Menjadikan Sumbangan Zakat Lebih Mudah

Daftar sekarang dan kami akan selesaikan yang selebihnya!

Click here for English version

Sebagai misi untuk menjadi aplikasi yang digunakan oleh semua setiap hari, kami telah bekerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP) untuk menjadikan sumbangan Zakat lebih mudah.

Oleh itu, kami bangga dapat membantu rakan-pemandu dan rakan-penghantar Muslim untuk menyumbang zakat pendapatan dengan Grab. Anda hanya perlu mendaftar dan pemotongan akan bermula pada bulan seterusnya.


Bagaimanakah ini berfungsi?

Menyumbang zakat adalah wajib jika jumlah pendapatan setahun anda melebihi jumlah Nisab Zakat.

Jika kurang daripada jumlah Nisab Zakat, anda tidak wajib untuk menyumbang.

Kadar nisab zakat pendapatan akan berubah setiap bulan atau setiap tahun bergantung pada setiap negeri. Sila rujuk pautan-pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP)
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ)

  1. Daftar dengan mengisi butiran yang diperlukan dan hantar borang di sini.
  2. Anda akan mendapat notifikasi sebelum 5hb bulan depan sekiranya pendaftaran anda berjaya.
  3. Kami akan memotong 2.5% daripada pendapatan bersih anda melalui dompet kredit (rakan-pemandu) / dompet tunai (rakan-penghantar pada bulan seterusnya.

Contoh:Sekiranya anda mendaftar pada bulan ini (November 2019), pendapatan bersih anda pada bulan Disember 2019 layak untuk sumbangan Zakat dan pemotongan akan dibuat pada bulan Januari 2020.


Soalan Lazim

Apakah yang perlu dibuat sekiranya saya belum mendaftar untuk zakat?

Jangan bimbang. Apabila anda mendaftar untuk menyumbang zakat daripada pendapatan Grab anda, pendaftaran untuk zakat akan dibuat secara automatik. Sekiranya anda ingin menyumbang zakat untuk pendapatan lain (cth. emas dan perak, pendapatan perniagaan), sila kunjungi pejabat PPZ atau pejabat LZS, pejabat PKZP yang terdekat.

Saya mendaftar akaun Grab saya di Kuantan, Pahang. Namun, saya memandu Grab di Kuala Lumpur. Kemana potongan zakat saya akan disalurkan?

Pembayaran Zakat adalah digalakkan untuk dibayar kepada pusat zakat dinegeri mana kita bekerja. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mendaftar akaun Grab di Pahang, potongan zakat anda akan disalurkan kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP). Sekiranya anda ingin potongan anda disalurkan kepada Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ), anda dinasihatkan untuk membuat perubahan ketetapan bandar anda daripada Kuantan ke Kuala Lumpur dengan mengisi borang ini.

Saya ialah rakan-pemandu di luar Selangor/W.P Kuala Lumpur/Pahang. Saya ingin menyumbang zakat. Apakah yang boleh dibuat?

Anda boleh kunjungi pejabat Zakat yang terdekat untuk menyumbang. Kami juga sedang berusaha untuk membuka program ini ke bandar-bandar lain. Nantikan berita terkini dari masa ke masa!

Apakah yang akan berlaku jika saya sedang menyumbang zakat kepada PPZ, LZS atau PKZP?

Sekiranya sumbangan zakat telah dibuat dengan nombor kad pengenalan baru anda, sumbangan anda untuk pendapatan Grab akan direkod dalam akaun yang sama. Jika sumbangan zakat anda dibuat dengan kad pengenalan yang lain (cth: nombor kad pengenalan lama, kad kuasa polis), sila isikan butiran tersebut dalam borang pendaftaran untuk memastikan sumbangan zakat adalah dengan akaun yang sama.

Bolehkah saya berhenti menyumbang zakat bila-bila masa?

Anda boleh berhenti menyumbang bila-bila masa dengan mengisi borang di sini tetapi sila dimaklumkan bahawa sumbangan untuk bulan semasa masih akan diambil kira.

Contoh: Pengisian borang untuk menghentikan sumbangan zakat dilakukan pada 16 Mac 2019, pemotongan masih akan dibuat ke atas pendapatan bersih anda untuk bulan Mac pada bulan April 2019. Pemotongan untuk sumbangan zakat akan berhenti pada bulan Mei.

Bergantung kepada Agensi Zakat pilihan anda, anda dinasihati untuk mendaftar akaun individu baru atau log masuk ke dalam akaun sedia ada anda pada laman web Agensi Zakat tersebut untuk memantau jumlah sumbangan anda. Berikut adalah pautan laman web LZSlaman web PPZ dan laman web PKZP.

Jika anda ingin menyumbang lebih daripada 2.5% pendapatan bulanan, anda juga boleh membuat demikian di pautan yang sama.

Bagaimanakah pendapatan bersih saya dikira?

Pendapatan bersih adalah sama dengan jumlah tambang yang diterima selepas pemotongan komisen (jika ada).

Bagaimanakah nisab zakat pendapatan dikira?

Nisab zakat pendapatan berdasarkan gram emas, sila tonton video ini untuk mengetahui lebih.

Kadar nisab zakat pendapatan akan berubah setiap bulan atau setiap tahun bergantung pada setiap negeri. Sila rujuk pautan-pautan di bawah untuk maklumat lebih lanjut:
Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP)
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ)

Bilakah tarikh akhir untuk pendaftaran program ini?

Rakan-pemandu dan rakan-penghantar perlu mendaftar sebelum akhir bulan pada mana-mana bulan pilihan. Pemotongan pendapatan anda akan bermula pada bulan seterusnya. Misalnya, jika anda mendaftar sebelum 28 November 2019, kami akan memotong pendapatan Disember 2019 anda pada bulan Januari 2020.

Adakah terdapat had umur untuk program ini?

Tiada had umur untuk program ini. Walau bagaimanapun, program ini HANYA terbuka kepada rakan-pemandu Muslim yang berminat untuk membuat sumbangan zakat.

Ke manakah sumbangan ini akan disalurkan?

Sumbangan anda akan dihantar ke PPZ, LZS atau PKZP secara bulanan, berdasarkan Agensi Zakat pilihan anda di borang pendaftaran.

Apakah yang akan berlaku jika saya digantung/ditamatkan atau tidak mempunyai baki yang cukup dalam dompet setelah opt in?

Jika anda digantung/ditamatkan atau tidak mempunyai baki yang cukup untuk dipotong, kami tidak memotong daripada dompet anda mulai bulan berikutnya. Anda juga akan dikira telah opt out secara automatik apabila ini berlaku.

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.