Menu Driver Sign-Up

Meriahnya Ramadan Dengan Grab

Bila bersama, barulah #LebihEratLebihBerkat!

Sepanjang bulan Ramadan kali ini, Grab mengambil kesempatan untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan bersama rakan-penghantar, sambil berkongsi keberkatan berpuasa dengan anda. Sehubungan dengan itu, kami telah melancarkan beberapa aktiviti istimewa, sebagai tanda penghargaan kepada rakan-penghantar, selain berpeluang untuk beramah mesra!

Cabaran Hantar dan Menang Ramadan

Grab telah menganjurkan cabaran di mana rakan-penghantar GrabFood dan GrabExpress telah berpeluang untuk memenangi hadiah menarik! Secara keseluruhan, sebanyak 40 rakan-penghantar telah memenangi baucar membeli-belah eksklusif daripada kami, dengan jumlah penghantaran tertinggi mencecah lebih daripada 200 dalam tempoh 3 minggu! Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang cabaran ini!

Bazar Ramadan Grab 2019 #LebihEratLebihBerkat 

Bazar Ramadan Grab kembali lagi! Selama 2 minggu, rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab telah dijemput oleh Grab untuk menghadiri 37 bazar Ramadan di 26 bandar seluruh negaraDi bazaar ini, makanan dan minuman percuma telah diberikan untuk berbuka puasa. Bazar ini juga memberi peluang kepada Grab untuk beramah mesra dengan anda yang menghadiri bazar-bazar ini!

Promosi Makanan Berbuka Puasa

Selain bazar, Grab juga telah menawarkan promosi set makanan berbuka daripada restoran pilihan GrabFood dengan harga minima RM5! Dengan harga mampu milik ini, rakan-penghantar kami telah menikmati pelbagai juadah berbuka puasa istimewa daripada restoran-restoran seperti Village Park Restaurant, Maluri Tomyam, STREAT Thai dan Mr Biryani. Memang berbaloi!

Kejutan Kurma Percuma

Siapa yang tidak sukakan kejutan? Di samping juadah berbuka, kami juga telah mengagihkan lebih dari 1,000 kotak kurma kepada rakan-penghantar yang bertuah!  Rakan-penghantar telah menerima kurma percuma ini di restoran-restoran terpilih dan semasa Sesi Teh Tarik. Walaupun perlu menunggu sehingga waktu berbuka untuk menikmatinya, kami harap pemberian ikhlas ini telah memberikan senyuman kepada anda!

Grab harap usaha kami sepanjang bulan Ramadan telah sedikit sebanyak memberikan keceriaan kepada anda. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!