Opt-in sekarang dan kunjungi pejabat PERKESO untuk melengkapkan pendaftaran 📢
Click here for English version
Sudahkah anda mendaftar untuk Program PenjanaGig? Jika anda masih belum mendaftar dan sedang mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, kami telah menyediakan panduan mudah untuk anda memahami proses ini!
Langkah 1: Daftar melalui Google Form kami đź“ť
Tekan butang di bawah untuk opt-in sebelum 5pm setiap hari Khamis, dan kami akan menyerahkan butiran anda kepada PERKESO untuk pengesahan.
Langkah 2: Kunjungi pejabat PERKESO terdekat anda 🏢🚶
Lengkapkan pendaftaran anda dengan langkah berikut, bergantung kepada status anda:
Tekan sini untuk senarai lokasi pejabat PERKESO.
Mudah bukan? Ikuti langkah-langkah ini untuk mendaftar sekarang.
Apa itu PenjanaGig dan bagaimana ia berfungsi? 🤔
- Program PenjanaGig ialah inisiatif kerajaan untuk mempertingkatkan keselamatan sosial bagi rakyat yang terlibat di dalam ekonomi gig (seperti rakan-pemandu dan rakan-penghantar).
- Kerajaan akan mencarum sebanyak 70% dari jumlah caruman tahunan di bawah Pelan 2 Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.
- Rakan-pemandu dan rakan-penghantar cuma perlu mencarum 30% dari jumlah keseluruhan caruman, serendah RM69.80 setahun.
Untuk mengetahui info lanjut tentang Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan PenjanaGig, kunjungi laman web kami di sini.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.