Panduan Ciri Petakan Bandar Anda

Click here for English version

Sila rujuk panduan di bawah jika anda seorang rakan-pemandu atau rakan-penghantar dari Lembah Klang dan Penang yang berminat untuk menggunakan Ciri Petakan Bandar Anda. Dengan ciri ini, anda boleh menghantar lokasi yang belum ada pada peta untuk mendapatkan bonus tambahan.

*Sila harap maklum bahawa ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat kepada semua rakan-pemandu & rakan-penghantar di Lembah Klang dan Penang mulai 9 Mac 2021.


Bahagian 1: Hantar POI melalui aplikasi pemandu

  1. Tekan “Teroka”.
  2. Tekan “Tambahkan Tempat”.
  3. Gerakkan pin ke lokasi pilihan anda atau tekan “Lihat Alamat Terpadam”.
  4. Masukkan maklumat lokasi tersebut.


Bahagian 2: Semak sumbangan anda

Tekan “Sumbangan Saya” untuk menyemak semua POI yang telah anda hantarkan. Status serahan anda akan terbahagi kepada 3:

  • Sedang Disemak: Jumlah keseluruhan serahan anda
  • Diterima: Serahan yang sudah disemak dan diluluskan
  • Ditolak: Serahan yang tidak diluluskan kerana data yang tidak mencukupi atau tidak tepat


Bahagian 3: Kriteria kelayakan untuk penerimaan bonus tambahan

PENTING: Untuk mendapat bonus tambahan, anda perlu mengumpulkan minima 10 serahan POI yang berjaya diterima setiap minggu. Anda dapat semak nombor ini di bahagian “Diterima” pada bahagian “Sumbangan Saya”.

Jika anda layak, anda akan menerima bayaran berikut dalam dompet tunai untuk setiap serahan POI anda.

  • Kriteria kelayakan: minima 10 serahan POI yang berjaya diterima
  • Serahan POI bersama foto: RM1.00
  • Serahan POI tanpa foto: RM0.50
  • Tempoh serahan POI: Setiap hari Isnin hingga Ahad
  • Kekerapan pembayaran: Setiap hari Jumaat untuk serahan minggu sebelumnya.
    Contoh: Untuk serahan pada 14 Sept – 20 Sept, pembayaran akan dibuat pada 25 Sept.

Bahagian 4: Carta Pendahulu

Ingin tahu kedudukan anda di antara rakan-pemandu & rakan-penghantar yang lain? Semak Carta Pendahulu untuk mengetahui kedudukan anda dan serahan POI tertinggi!


Seksyen 5: Panduan pengguna

Tekan “Bantuan” untuk menyemak panduan asas di aplikasi pemandu anda dan baca terma dan syarat dengan lebih lanjut, lihat contoh serahan POI yang berjaya diterima, atau laporkan sebarang isu.


Soalan Lazim

Bagaimana untuk menyemak sekiranya POI saya telah wujud dalam sistem?

Sila tekan butang  pada peta untuk menyemak POI yang sedia ada di kawasan tersebut.

 

Terdapat kesalahan pada serahan POI saya. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pembetulan?

Sila buat serahan POI baru dengan maklumat yang tepat.

 

Bagaimanakah untuk menyemak sekiranya serahan POI saya telah diterima?

PENTING: Tekan “Sumbangan Saya” di bahagian Teroka pada aplikasi pemandu anda untuk menyemak perkembangan terkini serahan POI anda (sedang disemak, diterima atau ditolak).

 

Apakah kriteria kelayakan untuk menerima bonus tambahan?

PENTING: Sila kumpulkan minima 10 serahan POI yang berjaya diterima seminggu untuk melayakkan diri anda menerima bonus. Anda dapat semak nombor ini di bahagian “Diterima” pada bahagian “Sumbangan Saya”.

 

Saya sudah kumpulkan lebih daripada 10 POI yang berjaya diterima. Dimanakah  saya boleh menyemak jika saya sudah menerima bonus tersebut?

Anda akan menerima bonus untuk setiap POI yang berjaya diterima melalui dompet tunai. Jumlah bonus akan dipaparkan dalam penyata mingguan anda dan pembayaran akan dibuat secara mingguan.

 

Berapa lamakah serahan POI saya akan diproses?

Setiap serahan akan mengambil masa kira-kira 5 hari bekerja untuk disemak dan disahkan sebelum dipindahkan ke bahagian Diterima atau Ditolak pada bahagian “Sumbangan Saya”.

 

Mengapakah serahan POI saya ditolak dan dimanakah saya boleh membuat semakan?

Serahan anda mungkin ditolak kerana maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat. Sila rujuk bahagian “Sumbangan Saya” untuk semakan.

Ikuti tips-tips berikut bagi meningkatkan peluang untuk serahan anda berjaya diterima.

  • Gunakan butang  untuk menyemak POI yang berdekatan kawasan tersebut.
  • Pastikan nama dan alamat lokasi tersebut tepat.
  • Nama lokasi tersebut mestilah tidak mengandungi perkataan atau karakter tidak sesuai. Contoh: $%^&*(
  • Muat naik gambar lokasi yang terang dan jelas.

 

Mengapakah lokasi POI pickup/dropoff masih tidak tepat walaupun saya telah menghantar POI dengan maklumat yang betul?

Serahan POI anda mungkin akan mengambil masa 25-30 hari sebelum ianya dipaparkan pada aplikasi Grab.

 

Dimanakah saya boleh kongsikan maklum balas untuk ciri Petakan Bandar Anda?

Tekan sini untuk mengisi borang maklum balas.

 


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.