Kod Tatalaku: 4 Perkara Untuk Diamalkan dan Dielakkan

Bersama-sama kita memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna!

Click here for English Version

Adakah anda tahu mengenai Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan untuk rakan-pemandu? Kami faham bahawa terdapat banyak peraturan untuk anda ketahui, jadi kami telah memilih isu-isu penting yang berkaitan dengan Kod Tatalaku khas untuk anda!

Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui tips-tips ini!


Sila Amalkan 👍

1. Pandu secara berhemah dan amalkan pemanduan selamat

Sila pandu dengan berhati-hati dan di bawah had laju bagi menjamin keselamatan anda dan penumpang sepanjang masa. Jangan lupa untuk menggunakan lampu signal sebelum menukar lorong.

2. Jaga kebersihan kenderaan anda sepanjang masa

Selain daripada membasuh dan memvakum kereta anda, penggunaan alas tempat duduk dan lapik getah akan memudahkan anda untuk membersihkan kereta. Sila pastikan tali pinggang keledar anda terutamanya untuk tempat duduk belakang sentiasa berfungsi.

3. Periksa cara pembayaran pelanggan dan patuhi kod promo.

Sebelum menurunkan penumpang di destinasi, sila semak cara pembayaran mereka dan patuhi kod promo yang digunakan. Jangan kenakan bayaran tambahan ke atas penumpang anda (seperti bayaran tol) atau meminta wang tunai untuk tempahan GrabPay.

4. Pandu kenderaan yang berdaftar dengan Grab

Semasa mengambil penumpang atau melengkapkan penghantaran GrabFood, pastikan anda menggunakan kenderaan dengan numbor plat, model dan warna yang sama seperti yang berdaftar dengan Grab. Pastikan anda tidak membenarkan individu lain untuk menggunakan akaun pemandu anda dan kenderaan anda yang berdaftar dengan Grab untuk melengkapkan tempahan/pesanan di platform Grab.


Sila Elakkan 🚫

1. Jangan ambil penumpang sekiranya anda membawa orang lain di dalam kenderaan anda

Sila jangan bawa orang lain atau haiwan peliharaan di dalam kenderaan semasa melengkapkan tempahan di platform Grab. Jika anda perlu mengambil ahli keluarga atau rakan anda, pastikan anda telah mematikan aplikasi Grab untuk mengelakkan sebarang masalah.

2. Jangan minta maklumat peribadi daripada penumpang atau pelanggan

Kami menggalakkan anda untuk beramah mesra dengan penumpang atau pelanggan. Walaubagaimanapun, sila pastikan anda menjaga batasan semasa bergaul dengan mereka. Pastikan topik perbualan anda kekal professional dan jangan minta maklumat peribadi daripada mereka.

3. Jangan paksa penumpang untuk membatalkan tempahan

Jangan batalkan atau memberikan tempahan tersebut kepada pemandu lain tanpa sebarang sebab. Sila patuhi tempahan yang diterima dan jangan paksa pelanggan untuk membatalkan tempahan dengan tidak memandu ke lokasi pick-up.

4. Jangan gunakan aplikasi yang boleh memalsukan lokasi anda

Anda telah melanggar Kod Tatalaku sekira anda menggunakan telefon yang diubahsuai atau aplikasi yang boleh memalsukan lokasi anda (spoofing). Pastikan anda menggunakan aplikasi Grab yang sah dan membuang sebarang aplikasi pihak ketiga yang boleh memalsukan lokasi GPS pada telefon anda.


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.