Tip untuk pandu dengan selamat dalam cuaca buruk

Hujan lebat? 🌧️Tiada masalah!

Click here for the English version

Dalam situasi cuaca yang tidak menentu pada awal tahun ini, ramai pemandu yang terpaksa memandu di dalam cuaca buruk seperti hujan lebat dan ribut petir.

Apabila hal ini berlaku, anda perlu tahu cara-cara untuk mengendalinya. Bagi memastikan anda sentiasa bersedia untuk perkara ini, ikuti panduan ringkas di bawah sepanjang masa!


1. Sentiasa berwaspada 👀

Semasa anda memandu di dalam hujan lebat dan angin kencang, pastikan anda sentiasa perhatikan keadaan jalan raya.

Pastikan anda sentiasa peka dengan sebarang halangan seperti dahan pokok atau bungkusan sampah atas jalan raya yang dibawa oleh angin kencang. Pandu dengan perlahan dan jangan lupa untuk memeriksa cermin sebelum anda mengelak halangan tersebut!

2. Pandu perlahan 🐢

Kurangkan kelajuan untuk kekal selamat! Apabila anda memandu di dalam hujan lebat, jangan memandu laju bagi mengelakkan kenderaan anda daripada tergelincir.

Elakkan daripada memandu di atas lopak air kerana ia mungkin lebih dalam dari jangkaan anda. Di samping itu, pastikan anda menjaga jarak anda dengan kenderaan di hadapan agar dapat berhenti dengan selamat sekiranya kenderaan di hadapan membuat pembrekan mengejut.

3. Gunakan lorong tengah 🛣️

Lorong kiri dan kanan lebuh raya biasanya akan dibanjiri air semasa hujan. Ini kerana lorong-lorong ini selalunya dibina lebih rendah daripada lorong tengah.

Gunakan lorong tengah semasa memandu di dalam hujan untuk menjauhi lopak air yang berbahaya!

4. Hidupkan lampu 💡

Pastikan kenderaan anda senang dilihat! Jika hujan terlalu lebat sehingga mengehadkan pandangan anda, hidupkan lampu hadapan agar kenderaan anda dapat dilihat oleh pengguna jalan raya lain.

Walau bagaimanapun, jangan gunakan lampu kecemasan! Lampu ini sepatutnya digunakan hanya jika kenderaan anda tidak bergerak dan ia boleh mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan juga akan membuatkan anda tidak dapat memberitahu pemandu lain sekiranya anda ingin menukar lorong.

Dan yang paling penting sekali, sekiranya cuaca terlalu bahaya untuk anda memandu, berhenti seketika di R&R atau stesen petrol terdekat. Ingatlah orang tersayang anda! ❤️


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.