Majlis ramah mesra untuk #BreakTheSilence

Dalam usaha untuk merapatkan jurang komunikasi dan memperkasakan rakan-pemandu pekak Grab dengan kebebasan kewangan

Click here for the English version

Dengan kerjasama pihak Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Grab menganjurkan majlis makan tengah hari istimewa baru-baru ini di Kuala Lumpur untuk meraikan Minggu Pekak Antarabangsa. Sebagai sebahagian daripada kempen #BreakTheSilence bertujuan untuk memperkasa rakan-pemandu pekak kami dan memperbaiki komunikasi isyarat, majlis ini telah dianjurkan untuk mengiktiraf dan mengenali rakan-pemandu pekak kami yang telus dan rajin menggunakan platform Grab sebagai satu sumber pendapatan fleksibel untuk menjana pendapatan.

Selain mengumpulkan lebih daripada 100 rakan-pemandu pekak di bawah satu bumbung, majlis ini telah dihadiri oleh wakil dari Grab Malaysia – Ketua Negara, Sean Goh; Ketua Pemasaran Malaysia, Iris Chang dan Ketua Operasi, Rashid Shukor. Turut hadir Tengku Arman Harris Tengku Ismail, Presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) berserta Pengarahnya, Mohd Sazali Shaari.

Pengurus Negara, Grab, Sean Goh memberikan sepatah dua kata

Presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Tengku Arman Harris Tengku Ismail menyampai ucapan dalam Bahasa Isyarat

Dengan sokongan daripada MFD, hadirin telah dihiburkan dengan beberapa aktiviti seperti persembahan tarian daripada penari cilik daripada Tadika Istika Jaya, diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku di dalam Bahasa Isyarat bersama Grabbers! Terdapat juga bengkel yang mengajar Bahasa Isyarat dalam usaha untuk merapatkan jurang komunikasi komuniti rakan-pemandu.

Persembahan daripada Grabber dan pelajar Tadika Istika Jaya

Salah satu acara kemuncak untuk majlis ini adalah sesi memperkenalkan nama Grab dalam Bahasa Isyarat yang telah direka khas oleh MFD! Tanda rasmi yang mewakili nama Grab ini adalah satu lagi langkah dalam usaha Grab untuk mewujudkan satu platform yang inklusif untuk semua lapisan masyarakat, terutama rakan-pemandu pekak.

Sean Goh dan Tengku Arman Harris Tengku Ismail memperkenalkannya nama Grab dalam Bahasa Isyarat

Selain makan tengah hari, majlis turut menampilkan dua rakan-pemandu pekak, Low Kin Kheong dan Nor’Ain Azizan yang telah berkongsi pengalaman memandu dengan Grab. Sesi ini bukan sahaja telah menyediakan sebuah platform untuk kepada mereka untuk berkongsi pengalaman mereka, malah memberikan peluang kepada rakan-pemandu untuk memberikan maklum balas mereka kepada kami. Bukan itu sahaja, sesi ini juga memberikan Grab peluang untuk meramah mesra dengan rakan-pemandu pekak untuk memahami mereka lebih baik dan mencari jalan untuk menambahbaik lagi pengalaman memandu mereka.

(Dari kiri) Nor’Ain Azizan dan Low Kin Kheong berkongsi pengalaman memandu dengan Grab

Sebagai tanda penghargaan, Grab telah memberikan ‘goodies bag’ kepada semua rakan-pemandu yang hadir. Beg ini berisi barangan dalam kereta seperti Car Hanger dan Flip Card yang boleh diletakkan di dalam kereta bagi membantu penumpang berkomunikasi dengan rakan-pemandu.

Selain itu, beg ini juga telah mengandungi biskut dan sampel roti yang telah ditaja oleh Rainbows Health Food Industries SB! Joey Kow, salah seorang rakan-pemandu kami, membantu untuk menyelia proses pengeluaran biskut di kedai roti ini.

Rakan-pemandu tersenyum mesra bersama goodie bag

Kudapan yang diberikan oleh Rainbows Health Food Industries SB!

Kami juga telah memberikan beberapa hadiah! Barangan seperti Penggoreng udara, oven and vakum serta kad hadiah Petronas telah diberikan kepada pemandu bertuah dalam cabutan bertuah. Tiada rakan-pemandu kami yang pulang dengan tangan kosong!

Beberapa rakan-pemandu yang bertuah pada majlis ini!

Secara keseluruhannya, Grab berharap untuk meneruskan usaha kami untuk memperkasa komuniti rakan-pemandu pekak untuk merapatkan jurang pendapatan dan komunikasi. Dengan lebih banyak kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan yang relevan, Grab akan terus berusaha untuk membina platform yang lebih inklusif agar kami dapat menambahbaik lagi sumber pendapatan rakan-pemandu pekak kami dan #BreakTheSilence. Daripada kami semua di Grab, kami ingin sekali lagi mengucapkan selamat menyambut Minggu Pekak Antarabangsa dan kami harap akan berjumpa dengan anda lagi majlis yang akan datang.

Untuk mengetahui inisiatif untuk  #BreakTheSilence dan menyokong komuniti rakan-pemandu pekak kami dengan lebih lanjut.

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.