Terma dan Syarat (Lahad Datu)

Cetakan Halus

Click here for the English version

Sila baca semua isi-isi cetakan halus untuk memastikan anda layak menerima insentif. Selain itu, luangkan masa untuk membaca terma dan syarat yang ada di dalam aplikasi pemandu agar anda dapat mengekalkan prestasi cemerlang sebagai rakan-pemandu.

  1. Mulai 19 November 2018, struktur pendapatan baru ini adalah untuk semua rakan-pemandu GrabCar di Lahad Datu sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa/sambilan.
  2. Rakan-pemandu baru yang mendaftar selepas 19 November 2018 akan secara automatik mendapatkan kadar komisen 25%. Walau bagaimanapun, anda berpeluang untuk mendapatkan kadar komisen 20% sekiranya anda mengaktifkan Auto Accept.
  3. Kekalkan Purata Driver Rating (“DR”) 4.5 dan ke atas (mulai 20 November 2017) untuk terus menggunakan platform Grab.
  4. Untuk mengekalkan status ‘aktif’ Grab account anda, semua Rakan-pemandu harus mengekalkan sekurang-kurangnya Acceptance Rate (“AR”) 30%.
  5. Kekalkan AR Mingguan kepada 85%. Acceptance Rate mingguan anda akan ditetapkan semula kepada 0% pada hari Isnin pukul 12:01am.
  6. Kekalkan kadar purata DR 4.7 dan ke atas setiap minggu (purata rating 100 trip terakhir yang dikira secara mingguan) untuk layak menerima insentif.
  7. Kekalkan Cancellation Rate (“CR”) kepada 15% dan ke bawah untuk minggu tersebut. CR mingguan pemandu* dikira seperti berikut: Bilangan Pembatalan oleh Rakan-pemandu dibahagikan dengan Bilangan Penerimaan Tempahan dalam minggu tersebut. *Bagi tujuan pendapatan, tempahan yang dibatalkan oleh penumpang TIDAK akan menjejaskan CR mingguan Rakan-pemandu. Tetapi, kadar pembatalan keseluruhan yang tinggi akan dipantau.
  1. Kelayakan untuk insentif Time Booster adalah seperti berikut:
  • Pembayaran akan dikira terlebih dahulu berdasarkan anggaran masa trip dan tambang bersih trip. Anggaran masa trip akan dikira terlebih dahulu berdasarkan keadaan trafik sebelum ini. Hal ini mungkin berbeza dengan minit masa pada masa kini (mengikut Waze/ Google) kerana trafik yang tidak diduga atau disebabkan laluan lain yang disyorkan oleh sistem navigasi Grab.
  • Jika tambang bersih setiap minit anda pandu yang dikutip untuk jumlah trip yang dilengkapkan adalah lebih tinggi daripada jumlah pendapatan kasar Time Booster yang dijamin untuk jam tersebut, anda tidak akan diberikan sebarang top-up – anda akan memperolehi jumlah tambang yang dikutip seperti biasa. Grab hanya akan membayar perbezaan jika tambang bersih yang anda kutip adalah lebih rendah daripada jumlah pendapatan kasar Time Booster yang dijamin untuk jam tersebut.
  • Hanya jumlah insentif bersamaan atau lebih daripada RM1 akan dibayar untuk setiap trip yang layak.
  • Tempahan yang dijadualkan (advanced booking) tidak akan dikira untuk insentif Time Booster.
  • Insentif Time Booster TIDAK tersedia untuk tempahan JustGrab GrabTaxi dan GrabTaxi.
  • Pembayaran yang ditunjukkan di dalam kad tempahan atau skrin dalam transit adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang perubahan yang disebabkan oleh keadaan trafik.
  1. Insentif dan promosi yang diperolehi akan di top up dalam cash wallet. Anda perlu menekan butang ‘Cash Out’; wang anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam hari yang sama. Sekiranya anda tidak melakukan hal sedemikian, wang anda akan kekal di dalam cash wallet anda.
  2. Di dalam kes di mana terdapatnya tempahan palsu atau mana-mana tingkah laku yang didapati mengambil kesempatan ke atas sistem Grab (cth: rakan-pemandu meminta penumpang untuk membatal tempahan dalam kadar yang tinggi), siasatan dalaman akan dilakukan. Bergantung kepada penemuan penyiasatan tersebut, rakan-pemandu boleh dianggap tidak layak untuk menerima pembayaran pendapatan. Semua keputusan daripada siasatan ini adalah muktamad dan terikat.
  3. Struktur pendapatan ini hanya untuk GrabCar (Economy) seperti yang dimaklumkan secara mingguan. Mana-mana struktur pendapatan sebelum adalah tidak sah.
  4. Semua keputusan daripada Grab adalah muktamad dan terikat. Grab tidak akan melayan sebarang permintaan atau rayuan yang dibuat oleh rakan-pemandu.

Nota: Kami telah mendapati banyak syarikat pihak ketiga yang ingin membuat pengiklanan di atas dan di dalam kereta anda di mana hal ini boleh menjejaskan pengalaman Grab bagi penumpang. Seperti yang dinyatakan di dalam terma dan syarat, kami tidak menggalakkan anda untuk mendaftar dengan mana-mana syarikat pihak ketiga yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak kami. Kami di Grab sedang berusaha untuk memberikan anda lebih banyak peluang kerjasama dengan rakan-kongsi yang telah kami luluskan. Sila nantikan maklumat lebih lanjut mengenai hal ini daripada kami tidak lama lagi!