Kekal sihat semasa memandu

Click here for the English version

Anda mungkin pernah dengar tentang keburukan gaya hidup yang tidak aktif tetapi adakah anda sudah mengambil langkah untuk menangani kesan negatif hal ini apabila anda memandu untuk masa yang lama setiap hari?

Kami telah berjumpa dengan Frederick Khoo, pakar fisioterapi daripada Precise Rehab untuk mendapatkan nasihat tentang cara mengekalkan kesihatan semasa memandu.

Gerakkan badan anda

Selain daripada membaca mesej anda di antara tempahan, apa kata anda gunakan masa anda untuk membuat senaman yang ringkas di dalam kereta? Pastikan anda sudah meletakkan kereta anda di tempat yang selamat dan brek telah ditarik sebelum anda melakukan senaman berikut.

Senaman Leher

  1. Duduk tegak.
  2. Duduk di atas tangan kiri anda.
  3. Sengetkan badan anda ke kanan.
  4. Gunakan tangan kanan untuk menekan kepala anda. Angguk kepala anda ke depan dan belakang selama 20 saat.
  5. Ulangi langkah (1) ke (4) untuk bahagian sebelah.

Senaman Lengan

Biseps

  1. Duduk tegak
  2. Luruskan tangan kanan anda ke belakang anda dan letakkan lengan anda di atas bahu tempat duduk anda
  3. Kekalkan posisi tegak, pusingkan badan ke kiri, jauh daripada tangan kanan. Kekalkan posisi ini selama 20 saat.
  4. Dalam posisi langkah (3), pusingkan badan anda ke kanan dan ke kiri untuk 10 kali.
  5. Ulangi langkah (1) ke (4) untuk bahagian sebelah

Triseps

  1. Duduk tegak.
  2. Letakkan tangan kiri di atas paha kanan.
  3. Bengkokkan tangan kanan anda dan letakkan di belakang supaya tangan anda berada di tengah tulang belikat (shoulder blades).
  4. Guna tangan kiri untuk menekan siku tangan kanan
  5. Bengkokkan badan anda dan regangkan badan ke kiri
  6. Gerakkan badan ke depan dan belakang untuk 10 kali
  7. Ulangi langkah (1) ke (6) untuk bahagian sebelah

Senaman tulang belakang

  1. Tolak tempat duduk anda ke belakang. Gerakkan badan anda ke hadapan dan tinggalkan sedikit ruang di antara anda dan tempat duduk.
  2. Letakkan tangan di atas lutut. Bengkokkan badan anda ke hadapan dan keraskan abdomen anda.
  3. Selepas anda selesai, letakkan kedua belah tangan anda ke belakang dan pegang bahagian belakang tempat duduk anda. Luruskan badan dan tolak dada anda ke hadapan,
  4. Apabila anda selesai, bengkokkan badan anda dan tekan stereng di depan anda
  5. Ulang langkah (3)

Precise Rehab adalah sebuah pusat rawatan fisioterapi yang menyediakan perkhidmatan rawatan pemulihan sukan, klinik pilates dan latihan pemulihan. Pusat rawatan ini telah diasaskan oleh beberapa ahli fisioterapi yang secara keseluruhannya mempunyai pengalaman lebih daripada 14 tahun.


Majlis Makan Tengah Hari #BreakTheSilence

Pada bulan lepas, Grab dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah mengadakan majlis makan tengah hari untuk rakan-pemandu pekak bagi bersama-sama meraikan Minggu Pekak Antarabangsa dan #BreakTheSilence! Lihat detik-detik kegemaran kami pada majlis tersebut.


Ganjaran GrabAllStars – Info Bulanan

GrabAllStars adalah sebuah program yang memberikan faedah tambahan kepada rakan-pemandu dengan pelbagai pilihan daripada pelbagai rakan-niaga Grab. Ini termasuk harga yang berpatutan bagi perkhidmatan untuk mengurangkan perbelanjaan harian anda.

Berikut adalah antara ganjaran yang menarik untuk ditebus pada bulan ini:

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.