Tip mudah untuk pemanduan lebih baik pada 2020

Lebih lancar dan efisien dengan tip-tip di bawah!

Click here for the English version

Sebagai sebuah komuniti, kami selalu mengutamakan sejahteraan rakan-pemandu dengan memperkenalkan pelbagai penambahbaikan dan inisiatif baru. Walau bagaimanpun, untuk pemanduan yang lebih lancar lagi pada tahun 2020, ikuti tip-tip mudah berikut.

Rancang Trip Harian

Sebagai rakan-pemandu, merancang trip harian bukan sahaja boleh menambah pendapatan anda, ia juga boleh membantu anda mengurangkan risiko keselamatan. Sebelum mula memandu, rancang hari anda dan jadualkan masa makan anda menggunakan ciri Pendapatan di bahagian Teroka dalam aplikasi pemandu anda.

Jika anda berasa penat atau mengantuk, berhenti di tempat yang selamat dan berehat seketika. Di samping itu, dalam usaha berterusan untuk mengekalkan keselamatan, kami telah melancarkan Ciri Pengurusan Kepenatan Pemandu yang akan menghantar peringatan kepada anda untuk berehat jika anda sudah memandu bagi tempoh masa yang lama. Pastikan anda mengambil perhatian apabila mesej ini dipaparkan!

Aksesori Keselamatan

Aksesori tambahan yang bersesuaian adalah satu keperluan bagi seorang rakan-pemandu. Salah satunya daripadanya adalah kamera dashcam kereta yang boleh digunakan untuk merakam pemanduan dan digunakan sebagai bukti jika perlu. Rakaman ini juga boleh digunakan untuk membantu menghindari kecurian dan serangan!

Dengan kerjasama Lazada, kami kini menawarkan barangan seperti kamera dashcam pada harga diskaun! Dapatkannya di samping barang keperluan e-hailing yang lain di sini. 

Rujuk Maklum Balas

Untuk menambahbaik lagi prestasi anda sebagai rakan-pemandu, rujuk Maklum Balas Pemandu Mingguan! Tahun lepas, kami telah melancarkan ciri ini untuk membantu anda mengetahui statistik penting memandu rakan-pemandu seperti kualiti pemanduan dan kereta.

Dengan ciri ini, rakan-pemandu akan menerima makluman mingguan tentang aspek had laju, pembrekan dan pembelokan anda. Dengan laporan ini, anda boleh perbaiki prestasi anda berdasarkan aspek ini untuk menjadi rakan-pemandu yang lebih baik lagi.


Melihat semula 2019

Terima kasih untuk tahun 2019 yang menakjubkan! Lihat perjalanan anda tahun lepas dengan menonton video ringkas di bawah. Untuk info lanjut, rujuk emel anda yang berdaftar dengan Grab.

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.