Usaha kami untuk meningkatkan lagi permintaan!
Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan lagi permintaan GrabExpress, kami telah bekerjasama dengan Zalora dan Ninja Van untuk memperkenalkan Program Kerjasama Pemulangan di bandar terpilih!
Melalui program pemulangan ini, pelanggan Zalora boleh membuat pesanan penghantaran bagi pemulangan pesanan Zalora mereka ke pusat Ninja Van menggunakan perkhidmatan GrabExpress.
Kawasan & Masa
Setakat Mei 2021, program ini ditawarkan di bandar & kawasan berikut:
Cara kendali pesanan Program Kerjasama Pemulangan
Penerimaan pesanan
- Anda akan menerima pesanan seperti biasa. Pesanan ini adalah pesanan segera yang harus diselesaikan dengan secepat mungkin.
- Struktur tambang dan komisen bagi pesanan ini adalah sama dengan penghantaran GrabExpress biasa.
Pengambilan pakej
- Sila hubungi pelanggan Zalora untuk mengesahkan lokasi dan pastikan pesanan tersebut sudah sedia untuk diambil. Setelah selesai, pergi ke tempat pengambilan dengan segera.
- Masa menunggu yang disarankan di lokasi pelanggan adalah 5 minit.
- Pastikan ‘Return Label’ Zalora Ninja Van dilekatkan pada pakej tersebut. Jangan ambil pakej sekiranya tiada Return Label Zalora!
- Ambil gambar label sebagai bukti pengambilan. Contoh label ini adalah seperti berikut:
*Imej adalah untuk tujuan illustrasi sahaja
Penghantaran pakej
- Selepas pakej diambil, maklumkan kepada petugas di pusat Ninja Van bahawa anda akan menghantar pakej pemulangan Zalora.
- Apabila anda tiba di pusat Ninja Van, serahkan pakej di kaunter penyerahan di hub tersebut. Untuk makluman anda, petugas Ninja Van akan memakai uniform syarikat berwarna hitam.
- Pastikan petugas pusat Ninja Van tersebut menulis nama dan menandatangani Return Label Zalora pada pakej tersebut.
- Ambil gambar Return Label Zalora yang telah ditandatangani dengan JELAS sebagai bukti penyerahan. Ini adalah untuk memastikan rekod bukti penghantaran yang tepat; sekiranya berlaku pertikaian.
Penghantaran tidak berjaya
Lembah Klang:
- Sekiranya penghantaran anda tidak berjaya, buat penghantaran ke lokasi penghantaran alternatif yang berhampiran. Anda akan dibayar untuk perjalanan ini.
- Maklumkan kepada petugas di lokasi alternatif tersebut bahawa anda akan menghantar pakej pemulangan Zalora.
- Pastikan petugas tersebut menulis nama dan menandatangani Return Label Zalora pada pakej tersebut.
- Ambil gambar label yang telah ditandatangani DENGAN JELAS sebagai bukti penyerahan. Ini adalah untuk memastikan rekod bukti penghantaran yang tepat sekiranya berlaku pertikaian.
- Senarai lokasi pusat-pusat Ninja Van serta lokasi penghantaran alternatif boleh dirujuk di sini.
Johor Bahru & Penang:
- Sekiranya penghantaran anda tidak berjaya (pusat Ninja Van telah tutup atau alamat tidak betul), pulangkan pakej kepada penghantar. Anda akan dibayar untuk perjalanan ini.
- Ambil gambar pakej dengan JELAS di tempat penghantar sebagai bukti pakej telah dipulangkan.
Soalan Lazim
Siapakah yang layak untuk program pemulangan ini?
Semua rakan-penghantar GrabExpress yang memiliki beg penghantaran akan menyertai program ini secara automatik.
Bagaimanakah caranya untuk saya mengambil pesanan program ini?
Sama seperti penghantaran GrabExpress biasa, anda akan diminta untuk mengambil pakej dari lokasi penghantar dan menghantarnya dengan segera ke lokasi penerima.
Berapakah pendapatan yang boleh saya perolehi melalui pesanan-pesanan Zalora?
Struktur tambang dan komisen bagi pesanan program ini adalah sama dengan penghantaran biasa GrabExpress
Apakah yang patut saya lakukan jika saya tidak dapat menghubungi penghantar?
Tunggu selama 5 minit di lokasi penghantar. Sekiranya penghantar masih tidak dapat dihubungi atau pakej masih belum sedia, batalkan pesanan tersebut menggunakan sebab yang sepatutnya
Apakah yang patut saya lakukan sekiranya destinasi pusat Ninja Van dalam pesanan saya telah tutup?
Apakah yang patut saya lakukan jika saya terima pesanan program ini setelah pusat Ninja Van tutup?
Apakah yang patut saya lakukan jika terdapat kelewatan semasa pengambilan/ penghantaran?
Maklumkan kepada penghantar mengenai kelewatan anda dan beritahu sebabnya (contoh: hujan, trafik dll). Maklumkan juga kepada pihak GrabExpress.
Apakah saluran yang patut saya gunakan jika saya mempunyai sebarang aduan?
Sila hubungi kami melalui Pusat Bantuan di aplikasi pemandu.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.