Menu Driver Sign-Up

#BreakTheSilence: Menyokong rakan-pemandu yang pekak

Click here for the English version

Di Grab, kami sentiasa berusaha untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada komuniti kami untuk membina sebuah platform yang lebih inklusif dan terbuka. Di Malaysia, Grab berbangga dapat menyokong dan memperkasa rakan-pemandu pekak kami yang menggunakan platform Grab sebagai satu sumber pendapatan fleksibel untuk mencari rezeki. Walaupun begitu, terdapat banyak lagi yang boleh dilakukan untuk membantu dan memperbaiki pengalaman rakan-pemandu kami.

Sesi Makan bersama rakan-pemandu pekak

 

Perjumpaan bersama Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD)

Pihak kami telah bekerjasama dengan rakan-pemandu pekak untuk memahami cabaran yang mereka hadapi dan cara kami boleh membantu menambahbaik pengalaman mereka. Kami juga bekerjasama dengan pihak Persekutuan Orang Pekak Malaysia(MFD) untuk mengenalpasti cara yang boleh menambahbaik platform kami dan menyediakan lebih banyak lagi peluang pendapatan kepada rakan-pemandu pekak.

Berdasarkan maklumbalas yang kami terima, pihak kami dengan sukacitanya akan melaksanakan beberapa perubahan dan inisiatif yang akan memudahkan lagi komunikasi isyarat. Dengan usaha ini, kami berharap untuk merapatkan jurang di antara pihak Grab, rakan-pemandu pekak dan penumpang bagi bersama-sama berusaha untuk #BreakTheSilence.

Komunikasi dan Kesedaran Penumpang

Penambahbaikan pengalaman memandu adalah salah satu tujuan kempen ini. Dengan ini, kami telah mencipta dan mengedarkan bahan dalam kereta seperti Car Hangers dan Flip Cards untuk membantu penumpang kami untuk berkomunikasi dengan rakan-pemandu pekak sambil mempelajari beberapa bahasa isyarat yang mudah semasa berada di dalam trip.

Selain itu, untuk menggalakkan lagi perubahan positif dan meningkatkan kesedaran penumpang semasa di dalam trip dengan rakan-pemandu pekak, kami akan melancarkan kempen media sosial sepanjang Minggu Orang Pekak Sedunia (24-30 September 2018)!

   

Car hangers: garis panduan & tips untuk penumpang                    

Contoh Flip Cards

Flip Cards dengan arahan mudah untuk kegunaan penumpang

Penglibatan Rakan-Pemandu

Maklumbalas dan cadangan daripada rakan-pemandu pekak kami adalah penting dalam usaha kami untuk menambahbaik lagi platform kami. Justeru itu, kami teruja untuk mengambil satu lagi langkah dengan menjemput jurubahasa isyarat ke SEMUA majlis kami. Hal ini adalah untuk memastikan majlis kami benar-benar inklusif agar kami boleh berkomunikasi dengan rakan-pemandu pekak kami dengan lebih baik.

Sesi Latihan dan Onboarding

Kami melatih rakan-pemandu kami untuk menangani pelbagai situasi berbeza. Berikut adalah beberapa perubahan yang kami lakukan untuk meningkatkan keberkesanan sesi latihan dan onboarding kami:

  • Bahan latihan lebih menyeluruh dengan situasi-situasi berbeza yang boleh dihadapi oleh rakan-pemandu, sebagai contoh mendapat tempahan penumpang yang buta.
  • Sesi latihan inklusif dengan kehadiran jurubahasa isyarat untuk rakan-pemandu pekak yang baru.
  • Rakan-pemandu Alpha yang pekak yang akan memberi bimbingan dan sokongan kepada rakan-pemandu pekak yang baru untuk trip-trip mereka yang pertama!

Kumpulan pertama rakan-pemandu Alpha pekak

Keselamatan

Keselamatan rakan-pemandu adalah satu keutamaan kepada kami. Kami telah mengedarkan dashcam kepada rakan-pemandu pekak untuk menjamin keselamatan mereka semasa memandu di jalan raya.

Secara keseluruhannya, dengan usaha-usaha untuk #BreakTheSilence, kami berharap kami dapat menambahbaik pengalaman memandu rakan-pemandu pekak kami. Akhir sekali, nantikan inisiatif baru daripada kami pada masa akan datang untuk memperkasa dan memperbaiki hidup rakan-pemandu!

Jika anda mempunyai rakan ataupun ahli keluarga yang ingin menyertai keluarga besar Grab, rujuk mereka kepada kami! Tekan butang di bawah untuk maklumat lanjut.