4 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang aplikasi pemandu

Manfaatkan aplikasi pemandu sepenuhnya dengan tip-tip berikut!

Click here for the English version

Sebagai rakan-pemandu, aplikasi pemandu Grab adalah aplikasi harian anda. Untuk memastikan anda memanfaatkan aplikasi pemandu sepenuhnya, kami telah menyenaraikan beberapa fungsi aplikasi pemandu yang anda mungkin terlepas pandang selama ini.

Bahasa aplikasi pemandu

Lebih selesa menerima perkembangan daripada kami dalam bahasa lain? Tukar tetapan bahasa telefon anda dan aplikasi pemandu turut bertukar! Untuk menukarkannya, buka menu Tetapan dan tukar kepada bahasa yang diingini. Lancarkan semula aplikasi pemandu dan anda kini boleh mula menggunakannya di dalam bahasa piihan anda.

Bahasa telefon pintar anda boleh ditukar di bahagian tetapan telefon bimbit anda

Shortcut drawer (Laci Pintasan)

Sukar untuk mengaktifkan ciri kegemaran anda? Untuk memudahkan anda melayari ciri kegemaran anda dalam aplikasi pemandu, kami telah memperkenalkan Shortcut drawer (Laci Pintasan) di sebelah sudut kiri atas halaman utama. Kini, ciri Auto Accept atau MyDestination berada di hujung jari anda!

Ciri kegemaran anda kini di hujung jari!

GrabCorner

Perlukan bantuan untuk mencari stesen minyak terdekat? Layari bahagian GrabCorner untuk melihat senarai lokasi kemudahan yang terdekat di lokasi anda seperti stesen minyak, hospital, bengkel dan mesin ATM! 

Jika anda mengisi minyak di stesen minyak yang berdaftar sebagai Grab Pit Stop, jangan lupa untuk menikmati kopi/air mineral secara percuma. Lihat senarai penuh di sini.

Ketahui kemudahan di sekitar anda dengan GrabCorner

Beri aplikasi sentuhan peribadi

Jika anda menggunakan peranti Android, anda boleh mengubah pelbagai tetapan aplikasi pemandu anda. Salah satu daripadanya adalah aplikasi navigasi pilihan di mana anda boleh memilih pembekal navigasi anda di dalam bahagian pengaturan. Anda juga boleh mengubah tetapan-tetapan lain seperti nada dering dan masa skrin untuk memberikan sentuhan peribadi kepada aplikasi anda!

Berikan sentuhan peribadi kepada aplikasi pemandu anda


Ganjaran GrabAllStars – Info Bulanan

GrabAllStars adalah sebuah program yang memberikan faedah tambahan kepada rakan-pemandu dengan pelbagai pilihan ganjaran daripada rakan-niaga Grab. Ini termasuk harga yang lebih rendah untuk perkhidmatan terpilih yang akan membantu mengurangkan perbelanjaan harian anda.

Berikut adalah antara ganjaran menarik untuk ditebus pada bulan ini: