Menu Driver Sign-Up

Ciri Hentian Tambahan

Memperkenalkan ciri GrabExpress baru iaitu Hentian Tambahan yang membolehkan pengirim untuk menambah lokasi penghantaran (sehingga 5 lokasi yang berbeza) untuk penghantaran barang.

Sebagai rakan-penghantar GrabExpress, anda kini boleh mengutip lebih daripada 1 barang dan menghantarnya ke lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh pengirim.
 
Dengan ciri ini, anda berpeluang untuk mendapat lebih banyak lagi pendapatan dengan 1 tempahan, sambil mengurangkan masa menunggu untuk tempahan seterusnya.

 

Tambang & Bonus Multi Stop

Tambang akan dikira berdasarkan jumlah jarak penghantaran, dengan tambahan RM2 untuk setiap penambahan lokasi penghantaran.

Tempahan Hentian Tambahan tidak akan diambil kira untuk bonus trip harian anda. Sebaliknya, anda akan mendapat Bonus Multi Stop sebanyak RM2 untuk setiap hentian tambahan yang ada (hanya tertakluk selepas lokasi pertama), di samping tambang anda.

Bonus akan dimasukkan ke dalam dompet tunai anda pada setiap hari Isnin.

 

Bagaimana ia berfungsi?

        

  1. Anda kini akan mendapat perkhidmatan baru dalam akaun anda iaitu GrabExpress (Multi Stop) yang membolehkan anda untuk melakukan penghantaran dengan hentian tambahan.
  2. Kad tempahan untuk hentian tambahan akan dipaparkan sebagai GrabExpress (Multi Stop).
  3. Anda akan melihat lebih daripada 1 lokasi penghantaran dalam peta anda.
  4. Tekan “More” untuk melihat alamat pengambilan dan penghantaran

 

5) Semasa anda mengutip barang daripada pengirim, anda dikehendaki untuk mengambil gambar setiap barang yang diterima, seperti tempahan GrabExpress yang biasa. Jika terdapat 2 lokasi penghantaran, anda perlu mengambil 2 gambar.

6) Gambar untuk penerima perlu ditunjukkan sebelum barangan diserahkan kepada penerima. Hal ini adalah untuk mengelakkan anda daripada menghantar barang yang salah.

 

Pembatalan Penghantaran

Jika anda berada di dalam situasi di mana anda tidak boleh melakukan penghantaran ke salah satu lokasi yang ditetapkan, anda boleh membatalkan penghantaran ke lokasi tersebut dan meneruskan penghantaran untuk lokasi yang seterusnya.

Contoh:

Anda mempunyai 2 lokasi penghantaran: lokasi A dan lokasi B

Anda telah sampai ke lokasi A tetapi penerima tidak dapat dihubungi.

Dalam situasi ini, batalkan penghantaran lokasi A dan nyatakan sebab pembatalan yang betul. Kemudian, hubungi Khidmat Pelanggan untuk tindakan selanjutnya sama ada pemulangan barang kepada pengirim semula atau pun kepada Grab.

Selepas anda sudah membatalkan penghantaran lokasi A, anda boleh meneruskan penghantaran ke lokasi B.

Tambang yang dibayar oleh pengirim akan kekal sama walaupun terdapat pembatalan untuk salah satu lokasi.