Click here for English version
Tarikh akhir untuk mematuhi peraturan kian menghampiri, dan kami memahami bahawa anda mungkin resah dan mempunyai soalan mengenai perkara ini. Setakat ini, kami masih belum menerima sebarang berita terkini daripada agensi yang berkaitan.
Oleh itu, bagi pihak komuniti kami, kami telah mengeluarkan kenyataan media baru-baru ini untuk menyeru pihak berkuasa untuk memberikan garis panduan yang lebih jelas dan praktikal dalam usaha melancarkan pelaksanaan peraturan e-hailing.
Berikut adalah beberapa perkara penting dari kenyataan tersebut:
Tahap ketersediaan pengawal selia
Kami mengambil berat pandangan Menteri kepada industri agar tidak menunggu sehingga saat akhir untuk bersedia bagi pematuhan. Namun sehingga hari ini, masih terdapat banyak lagi perkara yang tidak dapat disahkan dari segi:
1. Modul latihan
Modul latihan Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) yang sepatutnya bermula tahun lepas, tidak akan siap sehingga Mac 2019. Oleh itu, kami percaya bahawa ratusan ribuan rakan-pemandu tidak akan mempunyai masa yang secukupnya untuk dilatih dan diiktiraf dalam tempoh 4 bulan.
Kami telah mencadangkan kepada Menteri tentang platform latihan digital yang dapat memberi latihan umpama 6 jam (atau lebih) kepada rakan-pemandu. Walau bagaimanapun, agensi terbabit masih belum merangka cadangan ini ke dalam polisi bertulis dan polisi semasa masih memerlukan kehadiran fizikal.
2. Insurans e-hailing
Pada masa ini produk insurans untuk e-hailing adalah tidak mencukupi dan apa yang terdapat di pasaran kini tidak memenuhi keperluan kebanyakan rakan-pemandu, terutamanya untuk rakan-pemandu separuh masa. Kami masih dalam perbincangan dengan Bank Negara Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan syarikat-syarikat insurans di Malaysia untuk meminda dan mungkin menukar kerangka kerja insurans yang dikawal selia dengan ketat, yang mungkin memerlukan lebih masa.
3. PUSPAKOM
Terdapat lokasi pemeriksaan kenderaan terhad di seluruh negara. Dengan kewujudan rakan-pemandu di 35 bandar dan pekan-pekan utama di Malaysia, kami bimbang bahawa penekanan terhadap pemeriksaan fizikal akan menjejas sistem Puspakom. Kami percaya bahawa platform digital patut diberi pertimbangan untuk meningkatkan kualiti dan keselamatan kenderaan.
4. Keperluan lain e-hailing
Terdapat beberapa keperluan tambahan seperti, alat pemadam api dalam setiap kenderaan, cukai jalan e-hailing, cakera dan pelekat, masih belum diterangkan dengan jelas kepada penggiat industri. Ini menjadikanya lebih sukar untuk menyampaikan maklumat ini kepada anda.
Setakat ini, kami masih belum bertemu dengan agensi penguatkuasaan untuk mendapatkan garis panduan yang lebih jelas dan boleh dilaksanakan. Hasilnya, kami menghadapi kesukaran untuk memberikan sokongan penuh dan jaminan terhadap rakan-pemandu kami semasa tempoh peralihan. Kami sedang berusaha untuk melakukan segalanya untuk bekerjasama dengan kerajaan dan agensi penguatkuasaan, dengan harapan untuk menghasilkan penyelesaian yang lebih baik dan akan memanfaatkan anda, rakan-pemandu kami dan juga penumpang.