Ciri Sibu Airport Queue

Click here for the English version

Untuk memberikan anda pengalaman yang lebih lancar, telus, dan selamat kepada rakan-pemandu yang menunggu tempahan di Lapangan Terbang Sibu, kami akan memperkenalkan Ciri Sibu Airport Queue!

Ciri ini hanya akan diaktifkan jika anda menunggu tempahan di Kawasan Menunggu yang telah disediakan di Sibu Jaya.

Ciri Sibu Airport Queue akan diperkenalkan kepada semua rakan-pemandu mulai 3PM, 26 September 2019.


// Peringatan semasa menunggu untuk tempahan anda:

  • Sila pastikan anda bersedia untuk terima tempahan apabila angka giliran anda adalah 5 dan ke bawah.
  • Selepas anda telah menerima tempahan, sila buat pick up dengan kadar segera di Kawasan Pick Up. Anda diingatkan untuk tidak menunggu penumpang anda di Kawasan Pick Up atau Drop Off. Pastikan mereka sudah bersedia dan sedang menunggu anda.
  • Anda dilarang menghalang aliran lalu lintas.
  • Pastikan anda menjaga persekitaran anda. Jangan membuang sampah merata-rata.
  • Sila letakkan kereta di zon yang ditetapkan sahaja.

// Untuk pengalaman menunggu yang lebih baik:

  • Aktifkan Wi-Fi pada telefon anda untuk meningkatkan ketepatan lokasi.
  • Kami syorkan anda untuk memilih dan mengaktifkan hanya 1 jenis perkhidmatan sahaja pada aplikasi pemandu anda untuk mengelakkan kehilangan nombor kedudukan giliran anda.
  • Semak untuk memastikan aplikasi anda tidak terkunci atau dalam mod standby.
  • Apabila anda telah menerima tempahan, sila gunakan GrabChat untuk memaklumkan kepada penumpang Expected Time of Arrival (ETA) anda.

// Pembatalan daripada penumpang

  1. Anda dilarang meminta penumpang membatalkan tempahan TANPA SEBAB YANG MUNASABAH. Jika anda didapati melakukan perkara tersebut, tindakan yang sewajarnya boleh dikenakan.
  2. Untuk mengelakkan pembatalan, pastikan anda sentiasa membalas panggilan/mesej GrabChat dan juga memaklumkan kepada penumpang lokasi anda.

// Baki minima dompet kredit

Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam Dompet Kredit anda untuk menerima tempahan di Lapangan Terbang Sibu. Jumlah minima yang diperlukan berbeza mengikut jenis perkhidmatan anda.

Contoh 1: Jika anda mengaktifkan jenis perkhidmatan GrabCar atau JustGrab, anda perlukan baki minima sebanyak RM10 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM50 dan ke bawah.

Contoh 2: Jika anda mengaktifkan jenis perkhidmatan GrabCar 6-seater, anda perlukan baki minima sebanyak RM15 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM75 dan ke bawah.


Dimanakah Kawasan Menunggu?

Gambar 1: Kawasan Menunggu Sibu Queue

Sila rujuk peta di atas.

  • Oren – Kawasan Pick Up
  • Ungu – Kawasan Menunggu

Rakan-pemandu hanya boleh mendapatkan tempahan apabila mereka berada di Kawasan Menunggu.


Bagaimanakah ciri ini berfungsi? 

Siapa cepat, dia dapat! Ini bermakna rakan-pemandu yang paling awal sampai di Kawasan Menunggu akan diberikan tempahan terlebih dahulu. Rakan-pemandu yang tiba kemudian di kawasan ini akan diletakkan di dalam sistem giliran dan hanya akan menerima tempahan apabila giliran mereka sampai.

Anda akan diberitahu tentang nombor giliran melalui aplikasi pemandu di bahagian notifikasi.


Adakah ciri ini diguna pakai untuk semua jenis perkhidmatan?

Ciri ini tertakluk kepada JustGrab, GrabCar dan GrabCar 6-seater. Rakan-pemandu boleh mengaktifkan semua jenis perkhidmatan tetapi kami menggalakkan anda untuk mengaktifkan satu jenis perkhidmatan sahaja untuk mengelakkan kehilangan nombor giliran.


Bagaimanakah rakan-pemandu akan dimaklumkan tentang kedudukan giliran mereka?

Apabila anda berada di Kawasan Menunggu, anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi pemandu untuk memberitahu anda kedudukan giliran anda jika anda online. Setelah pemberitahuan yang pertama telah dikeluarkan, anda akan dimaklumkan setiap kali kedudukan anda berubah sehinggalah anda mendapat tempahan.

Anda juga boleh melihat nombor giliran anda melalui notifikasi dalam aplikasi. Apabila nombor giliran anda berubah, inbox anda akan dikemaskini secara automatik untuk menunjukkan mesej dalam aplikasi anda.

Setiap mesej giliran akan dipadam selepas 2 jam. Oleh itu, pastikan anda menyemak inbox anda untuk pengumuman yang tidak berkenaan dengan tempahan Lapangan Terbang Sibu.

*Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja


Apa akan berlaku jika saya tidak mendapat nombor giliran?

  • Pastikan anda berada di tempat yang betul.
  • Bergantung kepada rangkaian telefon, anda mungkin akan mengalami kelewatan dalam menerima notifikasi. Kami menasihati anda untuk menunggu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menelefon bahagian Customer Support kami.
  • Anda juga boleh melihat nombor giliran anda melalui bahagian notifikasi.

Bolehkah giliran saya diturunkan/ditolak ke bawah?

Ya. Giliran anda boleh diturunkan untuk mana-mana jenis perkhidmatan apabila:

  1. Anda membatalkan lebih daripada SATU (1) tempahan
  2. Jika anda offline ataupun memutuskan sambungan ‘available for jobs’ lebih daripada 5 minit.
  3. Jika anda meninggalkan Kawasan Menunggu tanpa sebuah tempahan untuk lebih daripada 5 minit.

Apakah yang akan terjadi kepada giliran saya jika penumpang yang membatalkan tempahan?

  1. Jika anda telah meninggalkan Kawasan Menunggu untuk mengambil penumpang dan penumpang tersebut membatalkan tempahan, kedudukan giliran anda bagi jenis perkhidmatan yang dibatalkan akan tetap kekal di atas jika anda kembali ke kawasan-kawasan tersebut dalam masa 10 minit.
  2. Walau bagaimanapun, nombor giliran anda bagi jenis perkhidmatan yang lain akan ditolak ke bawah. Oleh itu, kami sangat mengalakkan anda untuk hanya memilih satu jenis perkhidmatan sahaja.