Butang Kongsi Lokasi Saya

 

Nikmati ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan dan dapatkan bantuan dengan aplikasi pemandu anda

Click here for the English version

 

Misi kami di Grab adalah untuk mewujudkan keselamatan yang lebih baik setiap hari bagi penumpang dan rakan-pemandu kami. Keselamatan anda adalah keutamaan kami!

Dari hujung Januari 2019, aplikasi pemandu anda boleh memberi anda dan orang tersayang anda ketenangan fikiran. Dengan butang Kongsi Lokasi Saya yang baru, anda dapat:

Kongsi lokasi dan destinasi secara langsung

Hantarkan pautan ke orang pilihan anda agar mereka tahu di mana dan ke mana anda pergi.

Hantar SMS ke Hubungan Kecemasan

Hantarkan mesej bersama lokasi ke orang pilihan dengan mudah.

Sambungan terus ke pihak polis

Dapatkan bantuan dalam situasi cemas, semuanya melalui aplikasi Pemandu.

Ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat, semua rakan-pemandu akan dapat menggunakan ciri ini mulai awal Februari 2019. Sila pastikan versi aplikasi anda telah dikemaskini kepada versi terkini untuk dapat menggunakan ciri ini.


Bagaimana untuk menggunakannya?


Soalan Lazim

Apakah butang Kongsi Lokasi Saya?

Butang baru ini membolehkan anda menghubungi nombor bantuan kecemasan dengan pantas atau berkongsi lokasi kepada yang tersayang jika anda berasa tidak selamat. Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

Apakah yang akan berlaku jika saya menekan butang ini semasa dalam transit?

Apabila anda online dan bersedia untuk menerima tempahan, anda akan mempunyai akses kepada butang ini yang akan membolehkan anda untuk:

  • Kongsi lokasi melalui pautan langsung
  • Kongsi lokasi dengan hubungan kecemasan yang telah ditetapkan
  • Menghubungi polis

Apakah akan terjadi jika saya tekan butang ini apabila saya online dan dalam keadaan bersedia tetapi tidak dalam transit?

Anda sentiasa dibenarkan berkongsi selagi anda “sedia untuk menerima tempahan”. Jika anda tidak berada dalam keadaan sedia walaupun dalam transit, anda tidak boleh berkongsi lokasi anda. Anda hanya boleh membuat panggilan kepada pihak berkuasa tempatan anda.

Apakah akan berlaku sekiranya saya tukarkan kesediaan saya untuk tempahan selepas saya kongsikan lokasi saya?

Lokasi anda tidak akan dikongsi lagi.

Adakah notifikasi SMS akan dihantar dari nombor telefon bimbit saya?

Tidak, nombor telefon anda tidak akan digunakan. Semua SMS akan dihantar oleh Grab bagi pihak anda dan Grab akan menanggung kos SMS. 

Apakah bahasa yang akan digunakan dalam SMS yang dihantar oleh Grab?

Bahasa yang akan digunakan dalam SMS adalah bahasa yang paling kerap diguna di negara aplikasi anda didaftarkan

Jika saya menghantar SMS kecemasan, bagaimanakah saya dapat memastikan bahawa hubungan kecemasan saya telah menerimanya?

Jika diaktifkan, terdapat tanda menunjukkan SMS telah dihantar. Namun, ini tidak menunjukkan bahawa SMS itu telah dibaca.