Ciri Timeout – Melindungi rakan-penghantar berprestasi tinggi

Berdasarkan data terkini kami, rakan-penghantar dengan kadar penerimaan yang tinggi memperolehi pendapatan sehingga 10% lebih tinggi jika dibandingkan dengan rakan-penghantar dengan kadar penerimaan yang rendah.

Penerimaan pesanan yang konsisten akan membantu rakan-penghantar memaksimakan pendapatan dan pada masa yang sama menyumbang kepada kelancaran sistem, sekaligus meningkatkan kualiti perkhidmatan GrabExpress secara keseluruhan.

Dengan ciri baru ini, rakan-penghantar yang kerap mengabaikan atau membatalkan tempahan akan disekat daripada menerima sebarang tempahan buat sementara waktu.

Pengabaian atau pembatalan tempahan akan menyebabkan kelewatan dan boleh menjejaskan pernghantaran rakan-penghantar yang lain. Walau bagaimanapun, kami faham bahawa ada kalanya anda tidak boleh menerima kesemua tempahan yang datang disebabkan oleh situasi tertentu atau sekiranya anda perlu berehat. Jika anda belum bersedia untuk menerima tempahan, sila aktifkan butang ‘unavailable’.


Apakah yang akan terjadi jika saya kerap mengabaikan atau membatalkan tempahan?

Jika anda mengabaikan atau membatalkan* tempahan terlalu kerap, aplikasi pemandu anda mungkin akan ditetapkan sebagai ‘Unavailable’, dan anda tidak boleh menerima tempahan baru buat sementara waktu. Jika hal ini berlaku, pemasa akan muncul pada aplikasi pemandu Grab untuk menunjukkan jangka masa anda akan kekal ‘Unavailable’.

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Apabila pemasa tamat, anda akan dimaklumkan bahawa anda sudah boleh menerima tempahan. Tekan ikon ‘kunci’ untuk mula menerima tempahan semula. Sebagai alternatif, anda boleh menekan ‘Saya Belum Bersedia’ untuk kekal ‘Unavailable’.

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja


Bagaimanakah ciri baru ini melindungi rakan-penghantar berprestasi tinggi?

Rakan-penghantar yang memilih tempahan atau rakan-penghantar yang belum lagi bersedia untuk menerima tempahan, akan disekat daripada menerima tempahan untuk sementara waktu. Ini akan memberikan tempahan kepada rakan-penghantar lain, terutamanya kepada mereka yang menggunakan ciri Auto Accept, dan membolehkan mereka mengekalkan Kadar Penerimaan (AR) yang tinggi dan Kadar Pembatalan (CR) yang rendah.


Soalan Lazim

Bagaimanakah pembatalan boleh menyebabkan timeout?

Anda boleh dikenakan timeout jika anda kerap mengabaikan atau membatalkan* tempahan secara konsisten. Walau bagaimanapun, kami faham bahawa ada kalanya anda tidak boleh menerima kesemua tempahan yang datang disebabkan oleh situasi tertentu atau anda perlu berehat.

Jika anda belum lagi bersedia untuk menerima tempahan, sila aktifkan butang ‘unavailable’.

*Pembatalan yang tidak menjejaskan CR anda (contoh: ‘Barang terlalu besar’, ‘Tidak dapat menghubungi pengirim’) tidak akan menyebabkan timeout.

Berapa lamakah masa timeout?

Tempoh masa timeout yang akan dikenakan adalah sekurang-kurang 30 saat, dan akan akan dipaparkan pada aplikasi pemandu Grab. Lebih kerap anda membatalkan atau mengabaikan tempahan, lebih lama tempoh timeout yang akan dikenakan.

Apakah jenis perkhidmatan yang akan dikenakan timeout?

Timeout boleh dikenakan kepada semua jenis perkhidmatan anda.

Adakah ciri Timeout Pemandu akan diaktifkan untuk kesemua versi aplikasi pemandu Grab?

Ya, ciri ini akan diaktifkan kepada semua versi aplikasi pemandu Grab. Walau bagaimanapun, sila muat turun aplikasi versi terkini atau anda mungkin mengalami masalah teknikal.

Adakah saya akan dikenakan timeout jika pembatalan dilakukan oleh pengirim?

Tidak, and tidak akan dikenakan timeout jika pembatalan dilakukan oleh pengirim.