tanpa rumah yang bersih, terutamanya pada tahun ini. Bersihkan rumah anda secara awal dan berfasa agar anda tidak letih jika anda berpuasa.
Selain vakum dan mop, anda juga perlu membasmi rumah anda. Tidak ada produk pembasmi? Kami telah bekerjasama dengan Lysol untuk memberikan anda diskaun 10% untuk produk pembasmi kuman jadi dapatkannya untuk memastikan rumah bebas kuman. Anda juga boleh gunakannya untuk kenderaan anda!
2. Hias semula dalaman rumah
Hari Raya merupakan masa yang terbaik untuk menghias semula rumah anda. Anda tidaklah perlu melakukan hias semula secara besar-besaran. Hanya hias semula kecil-kecilan seperti menyusun semula perabot rumah, membuang barangan yang tidak perlu ataupun membeli bekas dan balang baru untuk biskut Raya!
Jika anda tidak tahu di mana untuk mendapatkan semua ini, anda boleh cuba dalam talian! Rakan kami di Shopee kini menawarkan cashback koin 10% agar anda boleh dapatkan lebih lagi apabila anda membeli belah.
3. Basuh Baju Raya
Baju Raya adalah satu keperluan setiap kali Syawal menjelma. Sama ada baru atau pun lama, jangan lupa untuk basuh baju raya anda terutamanya jika baju anda sudah lama berada di dalam almari.
Sedang mencari baju raya tahun ini? Dapatkannya di Zalora di dalam keselesaan kediaman anda sendiri dan nikmati diskaun sehingga 18%! Anda juga boleh dapatkan tudung dan skirt di sini jadi jangan lupa untuk mencarinya di sini.
4. Rancang biskut dan minuman Raya
Raya tahun ini mungkin tidak semeriah tahun sebelumnya tapi ia tidak bermaksud anda tidak boleh mengekalkan semangat Raya! Selain rendang dan ketupat, setiap rumah juga memerlukan biskut raya dan kuih. Jika anda ingin membuat biskut raya, jangan lakukanya pada saat-saat akhir. Luangkan masa sekurang-kurangnya seminggu agar anda tidak perlu tergesa-gesa dan biskut anda boleh tahan lama.
Jika anda ingin membeli minuman raya untuk snek-snek Raya, belilah daripada F&N! Dapatkan diskaun RM5 di samping diskaun lain untuk setiap pembelian air tin berkarbonat, sirap kordial dan lebih banyak lagi di laman web F&N Life, dan mereka akan hantar ke rumah anda!
Dan itu sahaja! Jika anda inginkan lebih banyak lagi tawaran khas musim perayaan ini, anda boleh dapatkannya dengan mengunjungi bahagian GrabBenefits di dalam aplikasi pemandu anda. Daripada keluarga anda di Grab, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya!
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.