Menu Driver Sign-Up

Dapatkan rawatan perubatan dengan kadar yang lebih rendah sebagai Grabber! 

Click here for English version

Grab kini telah bekerjasama dengan Poliklinik Lourdes dan Pusat Perubatan Lourdes untuk membantu meringankan kos perubatan anda dengan memberikan anda (dan ahli keluarga terdekat) kos konsultasi dan perubatan yang lebih rendah dan murah).

Poliklinik Lourdes

Lawati mana-mana cawangan klinik dalam Poliklinik Lourdes untuk menerima subsidi berikut:

  • Konsultasi dan perubatan penyakit umum*: RM35 bersih setiap lawatan
    Hanya sah untuk penyakit umum*: demam, sakit tekak, batuk & selsema, keracunan makanan, cirit birit, sakit kepala

  • Rawatan suntikan / Ujian makmal / X-ray / ECG (Electrocardiogram): Diskaun 10%

Pusat Perubatan Lourdes

  • Kemasukan hospital di Pusat Perubatan Lourdes: Diskaun 10%

 

Tekan sini untuk melihat senarai Poliklinik Lourdes dan Pusat Perubatan Lourdes.

 

Bagaimana untuk menebus ganjaran ini?

Langkah 1: Log masuk ke akaun anda di graballstars.com

Langkah 2: Tekan ‘Redemption Page’

Langkah 3: Tekan ‘Lourdes Medical Centre’ reward untuk mendapat Bauchar Kelayakan

Langkah 4: Lawati mana-mana Poliklinik Lourdes dan Pusat Perubatan Lourdes yang disenaraikan di sini.

Langkah 5: Tunjukkan Bauchar Kelayakan anda dan tebus diskaun rawatan anda!

Untuk tujuan pengesahan, sila tunjuk dokumen yang berikut apabila anda melawat Poliklinik Lourdes dan Pusat Perubatan Lourdes:

1. Halaman profil GrabAllStars anda (untuk tujuan pengesahan nombor plat dan kad pengenalan)

2. Bauchar kelayakan GrabAllStars untuk rawatan di Poliklinik Lourdes dan Pusat Perubatan Lourdes

Terma & syarat
– Hanya sah untuk penyakit umum*: demam, sakit tekak, batuk & selsema, keracunan makanan, cirit birit, sakit kepala.
– Hanya sah untuk ubat preskripsi doktor Lourdes. Kos ubat yang tidak termasuk dalam preskripsi doktor akan ditanggung oleh Grabber.
– Hanya tertakluk kepada Grabber yang memegang status Silver, Gold dan Platinum dalam GrabAllStars sahaja.
– Sah untuk ahli keluarga terdekat sahaja.
– Sah bermula 12 October 2017.
– Pembayaran tunai sahaja yang diterima.

Dimanakah boleh saya menebus ganjaran ini?
Anda boleh layari portal GrabAllStars dan menebus diskaun, eksklusif untuk para Grabbers sahaja!