Terma dan Syarat untuk Time Booster (Kota Kinabalu)

Click here for the English version

Sila baca semua terma dan syarat di bawah. Dengan menyertai “Time Booster”, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan menyetujui semua terma dan syarat di bawah, Terma dan Syarat Pemandu, syarat-syarat yang ditetapkan di Borang Pendaftaran Pemandu dan Tatakelakuan Pemandu.

  1. Mulai 29 Julai 2019, struktur pendapatan baru ini adalah untuk semua Rakan-Pemandu GrabCar di Kota Kinabalu, sama ada sepenuh masa ataupun separuh masa/sambilan.
  2. Semua Rakan-Pemandu sedia ada akan dikenakan kadar komisen 20% dan semua tempahan akan diterima secara Auto Accept. Semua Rakan-Pemandu baru yang mendaftar selepas 29 Julai 2019 juga akan tertakluk kepada syarat ini secara automatik.
  3. Kekalkan Purata Penilaian Pemandu (“DR”) 4.5 dan ke atas (mulai 20 November 2017) untuk kekal menggunakan platform Grab.
  4. Mana-mana permintaan pembatalan daripada penumpang tidak akan dikira dalam Kadar Pembatalan anda. Namun, kadar aduan yang terlalu tinggi akan sentiasa dipantau dan dipandang serius. Perkara ini boleh menjejaskan pendapatan anda.
  5. Kelayakan untuk insentif Time Booster adalah seperti berikut:
  • Pembayaran akan dikira terlebih dahulu berdasarkan anggaran masa trip dan tambang bersih trip. Anggaran masa trip akan dikira terlebih dahulu berdasarkan keadaan trafik sebelum ini. Hal ini mungkin berbeza dengan minit masa pada masa kini (mengikut Waze/ Google) kerana trafik yang tidak diduga atau disebabkan laluan lain yang disyorkan oleh sistem navigasi Grab.
  • Jika tambang bersih setiap minit anda pandu yang dikutip untuk jumlah trip yang dilengkapkan adalah lebih tinggi daripada jumlah pendapatan kasar Time Booster yang dijamin untuk jam tersebut, anda tidak akan diberikan sebarang top-up – anda akan memperolehi jumlah tambang yang dikutip seperti biasa. Grab hanya akan membayar perbezaan jika tambang bersih yang anda kutip adalah lebih rendah daripada jumlah pendapatan kasar Time Booster yang dijamin untuk jam tersebut.
  • Hanya jumlah insentif bersamaan atau lebih daripada RM0.50 akan dibayar untuk setiap trip yang layak.
  • Tempahan yang dijadualkan (advanced booking) tidak akan dikira untuk insentif Time Booster.
  • Insentif Time Booster TIDAK tersedia untuk tempahan JustGrab, GrabTaxi dan GrabTaxi.
  • Pembayaran yang ditunjukkan di dalam kad tempahan atau skrin dalam transit adalah muktamad dan tidak tertakluk kepada sebarang perubahan yang disebabkan oleh keadaan trafik.
  1. Untuk insentif lain, rujuk bahagian insentif dalam aplikasi untuk syarat kelayakkan. Syarat kelayakkan mungkin berbeza untuk setiap skim insentif.
  2. Insentif dan promosi yang diperolehi akan di top up dalam dompet tunai anda. Anda perlu menekan butang ‘Cash Out’; wang anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda dalam hari yang sama. Sekiranya anda tidak berbuat demikian, wang anda akan kekal di dalam dompet tunai anda.
  3. Di dalam kes di mana terdapatnya tempahan palsu atau mana-mana tingkah laku yang didapati mengambil kesempatan ke atas sistem Grab (cth: Rakan-Pemandu meminta secara paksa untuk penumpang membatalkan tempahan bagi pihak pemandu), siasatan dalaman akan dilakukan. Bergantung kepada hasil siasatan tersebut, Grab berhak untuk tidak memberikan bayaran, membatalkan, menggantung atau menamatkan akaun Rakan-Pemandu anda. Semua keputusan daripada siasatan ini adalah muktamad dan terikat.
  4. Struktur pendapatan ini hanya untuk GrabCar (Economy), GrabCar Plus dan GrabCar 6-seater seperti yang dimaklumkan secara mingguan. Mana-mana struktur pendapatan sebelum ini adalah tidak sah.
  5. Semua keputusan daripada Grab adalah muktamad dan terikat. Grab tidak akan melayan sebarang permintaan atau rayuan dari Rakan-Pemandu.