Satu aplikasi yang melakukan semuanya

Berita baik rakan-penghantar! Kami akan berpindah ke Aplikasi Pemandu Grab dalam beberapa minggu yang akan datang. Ini bermaksud, anda tidak perlu lagi menggunakan dua aplikasi berasingan.

Dengan satu aplikasi yang melakukan semuanya, pengalaman penghantaran anda akan menjadi lebih baik dan lancar.

 

Faedah-faedah penggunaan satu aplikasi

Selain daripada pengalaman yang lebih baik dan lancar:

Tiada lagi penangguhan dalam pembayaran pendapatan anda. Anda juga tidak perlu lagi menunggu untuk penyataan pendapatan mingguan, urus dan lihat semua pendapatan anda dengan mudah dalam aplikasi pemandu Grab.

Anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan secara percuma melalui GrabChat (mesej segera dalam aplikasi).

Anda tidak lagi perlu menjadualkan sesi bekerja, anda hanya perlu aktifkan Aplikasi Pemandu Grab untuk menerima pesanan.

Bersiap sedia untuk perubahan: Khusus Latihan Digital

Sebelum kami memindah semua rakan-penghantar ke aplikasi baru, kami ingin memastikan bahawa anda tahu dengan teliti bagaimana untuk menggunakannya. Ini adalah untuk memastikan penjanaan pendapatan rakan-penghantar tidak terjejas apabila kami pindah ke Aplikasi Pemandu Grab secara rasmi.

Semua rakan-penghantar wajib mengambil Khusus Latihan Digital ini sebelum 15 April 2019 di GrabAcademy.

Langkah-langkah untuk mengakses GrabAcademy

  1.  Membuka Aplikasi Pemandu Grab
  2. Tekan pada ‘Lagi’
  3. Tekan pada ‘Bantuan’
  4. Tekan pada ‘GrabAcademy’
  5. Tekan pada ‘New Topics’
  6. Tekan pada ‘Start’