Menu Driver Sign-Up

Penyertaan Grab dalam National Urgent Response (NUR) Alert

Kerjasama dengan Kementerian Wanita dan PDRM

Click here for the English version

Sistem National Urgent Response (NUR) Alert adalah inisiatif kebangsaan yang menyebarluaskan maklumat berkaitan dengan kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dengan secepat mungkin. Mulai 1 Mac 2019, kami sedang bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk membantu masyarakat melindungi keselamatan kanak-kanak.

Di samping berkongsi NUR Alert dengan rangkaian rakan-pemandu kami di seluruh negara melalui aplikasi pemandu dan laman web, kami juga akan meneroka cara baharu untuk menimbulkan kesedaran tentang NUR Alert di kalangan penumpang serta keseluruhan komuniti kami.

YB Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang berucap semasa pelancaran kerjasama ini menekankan kepentingan tindakan cepat dan tegas apabila ia melibatkan pengenalpastian, penyelamatan, pencarian atau perlindungan kanak-kanak di Malaysia yang menjadi mangsa sebarang jenayah.

“Keupayaan untuk berkongsi maklumat ini di seluruh negara dengan beratus-ratus dan beribu-ribu warganegara Malaysia yang juga merupakan rangkaian rakan-pemandu Grab adalah tambahan yang kuat kepada usaha PDRM, MCMC, dan organisasi lain yang menyokong usaha kami untuk memastikan semua kanak-kanak dan masyarakat selamat, setiap hari”, katanya.

Kehilangan seorang kanak-kanak amat menyakitkan, bukan hanya untuk keluarga tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan kerana kanak-kanak merupakan pemimpin masa depan negara kita. Sementara pihak berkuasa sedang melakukan yang terbaik untuk mencari kanak-kanak yang hilang, kami akan bekerjasama dengan anda untuk memainkan peranan kami sebagai warganegara yang prihatin dengan menjadi mata dan telinga di jalan raya, demi memastikan setiap hari adalah lebih selamat untuk kanak-kanak di Malaysia.