Navigasi Grab, alat navigasi dalam aplikasi
Tidak perlu lagi bertukar-tukar aplikasi semasa di jalanraya!
Kami faham bahawa bertukar-tukar aplikasi semasa membawa kenderaan amatlah menyusahkan. Oleh itu, untuk memudahkan anda, kami melancarkan Navigasi Grab (Beta), alat navigasi dalam aplikasi pemandu Grab!
Dengan Navigasi Grab (Beta), rakan Grab kini boleh kekal dalam aplikasi pemandu pada sepanjang perjalanan. Ini membantu rakan Grab untuk memandu dengan lebih lancar & memberi lebih tumpuan ke atas jalan raya!
Laluan pada Navigasi Grab akan dipilih/dicadangkan berdasarkan laluan terpantas pada masa tempahan/pesanan diterima. Ini bermaksud anda akan ditunjukkan laluan yang mempunyai tempoh perjalanan tersingkat.
Semasa melengkapkan tempahan, Navigasi Grab akan mengemaskini laluan secara automatik jika terdapat penambahan/penukaran tempat drop-off yang dibuat oleh penumpang di dalam aplikasi penumpang.
Nota: Navigasi Grab hanya boleh digunakan semasa anda ingin melengkapkan tempahan/pesanan Grab, atau dengan ciri “Destinasi Saya” dan “GrabBenefits”.
Navigasi Grab mempunyai ciri-ciri eksklusif yang dicipta khas untuk membantu rakan Grab melengkapkan tempahan/pesanan. Antara ciri-cirinya adalah:
Ciri-ciri tersebut akan berfungsi dan dipaparkan secara automatik apabila rakan Grab menggunakan Navigasi Grab sebagai Pembekal Navigasi pada aplikasi pemandu mereka.
Navigasi Grab juga akan memaparkan maklumat laluan utama dan laluan alternatif dengan bayaran tol masing-masing sekiranya ada.
Nota: Sekiranya laluan alternatif tersebut boleh digunakan, anda boleh memilih untuk menggunakan laluan alternatif.
PENTING: Navigasi Grab memerlukan sambungan internet/GPS untuk ciri navigasi masa sebenar yang digunakannya. Jika anda memasuki terowong atau kawasan dimana sambungan GPS adalah lemah atau langsung tiada, sistem akan menganggarkan kedudukan semasa anda dan terus bernavigasi. Apabila sambungan GPS kembali, kedudukan betul anda akan diselaraskan.
Bantu kami tambah baik Navigasi Grab sambil raih peluang mendapat bonus tunai sehingga RM300 sebulan – dengan kempen Get On GrabNav !
Dengan kempen ini, ada 2 jenis bonus yang anda boleh dapatkan:
Untuk layak bagi bonus, ikuti langkah-langkah berikut:
Untuk Bonus Top Reporter:
Pilih Navigasi Grab sebagai Pembekal Navigasi anda,
Apabila anda menghadapi isu seperti ditujukan ke laluan yang salah/tidak wujud dll. semasa menggunakan Navigasi Grab, laporkan kepada kami!
Tip: Lebih banyak laporan berkualiti yang anda hantar kepada kami, lebih tinggi peluang anda untuk menangi bonus!
Ada 2 cara untuk melapor:
Beri maklum balas serta merta semasa perjalanan dengan butang Hantar Laporan
, atau
Hantar laporan dengan imej sokongan anda melalui Pusat Bantuan. Klik sini untuk mula.
Penting: Maklum balas yang diterima melalui Pusat Bantuan dan tidak mempunyai imej sokongan TIDAK akan dikira.
Untuk Bonus Top User:
Pilih Navigasi Grab sebagai Pembekal Navigasi anda,
Lengkapkan sebanyak mana tempahan/pesanan anda dengan Navigasi Grab. Lebih banyak tempahan/pesanan yang anda lengkapkan dengan Navigasi Grab, lebih tinggi peluang anda untuk menangi bonus!
Nota: Hanya tempahan/pesanan yang dilengkapkan semasa Navigasi Grab telah dipilih sebagai Pembekal Navigasi anda akan dikira.
Kempen ini akan disegar semula pada permulaan setiap bulan, dan kiraan penggunaan/maklum balas Navigasi Grab anda akan mula dari 0 pada 1 hari bulan setiap bulan. Untuk yang layak, bonus akan dikreditkan ke dalam dompet tunai mereka pada bulan seterusnya. Sebagai contoh, pemenang bulan Mei akan menerima bonus mereka pada minggu pertama Jun.
Soalan Lazim:
1. Bolehkah saya menggunakan Pembekal Navigasi yang lain?
Hanya tempahan/pesanan yang dilengkapkan dan maklum balas yang diterima semasa Navigasi Grab telah dipilih sebagai Pembekal Navigasi anda akan dikira untuk bonus-bonus ini.
2. Saya lebih suka Pembekal Navigasi lain. Kenapa saya perlu gunakan Navigasi Grab?
Lebih kerap anda menggunakan Navigasi Grab dan Peta Grab, lebih mudah untuk ianya belajar dan menambah baik. Dengan maklum balas daripada rakan Grab, kami boleh:
• Mengenal pasti laluan popular dengan lebih cepat untuk menyediakan navigasi selekoh demi selekoh yang lebih baik
• Memahami masa yang diambil untuk melengkapkan perjalanan untuk memberi anggaran masa yang lebih tepat
Tekan butang di bawah untuk:
Soalan Lazim
Navigasi Grab (Beta) adalah alat navigasi selekoh demi selekoh yang tersedia dalam aplikasi pemandu Grab. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang direka khas untuk rakan Grab.
Dengan Navigasi Grab (Beta), rakan Grab tidak perlu lagi bertukar-tukar aplikasi untuk menavigasi. Ini membantu rakan untuk memandu dengan lebih lancar & memberi lebih tumpuan ke atas jalan raya!
1. Dalam aplikasi pemandu, pergi ke “Akaun” & tekan “Tetapan”.
2. Tekan “Pembekal Navigasi”.
3. Pilih “Navigasi Grab (Beta)”.
Tidak. Ciri ini hanya boleh digunakan semasa anda ingin menyelesaikan tempahan/pesanan, atau semasa anda menggunakan ciri Destinasi Saya & Grab Benefits sahaja.
Tidak. Oleh kerana hal ini tidak dilakukan semasa tempahan dan diluar aplikasi penumpang, ciri Navigasi Grab (Beta) tidak dapat menerima permintaan ini.
Anda boleh memaklumkan penumpang untuk menambah/menukar tempat drop-off di dalam aplikasi penumpang dan laluan dalam Navigasi Grab (Beta) akan dikemaskini mengikut perubahan tersebut.
Laluan akan dipilih/dicadangkan secara dinamik mengikut masa tempahan diterima (cth: tempoh perjalanan tersingkat).
Sistem akan menganggarkan kedudukan semasa anda dan terus menavigasi. Apabila sambungan GPS kembali, kedudukan betul anda akan diselaraskan.
Ya. Dengan Navigasi Grab (Beta), anda boleh melihat maklumat laluan utama dan laluan alternatif dengan bayaran tol masing-masing sekiranya ada.
Sekiranya laluan alternatif tersebut boleh digunakan, anda boleh memilih untuk menggunakan laluan alternatif. Namun begitu, sila pastikan anda memaklumkan dengan jelas sebarang perubahan laluan kepada penumpang anda.
Buat masa ini, Navigasi Grab (Beta) hanya tersedia untuk rakan Grab yang terpilih.
Maklum balas anda amatlah dihargai! Kongsikannya dengan kami di sini.