Menu Driver Sign-Up

Auto Accept: Pemanduan yang lebih mudah dengan Grab!

Click here for the English version

Memperkenalkan Auto Accept, ciri baru untuk menerima tempahan secara automatik! Dengan ini, anda boleh menumpukan perhatian sepenuhnya di jalan raya tanpa bimbang terlepas tempahan lagi. Selain itu, kawalan sentiasa ada di dalam tangan anda kerana anda yang menentukan bila anda ingin memandu dengan Auto Accept – ciri ini boleh diaktifkan atau dimatikan pada bila-bila masa yang anda inginkan.

Bagaimanakah Auto Accept boleh membantu anda

Pandu dengan lebih selamat

Anda tidak perlu bimbang mengendali beberapa tugas dalam satu masa lagi semasa memandu seperti menerima tempahan dalam masa 10 saat. Ini bermakna anda boleh menumpukan sepenuh perhatian dan memberikan pemanduan yang lebih selamat apabila di jalan raya!

Tiada lagi tempahan yang terlepas 

Terlepas tempahan kerana anda keluar dari kereta untuk membantu penumpang? Auto Accept akan memastikan anda tidak terlepas tempahan seperti ini lagi. Kini, lebih mudah bagi ada untuk mengekalkan AR yang tinggi! Jika anda menerima lebih banyak tempahan, anda boleh mengutip lebih banyak tambang dan meningkatkan pendapatan anda.

Kawal pemanduan anda

Lebih gemar memandu tanpa Auto Accept? Aktifkan Auto Accept hanya bila anda inginkan. Anda mempunyai kawalan sepenuhnya bagi pemanduan anda!

 

Bagaimana ciri ini berfungsi?

Reka bentuk aplikasi pemandu terkini:

Soalan Lazim

Bolehkah saya memilih bila saya ingin memandu dengan Auto Accept?

Ya! Anda sentiasa mempunyai kawalan dengan Auto Accept. Anda boleh membuat keputusan untuk mengaktifkan ciri ini bila anda ingin menggunakannya. Apabila Auto Accept diaktifkan, semua tempahan yang masuk akan diterima secara automatik bagi pihak anda.

Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan atau mematikan ciri Auto Accept?

Butang AA boleh didapati di bahagian Semua Tetapan di dalam laman profil pemandu. Jika anda perlu mematikannya dengan segera, sila matikan butang ‘unavailable for jobs’ anda anda dan anda tidak akan menerima sebarang tempahan sehingga anda mengaktifkan butang ‘availability’. 

Bagaimanakah saya tahu jika Auto Accept sudah diaktifkan?

Jika Auto Accept telah diaktifkan, ikon kilat (lightning) sebelah butang availability akan bertukar menjadi warna hijau. Sila ambil perhatian bahawa menekan ikon kilat ini tidak akan mengaktifkan/mematikan ciri Auto Accept.

Apa jenis tempahan yang boleh diterima dengan ciri Auto Accept?

Ciri Auto Accept akan menerima semua tempahan yang anda layak terima. Contoh: sekiranya anda mendapat tempahan GrabShare, tempahan yang dipadankan (matched) seterusnya akan diterima secara automatik – anda hanya perlu mengikut susunan pick up dengan sewajarnya.

Adakah Auto Accept akan mempengaruhi/menjejaskan insentif?

Semua tempahan yang diterima oleh ciri Auto Accept akan dikira ke dalam insentif anda. Kesemua syarat-syarat untuk insentif harian atau mingguan anda masih akan kekal.

Jika saya telah mengaktifkan ciri Auto Accept, adakah saya tidak akan layak untuk menerima apa-apa bonus? (Tertakluk kepada rakan-pemandu GrabCar sahaja.)

Tidak. Anda masih layak untuk menerima bonus walaupun setelah ciri Auto Accept diaktifkan. Sila rujuk Job History atau Partner Statement untuk melihat jika anda telah menerima sebarang bonus.

Apakah yang akan berlaku jika penumpang membuat tempahan bagi jenis teksi yang salah?

Jika penumpang telah menempah jenis teksi yang salah, sila minta penumpang untuk batalkan dengan sopan dan buat tempahan lain dengan jenis teksi yang betul.

Boleh saya buat tempahan back-to-back semasa ciri Auto Accept diaktifkan?

Ya. Anda boleh menerima tempahan back-to-back semasa ciri Auto Accept diaktifkan. Tempahan back-to-back akan diterima secara automatik bagi pihak anda dan akan diambil kira untuk jumlah trip anda.

Apakah yang akan berlaku jika tempahan diterima secara automatik semasa saya sedang berehat?

Sebagai rakan-pemandu, kami menggalakkan anda untuk menghormati tempahan yang sudah diterima. Jika anda tidak dapat melakukan tempahan tersebut, sila hubungi penumpang untuk membuat pembatalan. Anda diingatkan untuk mematikan butang availability jika anda ingin berehat.

Saya sudah menerima pengaktifan ciri Auto Accept tetapi tempahan telah dibatalkan oleh operator. Mengapakah perkara ini berlaku?

Hal ini mungkin berlaku kerana anda berada di kawasan yang tidak mempunyai isyarat telefon yang stabil, di mana aplikasi pemandu anda tidak dapat mengesan anda telah menerima pengaktifan ciri Auto Accept.