Rancang perjalanan anda dengan ciri Pilihan Penghantar

Pilih lokasi-lokasi yang anda ingin elakkan!

Memperkenalkan ciri Pilihan Penghantar baru! Dengan ciri ini, anda akan dapat merancang laluan penghantaran anda dengan lebih baik sekiranya anda perlu berada di tempat tertentu dan pada masa tertentu. Ciri ini memberi anda pilihan untuk mengelak mendapat tempahan daripada/ke maksima TIGA (3) lokasi pilihan anda daripada senarai lokasi yang dinyatakan.

Antara sebab mengapa ciri ini diperkenalkan adalah kerana mulai 12PM pada 13 November 2019, jenis perkhidmatan GrabExpress bakal diaktifkan sepanjang masa secara berperingkat di pengaturan aplikasi pemandu.

Bagi mengelakkan anda dari menerima pesanan dari/ke lokasi yang tidak diingini, anda boleh menggunakan ciri Pilihan Penghantar.

Contoh: Ahmad gemar menghantar di kawasan utama Kuala Lumpur sahaja dan tidak mahu menerima pesanan dari/ ke kawasan seperti Klang, Putrajaya dan Cyberjaya. Ahmad kini bakal boleh menggunakan ciri Pilihan Penghantar untuk mengelak dari menerima pesanan dari/ ke kawasan yang tidak diingininya.

________________________________________________________________________________________________________________

 Bagaimanakah ciri Pilihan Penghantar berfungsi?

*Imej di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja

Sebaik sahaja anda memilih lokasi untuk dielak, lokasi tersebut akan kekal di dalam senarai sehingga anda menukar/ memadam lokasi tersebut.

________________________________________________________________________________________________________________

Soalan Lazim


1. Berapa kali saya boleh menukar lokasi yang saya ingin elakkan?
Tidak terhad. Anda boleh menambah/ menukar lokasi yang anda ingin elakkan bila-bila masa sepanjang hari.

2. Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui pembahagian kawasan-kawasan penghantaran?

Sebelum dan selepas anda memilih lokasi anda, anda boleh memeriksa peta untuk melihat pembahagian kawasan-kawasan yang telah kami sediakan.

3. Adakah penggunaan ciri ini akan mempengaruhi pengiraan insentif?

Tidak, ia tidak akan menjejaskan pengiraan insentif anda

4. Adakah penggunaan ciri ini akan turut mempengaruhi penerimaan tempahan GrabFood saya?

Ya, anda tidak akan menerima tempahan GrabExpress dan GrabFood dari kawasan-kawasan yang anda pilih menggunakan ciri Pilihan Penghantar.

5. Mengapa ada rakan-penghantar GrabFood yang tidak memiliki ciri ini pada aplikasi pemandu mereka?
Sila harap maklum bahawa ciri ini hanya tersedia untuk rakan-penghantar yang yang boleh menerima tempahan GrabExpress sahaja.

6. Bagaimana jika saya tidak mahu menerima pesanan GrabExpress?

Jika anda belum bersedia untuk menerima tempahan, sila matikan aplikasi pemandu anda. Untuk makluman anda, GrabExpress telah mengemaskini tambang dan struktur insentif bagi memastikan pendapatan yang setimpal untuk semua rakan pemandu, jadi tidak ada apa yang perlu anda risaukan!

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.