Bantuan Banjir

Sekali lagi kita semua menghadapi musim hujan – dengan itu kita harus mengambil langkah berjaga-jaga supaya diri kita dan sumber pendapatan kita sentiasa terlindung. Dengan #BantuanBanjir, kami ingin menolong Rakan Grab bersedia untuk hujan lebat dan banjir yang akan datang. 

Kami telah menyusun maklumat berguna berkaitan banjir untuk dikongsi kepada semua Rakan Grab. Kami berharap tip-tip yang dipaparkan bermanfaat untuk anda.

Tidak, insurans banjir kenderaan tidak termasuk dalam insurans kenderaan biasa. Insurans banjir merupakan tambahan kepada polisi insurans kenderaan anda.

Kebanyakkan pembekal insurans kenderaan akan menawarkan tambahan insurans banjir. Tanyakan pembekal insurans anda mengenainya sekarang.

Tambahan insurans banjir merupakan pembayaran sekali sahaja, selalunya kurang daripada RM100, yang memberikan anda perlindungan jika kenderaan anda rosak semasa banjir. Insurans banjir adalah pelaburan yang berbaloi berbanding membuat bayaran penuh untuk kenderaan rosak, yang mungkin bernilai berpuluh ribu.

Jika anda memiliki motosikal, and boleh juga membeli tambahan insurans banjir kenderaan apabila anda memperbaharui insurans motosikal anda.

GDI dan insurans e-hailing tahunan tidak meliputi kerosakan banjir yang dialami semasa tempahan. Perlindungan banjir hanya diperolehi daripada tambahan insurans banjir apabila pemilik memperbaharui insurans kenderaan tahunan.

Ya, tambahan insurans banjir boleh digunakan sama ada digunakan untuk kegunaan peribadi atau sebaliknya.

Ada beberapa pembekal insurans yang akan membuat bayaran kerugian penuh, dan untuk yang lain adalah seperti berikutnya:

  1. Jika kenderaan anda dilindungi berdasarkan nilai di pasaran, pihak insurans akan membayar anda sehingga 25% nilai di pasaran untuk ditentukan pada masa kerugian.
  2. Jika kenderaan anda dilindungi berdasarkan basis nilai yang dipersetujui, pihak insurans akan membayar anda sehingga 25% jumlah perlindungan dalam polisi anda.
  3. Jika kenderaan anda tidak dilindungi berdasarkan nilai di pasaran atau nilai yang dipersetujui, pihak insurans akan membayar anda sehingga 25% jumlah perlindungan dalam jadual, atau 25% daripada nilai di pasaran untuk ditentukan pada masa kerugian, yang mana lebih rendah. 

Sila semak dengan pembekal insurans anda untuk mengetahui lebih lanjut apa yang dilindungi di bawah insurans banjir kenderaan anda.

Jika anda perlu membuat tuntutan, ingat langkah berikut: 

  • Buat tuntutan anda secepat mungkin. 
  • Sediakan semua dokumentasi yang perlu (sila semak dengan pembekal insurans anda untuk mengetahui apa yang diperlukan).
  • Dokumentasikan kerugian anda dengan jelas. Ambil gambar atau video (di mana boleh) kerosakan sebelum membersihkan atau membaiki kenderaan anda. 
  • Simpan rekod. Sama ada e-mel antara anda dan agen insurans anda, atau resit berkaitan kerosakan kenderaan, simpankan rekod. 

Ramai syarikat insurans telah mempercepatkan proses tuntutan memandangkan kedahsyatan banjir di Malaysia. Sebagai contoh, Etiqa dan AXA Affin membenarkan pelanggan mereka memulakan proses tuntutan melalui talian bantuan tuntutan banjir WhatsApp.   

Anda boleh menghubungi pembekal insurans anda tentang tambahan insurans banjir untuk kenderaan. Anda juga boleh lihat di sini: Allianz, AXA, Chubb.

Tidak, anda tidak akan boleh membeli tambahan insurans banjir untuk kenderaan daripada pembekal insurans yang lain. Insurans banjir dibeli sebagai tambahan semasa memperbaharui insurans tahunan anda. Ada juga pembekal insurans yang membenarkan tambahan insurans banjir untuk kenderaan selepas pembaharuan insurans tahunan. Sila semak dengan pembekal insurans anda untuk maklumat lanjut. 

Pertamanya, anda harus kekal bertenang. Kenal pasti lokasi di aras yang tinggi dan menuju ke sana. Jika boleh, elak dari memandu melalui paras air yang tinggi – ia boleh merosakkan kenderaan anda dan membahayakan keselamatan anda.

Jika anda perlu memandu melalui kawasan banjir, pastikan kenderaan anda sentiasa bergerak dengan perlahan. Menghentikan kenderaan anda atau memandu dengan terlalu pantas mungkin menyebabkan air memasuki komponen kenderaan anda, seperti enjin.

Paras air maksima adalah pada tinggi disc rotor brek hadapan sebelum kenderaan anda mungkin mengalami kerosakan.

Jika paras air terus menaik dan anda tidak boleh memandu kereta anda ke lokasi yang lebih selamat, keluarkan terminal bateri untuk elakkan kerosakan kepada komponen elektrik kereta anda. Pastikan anda boleh sampai ke lokasi yang selamat jika anda perlu meninggalkan kenderaan anda – keselamatan anda adalah prioriti utama.

Cuba pastikan telefon bimbit anda sentiasa mempunyai bateri yang cukup sebelum menaiki kenderaan anda, terutamanya jika anda memandu untuk masa yang lama. Menyimpan peralatan dan keperluan asas (makanan kering dan air yang sering digantikan) dalam kenderaan anda juga penting untuk situasi kecemasan.

