MEMPERKENALKAN CIRI ‘MY DESTINATION

Click here for English version

Kami di Grab menghargai maklum balas anda. Oleh sebab itu, untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih baik, kami telah membina satu ciri baru untuk memenuhi keperluan anda.

Kami ingin memperkenalkan ciri baru kami iaitu My Destination – sebuah ciri di dalam aplikasi pemandu Grab yang memadankan anda dengan penumpang yang menempah ke arah yang sama apabila anda berada dalam perjalanan ke destinasi pilihan anda.


Bagaimana ciri ini membantu anda?

  • Memaksimakan pendapatan anda sambil berada dekat dengan tempat dan orang tersayang
  • Tidak bimbang memandu pulang dengan kereta yang kosong (tiada penumpang)
  • Tidak terlepas temu janji, makan malam bersama keluarga dan banyak lagi!

Bagaimanakah ciri ini fungsi?

Sila pastikan anda mempunyai versi aplikasi pemandu Grab yang terkini.

Langkah 1: Tekan ‘My Destination’ di dalam menu atas aplikasi pemandu Grab anda

Langkah 2: Masukkan dan pilih destinasi anda

Langkah 3: Mula memandu sambil aplikasi pemandu mencari tempahan yang berada dalam perjalanan anda

Langkah 4: Jika anda terima tempahan, pick up penumpang anda dan lengkapkan tempahan tersebut!

Perkara untuk diingati

  1. Apabila anda menukar kepada ciri My Destination, anda mungkin perlu mengambil masa untuk menerima tempahan My Destination
  2. Tempahan yang bukan dalam perjalanan anda tidak akan ditunjuk
  3. Tempahan KLIA/KLIA2, GrabShare, back-to-back, tempahan awal (advanced booking) dan multi-stop tidak akan ditunjuk
  4. Anda tidak akan dapat memilih KLIA/KLIA2, KLIA Landside Operations, dan Mitsui Premium Outlet sebagai destinasi
  5. Anda mempunyai 2 X My Destination dalam satu hari:
  • Setiap penggunaan dikira apabila anda berjaya melengkapkan sekurang kurangnya satu trip apabila anda berada di dalam ciri My Destination.
  • Jika anda melengkapkan beberapa tempahan dalam perjalanan ke destinasi, ia masih dikira sebagai satu penggunaan My Destination
  • Jika anda tidak melengkapkan trip dalam perjalanan ke destinasi anda, ia tidak akan dikira sebagai penggunaan My Destination
  1. Apabila anda hampir tiba ke destinasi, ciri My Destination dan penerimaan tempahan akan dimatikan. Hidupkan semula butang ‘availability’ untuk meneruskan pemanduan.

*NOTA PENTING: Semua trip My Destination tidak menyumbang atau melayakkan anda untuk menerima insentif atau dikira dalam masa ‘online’.


Soalan Lazim

Q: Saya baru saja menekan ciri My Destinasi. Mengapa ia mengambil masa yang lama untuk menerima tempahan?

Anda mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mendapat tempahan kerana anda akan mendapat tempahan yang berada di arah perjalanan destinasi anda. Selain itu, tempahan yang tidak berada di arah perjalanan anda tidak akan ditunjuk. Semua GrabShare, back-to-back, tempahan awal (advanced booking), tempahan multi-stop dan tempahan KLIA/KLIA2 juga tidak akan ditunjuk.

Q: Adakah tambang tempahan My Destination sama dengan tempahan yang lain?

Ya. Harga tempahan My Destination adalah sama dengan tempahan biasa. Mana-mana harga permintaan tinggi/lonjakan harga juga akan dikira masuk seperti tempahan biasa.

Q: Adakah tempahan My Destination menambah, atau melayakkan saya untuk insentif?

Tidak, tempahan My Destination tidak melayakkan anda untuk insentif (contoh: tempahan My Destination tidak melayakkan andaa untuk insentif yang mengira bilangan trip, hourly guarantee,

Q: Adakah membatalkan tempahan My Destination akan mempengaruhi CR?

Ya, membatalkan tempahan My Destination akan mempengaruhi CR seperti tempahan biasa.

Q: Berapa kerap saya boleh menggunakan My Destination?

Anda mempunyai dua penggunaan My Destination setiap hari. Setiap penggunaan akan dikira apabila anda berjaya melengkapkan sekurang-kurangnya satu tempahan dalam ciri My Destination. Jika anda melengkapkan beberapa tempahan dalam perjalanan ke destinasi, ia masih dikira sebagi satu penggunaan My Destination.

Q: Saya menekan ciri My Destination tetapi tidak menerima sebarang tempahan. Adakah ini dikira sebagai penggunaan satu kuota My Destination?

Tidak. Jika anda tidak melengkapkan sekurang-kurangnya satu tempahan semasa dalam ciri My Destination, penggunaan My Destination anda tidak akan ditolak.

Q: Saya menekan ciri My Destination dan menerima satu tempahan. Walau bagaimanpun, penumpang membatalkan tempahan tersebut. Adakah ini dikira sebagai penggunaan My Destination?

Tidak. Jika anda tidak melengkapkan sekurang kurangnya satu temapahan semasa dalam perjalanan ke destinasi, ia tidak akan dikira sebagai satu penggunaan My Destination.

Q: Saya menekan ciri My Destination dan meletak lokasi yang salah secara tidak sengaja. Bagaimanakah cara untuk menukarnya?

Anda boleh memasukkan destinasi baru. Tetapi, sila ambil maklum jika anda telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu tempahan My Destination di lokasi sebelumnya, ia akan dikira sebagai satu penggunaan My Destination.

Q: Bilakah kiraan harian My Destination saya akan diset semula?

Kiraan harian My Destination anda akan diset semula tengah malam setiap hari (jam 00:00).

Q: Saya menekan ciri My Destination pada 11:30pm (3 Oktober), melengkapkan dua tempahan, dan menutup ciri tersebut pada 12:30am (4 Oktober). Hari apakah yang akan dikira?

Bergantung kepada bila anda mendapat dan menerima tempahan anda. Jika anda mendapat dan menerima tempahan anda sebelum tengah malam, tempahan itu akan dimasukkan di dalam kiraan pada 3 Oktober. Jika anda mendapat dan menerima tempahan selepas tengah malam, tempahan akan masukkan dalam kiraan pada 4 Oktober.

Q: Mengapakah saya menerima paparan mesej ‘Tempahan masuk disekat’?

Anda menerima mesej ini kerana anda sudah hampir ke destinasi anda. Hidupkan semula butang ‘availability’ untuk meneruskan pemanduan.

Q: Saya telah menghidupkan semula penerimaan tempahan selepas menerima mesej ‘Tempahan masuk disekat’. Kenapa saya masih tidak menerima tempahan?

Sila pastikan ciri My Destination dimatikan untuk menerima tempahan semula.

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.