Pengisytiharan Kenderaan di JPJ
Isytiharkan kenderaan persendirian anda sebagai kenderaan e-hailing
Proses ini melibatkan pengisytiharan kenderaan persendirian (AB/AD) kepada kenderaan persendirian e-hailing (AH). Pengisytiharan ini adalah perlu bagi setiap rakan-pemandu Grab seperti yang telah ditetapkan oleh JPJ bagi mengelakkan sebarang kegagalan dalam pembaharuan cukai jalan pada masa yang akan datang. Sila rujuk di bawah untuk ketahui lanjut syarat dan dokumen yang perlu dikemukakan semasa berurusan di kaunter JPJ. Proses ini adalah percuma dan perlu untuk rakan-pemandu yang berdaftar di Semenanjung Malaysia sahaja.
a. Permohonan boleh dikemukakan oleh pemilik berdaftar atau wakil
b. Permohonan boleh dilakukan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri/ Cawangan yang menjalankan aktiviti Pendaftaran dan Pelesenan kenderaan kecuali UTC
c. Maklumat EVP telah wujud di dalam sistem mySIKAP JPJ dan masih berkuatkuasa
d. Laporan Pemeriksaan Berkala (VR1) PUSPAKOM telah wujud dalam mySIKAP JPJ dan masih berkuatkuasa bagi kenderaan yang telah mencapai had usia tiga (3) tahun dari tarikh pendaftaran atau tahun ianya dibuat
e. Perlindungan insurans yang masih berkuatkuasa
a. Kod Kegunaan yang dibenarkan adalah AB/ AD (Persendirian-Motokar Individu)
a. Salinan kad pengenalan diri
b. EVP fizikal. Klik di sini untuk langkah memuat turun EVP fizikal anda
c. Borang Pengisytiharan Kenderaan Persendirian e-Hailing JPJ-EH1 (Pind.1/2021)
d. Borang Pindaan/ Pembetulan Butir-Butir Kenderaan dan Pemilik Berdaftar JPJK8 (Pind.1/2016)
e. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (VR1) bagi kenderaan melebihi had usia 3 tahun dari tarikh daftar atau tahun ianya dibuat
a. Salinan kad pengenalan Wakil dan Pemilik
b. EVP fizikal pemilik
c. Surat kebenaran (Surat Pelantikan Wakil) dari pemilik
c. Borang Pengisytiharan Kenderaan Persendirian e-Hailing JPJ-EH1 (Pind.1/2021)
d. Borang Pindaan/ Pembetulan Butir-Butir Kenderaan dan Pemilik Berdaftar JPJK8 (Pind.1/2016)
e. Laporan Pemeriksaan PUSPAKOM (VR1) bagi kenderaan melebihi had usia 3 tahun dari tarikh daftar atau tahun ianya dibuat
FAQ