Perancangan laluan dibuat mudah

Click here for English version

Memperkenalkan ciri* Pilihan Pemandu! Dengan ciri ini, anda akan dapat merancang laluan pemanduan anda dengan lebih baik sekiranya anda perlu berada di sebuah tempat tertentu dan pada masa tertentu.

Ciri ini memberi anda pilihan untuk mengelak mendapat tempahan daripada/ke maksima DUA(2) lokasi pilihan anda daripada senarai lokasi yang dinyatakan.

Apabila anda menggunakan ciri ini dengan Auto Accept, anda tidak hanya akan memaksimakan pendapatan anda kerana anda berkelayakan untuk komisen yang lebih rendah dan Time Boosters, pengalaman pemanduan anda akan dipertingkatkan lagi.

*PENTING: Ciri ini hanya tersedia untuk rakan-pemandu Lembah Klang (rakan-pemandu yang berdaftar di Lembah Klang) mulai 8 Mei 2019. Ia akan menjadi tersedia kepada bandar-bandar lain pada masa terdekat.


 

Bagaimanakah ciri Pilihan Pemandu berfungsi?

Sebaik sahaja anda memilih lokasi untuk mengelak, ia akan kekal seperti itu melainkan anda memadamkan lokasi yang dipilih atau memilih lokasi yang baru.


Soalan Lazim


1. Berapa kali saya boleh menukar lokasi yang saya ingin elakkan?
Tidak terhad. Anda boleh menukar lokasi yang anda ingin mengelak bila-bila masa sepanjang hari.

2. Bagaimanakah cara untuk mengetahui kawasan yang diliputi?

Sebelum dan selepas anda telah memilih lokasi anda, anda boleh melihat peta untuk melihat kawasan liputan untuk lokasi tertentu.

3. Adakah penggunaan ciri ini akan mempengaruhi pengiraan insentif saya?

Tidak, ia tidak akan menjejaskan pengiraan insentif anda kecuali terdapat insentif yang berasaskan lokasi dan anda telah memilih untuk mengelakkan lokasi tersebut.

4. Mengapakah saya tidak mempunyai ciri ini di dalam Aplikasi Pemandu saya?
Sila kemas kini versi aplikasi anda ke v.5.68.1 jika anda adalah pengguna Android dan ke v1.56 jika anda adalah pengguna iOS, kemudian mulakan semula peranti anda. Ia mungkin akan mengambil masa sehingga 10 saat untuk dipaparkan dalam ‘Quick Menu’ atau ‘Semua Tetapan.’

5. Kenapakah saya masih tidak mempunyai ciri ini selepas saya mengemas kini Aplikasi Pemandu saya kepada versi terkini?

Sila dimaklumkan bahawa ciri ini hanya untuk rakan-pemandu Lembah Klang. Ia akan menjadi tersedia untuk rakan-pemandu di bandar-bandar lain tidak lama lagi pada masa hadapan.