[ Hanya untuk Fleet Khas GrabExpress ]
Memperkenalkan struktur insentif terbaru GrabExpress iaitu Misi & Permata yang akan bermula pada 28 Januari 2019 (Isnin).
Tujuan ciri terbaru ini adalah untuk:
- Memudahkan pengiraan insentif
- Memudahkan pemantauan insentif
Trip Bonus Harian akan kini dikenali sebagai Misi dan anda perlu mengumpul Permata yang mencukupi untuk mencapai Misi anda.
Untuk setiap penghantaran GrabExpress yang dilengkapkan, anda akan mendapat 1 Permata. Untuk menikmati insentif, kumpulkan Permata yang mencukupi untuk mencapai Misi anda.
Untuk penghantaran GrabExpress (Multi-stop), anda akan mendapat 1 Permata untuk setiap lokasi penghantaran.
Contoh: Jika anda mempunyai 1 penghantaran GrabExpress yang terdapat 5 lokasi Multi-stop. Anda akan mendapat tambang penghantaran serta jumlah 5 Permata.
Mulai 28 Januari 2019 (Isnin), anda akan melihat ikon Permata dalam skrin utama aplikasi pemandu Grab anda. Tekan ikon tersebut untuk melihat Misi yang ada serta Permata yang diperlukan untuk mencapai Misi anda.
Jumlah insentif bonus harian, jumlah penghantaran, tempoh bayaran serta syarat kelayakan adalah sama seperti dahulu.
Bonus Misi akan dibayar ke dalam dompet tunai anda pada 8PM hari seterusnya. Jika hari seterusnya adalah hari cuti (Sabtu, Ahad atau cuti umum), jumlah tersebut akan dibayar pada hari kerja seterusnya.
Soalan Lazim
1) Bilakah struktur insentif ini akan bermula?
Struktur ini akan bermula pada 28 Januari 2019.
2) Perlukah saya kemaskini aplikasi Grab Driver untuk melihat ciri ini?
Tidak. Walau bagaimanapun, kami sentiasa menggalakkan anda untuk kemaskini aplikasi anda bila terdapat versi baru untuk penggunaan aplikasi yang lancar.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.