GrabProtect: #RideItOutBersama dengan selamat

 

Click here for the English version

Dengan COVID-19 mengubah cara hidup kita semua, Grab faham bahawa beberapa bulan yang lepas ini adalah sangat mencabar kepada anda. Perubahan bukannya sesuatu yang mudah tetapi kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baru sehingga negara kembali pulih.

Oleh itu, kami telah menyediakan rutin baru untuk melindungi anda. Berikut adalah rutin baru ini:

Pengesahan

Penumpang perlu mengesahkan kesihatan sebelum mereka boleh menempah tempahan. Rakan-pemandu dan rakan-penghantar juga perlu melengkapkan pengesahan kesihatan secara atas talian setiap 24 jam untuk menerima tempahan/penghantaran.

Pakai topeng muka 

Semua rakan-pemandu dan penumpang perlu memakai topeng muka semasa dalam perjalanan. Rakan-pemandu dan rakan-penghantar juga perlu memakai topeng muka semasa mengambil dan menghantar pesanan.

Manfaatkan GrabBenefits

  1. Tebus Kit Prihatin Kebersihan

Kami telah bekerjasama dengan syarikat yang terpilih untuk memastikan perjalanan anda lebih selamat! rakan-pemandu aktif* bakal boleh menebus** Kit Prihatin Kebersihan yang terdiri daripada SATU (1) Semburan Pembasmi Kuman Cif dan SATU (1) Cecair Pembasmi Kuman Lifebuoy. Jumlah kit yang rakan-pemandu boleh tebus (sekali sahaja) adalah berdasarkan peringkat GrabBenefits anda.

Kami akan menghantar notifikasi dalam aplikasi kepada rakan-pemandu yang layak untuk menebus daripada GrabBenefits tidak lama lagi. Nantikan maklumat lanjut pada masa terdekat.

Sila gunakan produk-produk ini sekerap mungkin untuk membasmi persekitaran anda bagi melindungi diri anda dan penumpang. Jika penumpang anda meminta cecair pembasmi kuman, sila berikan kepada mereka.

Panduan membersihkan beg penghantaran:

* Telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu tempahan/penghantaran dalam tempoh 30 hari yang lepas
**Kit Prihatin Kebersihan akan diedarkan secara berperingkat mulai 13 Ogos 2020. Kit hanya boleh diperolehi oleh rakan-pemandu di Borneo mulai September 2020.

  1. Subsidi Perkhidmatan Pembersihan

Kami telah bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk memberikan anda perkhidmatan pembersihan* menggunakan produk gred perubatan yang tidak beracun, tidak merengsa dan tidak mencemarkan. Perkhidmatan ini ditawarkan secara eksklusif kepada rakan-pemandu dan rakan-penghantar Grab, untuk perkhidmatan pembersihan kabin kereta dan beg penghantaran pada harga diskaun.

Untuk pembersihan beg penghantaran, Grab akan memberikan lebih banyak subsidi untuk kos ini sehingga 30 September 2020 di lokasi terpilih sahaja. Sila kunjungi bahagian GrabBenefits untuk maklumat lanjut.

*Hanya untuk Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Negeri Sembilan, Kuching, Kota Kinabalu, Sibu dan Miri di lokasi terpilih sahaja. Akan datang ke bandar lain tidak lama lagi.

Lapor 

Kami tidak akan mengenakan denda kepada rakan-pemandu yang membatalkan tempahan jika penumpang tidak memakai topeng muka. Ciri maklum balas dalam aplikasi Grab dan Pusat Bantuan telah pun dikemaskini dengan pilihan bagi melaporkan sebarang isu berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan. Rakan-pemandu dan rakan-penghantar kini boleh memberikan maklum balas setelah berinteraksi dengan pelanggan.

 

Tempoh masa ini telah menunjukkan bahawa kita semua mempunyai lebih banyak persamaan daripada perbezaan, dan kesejahteraan komuniti adalah tanggungjawab bersama. Langkah-langkah yang kami ambil akan memupuk tabiat kebersihan yang lebih baik dan memberikan anda ketenangan apabila anda memandu dan menghantar dengan Grab.

 

Jom #RideItOutBersama

Dapatkan info terkini tentang cara kami menangani COVID-19 di sini.


Soalan Lazim

Apakah yang saya perlu lakukan jika kedai myNEWS kehabisan stok Kit Kebersihan Perihatin?
Sekiranya lokasi myNEWS yang anda kunjungi sudah kehabisan stok Kit Kebersihan Perihatin, sila lawati cawangan lain yang telah disenaraikan dalam baucar.

Kedai-kedai di Lembah Klang, Johor Bahru dan Melaka akan mendapat stok baru setiap hari. Untuk bandar-bandar lain, kit akan distok semula pada setiap hari/setiap dua hari.

Anda digalakkan untuk mengunjungi kedai myNews dari 2PM – 5PM agar anda mempunyai peluang lebih tinggi untuk menebus kit.

Mengapakah saya masih dikeluarkan daripada GrabCar Plus/ GrabProtect Plus apabila saya sudah menebus Kit Perihatin Kebersihan?
Jika anda perlu menebus dari myNEWS, pastikan anda tekan butang ‘mark as used’ SELEPAS kakitangan myNEWS melengkapkan imbasan kod bar.

Jika anda perlu menebus dari lokasi bukan kedai myNEWS, pastikan kakitangan di lokasi tersebut telah memasukkan pin 4 digit.

Sila harap maklum anda telah dikeluarkan kerana sistem tidak mempunyai rekod penebusan anda. Oleh itu, pastikan penebusan anda berjaya seperti yang dijelaskan di atas, agar anda tidak dikeluarkan walaupun anda sudah menebus kit.

Sekiranya anda menebus selepas anda dikeluarkan daripada jenis perkhidmatan GrabCar Plus/ GrabProtect Plus, anda akan dimasukkan semula ke dalam jenis perkhidmatan ini pada hari Selasa minggu berikutnya.

Di manakah lokasi yang boleh saya kunjungi untuk menebus?
Setiap bandar mempunyai lokasi penebusan yang berbeza. Sila rujuk kepada baucar penebusan dalam GrabBenefits untuk ketahui lokasi penebusan yang ada.

Penebusan di sesetengah bandar dikendalikan oleh rakan-pemandu Alpha di bandar tersebut. Tekan sini untuk ketahui jika bandar anda adalah salah satu daripada bandar ini.

Mengapakah baucar menunjukkan lokasi penebusan yang jauh daripada saya?
Sekiranya baucar anda menunjukkan lokasi penebusan yang tidak terletak di bandar asal anda (contoh: anda adalah rakan-pemandu Lembah Klang tetapi baucar anda menunjukkan lokasi penebusan anda di Pusat Pemandu Grab Kuantan), ini bermaksud bahawa anda telah menyimpan baucar itu semasa anda berada di luar bandar asal anda.

Oleh itu, baucar ini telah diberikan berdasarkan lokasi anda pada masa tersebut. Sekiranya ini berlaku kepada anda, sila hubungi kami dan kami akan berikan baucar baru kepada anda.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya kod bar penebusan saya tidak sah?
Sila hubungi kami dan kami akan berikan baucar baru kepada anda.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya tanda baucar ‘terpakai’ secara tidak sengaja sebelum menebus alat kebersihan?
Sila hubungi kami dan kami akan berikan baucar baru kepada anda.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya kit prihatin kebersihan dicuri oleh penumpang?
Sila hubungi kami dan kami akan berikan baucar baru kepada anda.