Click here for the English version
Di Grab, kami berusaha untuk menjadikan setiap perjalanan lancar untuk rakan-pemandu kami. Walau bagaimanapun, kekeliruan dan ketidakpastian mungkin akan berlaku apabila penumpang perlu membuat penukaran destinasi secara terdesak atau pada saat terakhir.
Oleh itu, sekarang penumpang boleh menukar destinasi drop-off melalui aplikasi Grab mereka dengan ciri baru Penumpang Tukar Drop-off. Apabila ini berlaku, Aplikasi Pemandu anda akan dikemaskini secara automatik* untuk menunjukkan destinasi yang baru, kadar tambang yang ditetapkan untuk jumlah jarak yang telah dilalui dengan surcaj ‘Tukar Drop-Off’ RM2.
Ini akan memastikan bahawa anda dibayar secara adil dan tepat untuk seluruh perjalanan.
*Nota:
- Penumpang hanya boleh menukar destinasi drop-off mereka sekali dan hanya tertakluk kepada perjalanan kadar tambang tetap. Surcaj ‘Tukar Drop-Off’ adalah termasuk dalam tambang anda, sila JANGAN kutip daripada penumpang.
- Untuk rakan-pemandu yang menggunakan aplikasi navigasi pihak ketiga (Google Maps, Waze dan sebagainya), anda akan menerima notifikasi pop-up (Android) atau push notification (iOS) apabila destinasi telah bertukar. Sila tekan pada butang kemudi sekali lagi untuk tukar kepada laluan navigasi yang betul untuk destinasi drop-off yang betul.
- Untuk keselamatan anda, sila menerima permintaan untuk menukar destinasi daripada aplikasi Grab sahaja.
- Untuk semua jenis perkhidmatan kecuali GrabTaxi.
Bagaimanakah ia berfungsi?
- Anda akan menerima notifikasi bahawa destinasi dan tambang sudah dikemaskini.
- Tekan pada butang Kemudi untuk laluan yang baru kepada destinasi penumpang yang sudah dikemaskini.
- Tambang terakhir adalah berdasarkan jumlah jarak yang telah dilalui dan mengandungi surcaj tambahan ‘Tukar Drop-Off’.
Soalan Lazim
Bagaimanakah Grab membuat pengiraan tambang apabila penumpang menukar ke destinasi yang baru?
Pengiraan tambang adalah berdasarkan kepada (1) jarak perjalanan yang telah dilalui, (2) jarak ke destinasi drop-off yang baru, (3) sebarang harga permintaan-tinggi pada masa tempahan dan (4) akan mengandungi surcaj ‘Tukar Drop-Off’.
Berapa kalikah penumpang boleh menukar destinasi mereka?
Penumpang hanya boleh menukar destinasi mereka sekali.
Untuk tempahan GrabShare dan My Destination, bolehkah penumpang membuat penukaran destinasi?
Tidak, penumpang tidak dapat menukar destinasi drop-off mereka untuk tempahan GrabShare dan My Destination.
Bolehkah penumpang menukar destinasi drop-off mereka selepas saya menerima tempahan Back-to-Back (B2B)?
Tidak, penumpang tidak dapat menukar destinasi drop-off mereka selepas anda menerima tempahan Back-to-Back (B2B).
Sekiranya saya sedang menggunakan aplikasi navigasi pihak ketiga (Contoh: Google Maps, Waze), adakah saya akan diberitahu jika penumpang menukar destinasinya?
Ya. Pengguna Android akan menerima notifikasi pop-up, sementara pengguna iOS akan menerima push notification. Tekan pada mesej untuk kembali ke Aplikasi
Pemandu Grab. Kemudian, tekan pada butang kemudi untuk tukar ke laluan destinasi drop-off yang betul.
Adakah Grab akan menerima komisen daripada surcaj ‘Tukar Drop-Off’?
Ya. Surcaj ‘Tukar Drop-Off’ adalah sebahagian daripada tambang, Grab akan menerima komisen dari ini.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.