Memperkenalkan GrabPasar

Perkhidmatan penghantaran barangan dapur!

Memperkenalkan GrabPasar iaitu perkhidmatan penghantaran barangan dapur seperti daging & makanan laut sejuk beku dan produk segar! Pesanan ini akan diperuntukkan kepada rakan-penghantar dan rakan-pemandu di Lembah Klang, Penang dan Kota Kinabalu.

Dengan perkhidmatan baru ini, rakan-penghantar akan berpeluang untuk menerima lebih banyak lagi jenis pesanan dan berpeluang untuk menambah pendapatan.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk pesanan GrabPasar

1. Apabila anda ambil pesanan GrabPasar daripada rakan-niaga pasar:

  • Cari pelekat Grab yang diletakkan di premis rakan-niaga untuk ketahui lokasi rakan-niaga GrabPasar.
  • Minta rakan-niaga untuk lap beg plastik bungkusan dengan sopan. Rakan-niaga pasar telah dinasihatkan untuk mematuhi kadar pembungkusan yang ditentukan apabila mengendalikan produk segar seperti daging dan makanan laut.
  • Pastikan bungkusan adalah bersih dan kering sebelum memasukkannya ke dalam beg GrabFood/GrabExpress.
  • Sila minta beg plastik tambahan sekiranya bungkusan tersebut basah atau bocor.
  • Anda juga boleh boleh menerima pesanan GrabPasar daripada beberapa rakan-niaga dengan Ciri Mix & Match. Untuk info lanjut mengenai ciri ini, tekan di sini.

2. Apabila anda hantar pesanan GrabPasar kepada pelanggan:

  • Sila amalkan penghantaran tanpa sentuhan (contactless). Jika anda tidak dapat menghantar ke pintu pelanggan, hantar mesej melalui GrabChat untuk meminta pelanggan mengambil pesanan di pintu pagar atau lobi.
  • Gunakan mesej berikut. Anda digalakkan untuk menyimpan mesej ini sebagai templat GrabChat):
    • Hai, saya sudah sampai dengan pesanan anda. Anda boleh mengambilnya di lobi (atau pintu rumah). Terima kasih!

3. Selepas penghantaran GrabPasar kepada pelanggan:

  • Sila pastikan beg anda sentiasa bersih. Bersihkan beg penghantaran anda dengan tisu basah antibakteria selepas setiap penghantaran sebelum anda teruskan dengan penghantaran yang lain.
  • Pastikan beg anda bersih dan kering pada setiap masa – beg yang bersih boleh membantu menjamin kesegaran dan kebersihan produk segar yang dihantar kepada pelanggan. 

 


Soalan Lazim

Apa itu GrabPasar?

GrabPasar ialah perkhidmatan penghantaran barangan dapur atas permintaan (on-demand). Pesanan GrabPasar akan diterima melalui perkhidmatan GrabFood.

Perbezaan utama perkhidmatan ini dengan GrabFood ialah penghantaran GrabPasar melibatkan barangan dapur bukannya makanan.

Bagaimana saya akan menerima pesanan GrabPasar?

Pesanan GrabPasar diberikan kepada semua rakan-penghantar dan rakan-pemandu GrabFood di Lembah Klang, Penang dan Kota Kinabalu. Anda akan menerima pesanan GrabPasar seperti pesanan GrabFood biasa dalam aplikasi pemandu.

Di manakah perkhidmatan GrabPasar akan ditawarkan?

Buat masa ini, GrabPasar akan ditawarkan di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang, Penang dan Kota Kinabalu sahaja.

Apakah struktur insentif dan pembayaran GrabPasar?

Pembayaran dan struktur insentif GrabPasar adalah sama seperti GrabFood.

Bagaimanakah saya akan tahu jika pesanan tersebut adalah pesanan daripada beberapa rakan-niaga?

Sila lihat pada ID pesanan. Jika ID pesanan mempunyai huruf M, pesanan tersebut adalah pesanan daripada beberapa rakan-niaga.

Jika barangan untuk pesanan daripada rakan-niaga telah habis stok, apakah yang perlu saya lakukan?

Untuk kes seperti ini, rakan-niaga telah dimaklumkan untuk menghubungi Khidmat Pelanggan untuk membatalkan pesanan tersebut. Apabila pesanan dibatalkan, pulangkan barangan yang telah diambil kepada rakan-niaga. 

Di mana arahan akan dipaparkan untuk pengambilan barangan daripada premis rakan-niaga?

Arahan akan dipaparkan di skrin pesanan. Jika anda masih tidak pasti, anda boleh ajukan pertanyaan dengan peniaga yang ada di pasar.

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.