Anda harus mengutamakan keselamatan diri anda semasa menunggang motosikal anda. Jika paras air kelihatan merisaukan, bergerak ke kawasan yang selamat untuk berteduh dan tunggu paras air turun.

Periksa kawasan persekitaran untuk pastikan jalan anda selamat untuk ditunggang. Pandu dengan perlahan dan jangan berhenti jika anda berada dalam air yang dalam. Memberhentikan motosikal anda dalam air yang dalam boleh menyebabkan kerosakan dan menyebabkan anda hilang keseimbangan.  Anda juga patut memandu mengikut garis lurus kerana ianya sukar untuk mengemudi sambil melawan arus.

Paras air sehingga 15cm masih selamat untuk ditunggang lalu tanpa merosakkan enjin.

Jangan mulakan enjin motosikal anda jika anda takut ia telah mengalami kerosakan air. Memulakan enjin anda mungkin menyebabkan air banjir memasuki enjin. Anda juga dinasihatkan putuskan sambungan bateri anda untuk mengelak daripada isu elektrik. 

Keringkan komponen sensitif motosikal anda seperti komponen elektrik untuk mengelakkan karat.

Sentiasa sediakan baju hujan sebelum menunggang kerana anda mungkin terkena hujan lebat. Pastikan anda ada peralatan kecemasan dan telefon bimbit anda mempunyai bateri yang secukupnya.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Kami sangat berdukacita dengan musibah banjir yang telah menjejaskan rakan-pemandu & rakan-penghantar di beberapa negeri, terutamanya pada musim hujan.

 Untuk bantu meringankan beban, Grab akan menghulurkan bantuan kepada rakan-pemandu & rakan-penghantar yang memenuhi keperluan tertentu pada musim hujan ini.

Permohonan untuk tuntutan pada masa ini: DIBUKA

Hantar kenderaan anda untuk dibaiki ATAU dibersih dan buat tuntutan bayaran balik sehingga RM200.

Syarat-syarat:

  • Rakan-pemandu aktif berstatus Platinum atau Ultimate.
  • Terkesan dengan bencana banjir pada tempoh dan kenderaan anda terjejas.
  • Hantar tuntutan selewat-lewatnya pada 14 hari selepas kejadian anda terkesan.

Cara buat tuntutan:

  1. Buat laporan polis (mengandungi nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan tarikh kerosakan berlaku).
  2. Ambil gambar kerosakan / pengotoran pada kenderaan anda.
  3. Kunjungi bengkel atau kedai cuci kenderaan berhampiran anda.
  4. Dapatkan resit setelah kenderaan anda dibaiki atau dibersihkan (resit hendaklah menyatakan tarikh dan kos pembaikan / pembersihan kenderaan) dan ambil gambar selepas kenderaan anda telah dibaiki atau dibersihkan.
  5. Hantar resit dan gambar dalam borang dalam ini: https://grb.to/flood_reimbursement. dalam masa 14 hari selepas insiden telah berlaku.
Jika layak, anda hanya boleh membuat tuntutan untuk pembaikan ATAU pembersihan kenderaan yang yang kosnya tidak melebihi RM200 pada setiap tempoh Bantuan Banjir disediakan. Setiap tuntutan dibuat akan dinilai kes demi kes. Jika tuntutan anda berjaya, anda akan diberi bayaran balik melalui dompet tunai anda dalam masa 10 hari bekerja.

Sekiranya beg penghantaran anda rosak atau hilang akibat banjir, kami akan menggantikannya secara percuma.

Syarat-syarat:

  • Rakan-penghantar (motosikal) aktif yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya 1 pesanan dalam masa 2 minggu sebelum insiden berlaku.
  • Terkesan dengan bencana banjir dan beg penghantaran anda rosak atau hilang.
  • Telah membuat laporan polis & perlu tunjukkan bagi tujuan pengesahan (mengandungi nombor kad pengenalan, nama penuh, negeri & tarikh kerosakan berlaku).
  • Permintaan penggantian beg perlu dibuat dalam masa 14 hari dari kejadian anda terkesan.

Cara untuk ganti beg:

  1. Buat laporan polis (mengandungi nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan tarikh kerosakan berlaku).
  2. Kunjungi Grab Driver Centre di bandar anda.
  3. Tunjukkan laporan polis anda kepada wakil di Grab Driver Centre bagi tujuan pengesahan.
  4. Dapatkan beg penghantaran baharu anda.
 

1. Siapa yang layak untuk mendapat bantuan ini?

Buat masa ini, kami hanya memberikan bantuan kepada rakan-pemandu & rakan-penghantar terpilih. Sila rujuk ke keperluan seperti yang dinyatakan di atas.

2. Untuk penggantian beg penghantaran, adakah saya perlu buat temujanji untuk kunjungi GDC?

Tidak, rakan-penghantar terpilih tidak perlu buat temujanji untuk kunjungi GDC bagi mengambil beg penghantaran baharu.

3. Saya terkesan dengan banjir tetapi tidak dimaklumkan tentang bayaran balik pembaikan atau pembersihan kenderaan/penggantian beg. Apakah sebabnya?

Kami akan berikan bantuan kepada mereka yang telah memenuhi syarat yang dinyatakan di atas.

5. Apakah masa operasi Grab Driver Centre?
Anda boleh ketahui masa operasi GDC di sini.
 
Kindly be reminded that all members of the Grab community are required to follow the Code of Conduct and Terms of Services.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.