Pandu Dengan Grab Tanpa Rasa Bimbang

Sebagai salah satu daripada usaha berterusan kami untuk mengurangkan beban e-hailing ke atas rakan-pemandu kami, kami berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran Insurans E-hailing Harian Grab yang baru. Produk inovatif ini akan memastikan anda sentiasa dilindungi selama 24 jam apabila anda online dan memandu dengan Grab.

Bahagian 1: Apakah Insurans E-hailing Harian Grab?

Dengan kerjasama dengan syarikat-syarikat insurans terpilih, Grab akan menawarkan produk insurans baru yang inovatif dan fleksibel, sesuai dengan keperluan rakan-pemandu yang menggunakan Grab sebagai sumber pendapatan tambahan.

Dengan produk ini:

  • Anda hanya membayar insurans ketika anda online SAHAJA. Perlindungan ini sah untuk 24 jam.
  • Insurans e-hailing akan melindung anda semasa anda memandu Grab dalam tempoh masa ini.
  • Anda hanya perlu opt-in untuk Insurans Harian E-hailing Grab melalui aplikasi pemandu.
  • Anda tidak perlu membeli insurans e-hailing tahunan.

Bahagian 2: Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Insurans E-hailing Harian Grab?

Langkah 1: Opt-in untuk Insurans E-hailing Harian Grab pada bulan Julai*

*Peringatan: Kami akan memaklumkan bila anda boleh opt-in melalui aplikasi pemandu. Buat masa sekarang, pastikan insurans motor anda adalah salah satu panel insurans Grab. Sila rujuk pada Bahagian 3 untuk maklumat lanjut.

*Peringatan: Jika pembekal Insurans Motor anda tidak menawarkan insurans e-hailing, anda tidak boleh memandu untuk Grab mulai 12 Julai 2019.

Langkah 2: Bayar Insurans E-hailing Harian Grab

2.1 Penolakan dan Penamatan Tempoh Perlindungan

Penolakan premium harian:

  • Penolakan premium hanya akan dilakukan apabila anda datang online untuk tempahan pengangkutan sahaja.
  • Premium harian akan ditolak daripada dompet tunai atau dompet kredit anda, bergantung kepada baki dompet pemandu anda.
  • Penolakan akan dilakukan daripada dompet tunai terlebih dahulu jika baki dompet tunai mencukupi untuk membayar kos premium harian.
  • Jika baki dompet tunai tidak mencukupi, penolakan akan dilakukan daripada dompet kredit.


Senario A: Insurans harian akan diaktifkan selepas penolakan premium harian. Setiap penolakan akan melindungi anda selama 24 jam.

Contoh: Selepas penolakan premium, anda akan dilindungi sepanjang masa dalam tempoh 24 jam, tidak kira jika anda online atau offline. Jika anda online bermula dari pukul 8am pada 12 Julai 2019, anda akan dilindungi sehingga pukul 8am pada 13 Julai 2019.

Senario B: Anda tidak perlu membayar insurans untuk hari-hari anda offline.

Bahagian 3: Harga, Maklumat Perlindungan dan Tuntutan untuk Insurans E-hailing Harian Grab

Maklumat Perlindungan

Maklumat perlindungan untuk setiap pembekal adalah berbeza-beza. Sila rujuk di bawah untuk maklumat lanjut.

Tuntutan

Anda cuma boleh membuat tuntutan jika anda terlibat di dalam kemalangan semasa anda sedang melengkapkan tempahan Grab atau semasa status anda untuk menerima tempahan aktif*.
*Rakan-pemandu sedang online dan sedia untuk menerima tempahan dengan mengekalkan baki minimum (RM10) di dalam dompet kredit sepanjang masa.

Untuk membuat tuntutan anda, sila hubungi pembekal insurans anda.

 

Maklumat Penting:

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan perubahan bagi cukai perkhidmatan daripada 6% kepada 8% bermula 1 Mac 2024. Oleh yang demikian, pembekal insuran telah menyelaraskan premium/caruman untuk Insurans E-hailing Harian Grab anda.

Allianz

Kadar Harian: RM3.00 [RM4.00 bermula pada 10 Januari 2024]

Butiran Perlindungan :-

  • Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan  
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga  
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi untuk Pemandu E-hailing berdaftar sehingga RM10,000
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang – Tanpa had
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang atas Kecuaian – Tanpa had
Berjaya Sompo

Kadar Harian: RM5.10 (Bermula 1 Mac)

Butiran Perlindungan :-

  • Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan  
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga  
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi untuk Pemandu E-hailing berdaftar sehingga RM10,000
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang – Tanpa had
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang atas Kecuaian – Tanpa had
Chubb

Kadar Harian: RM3.06 [Bermula 1 Mac]

Butiran Perlindungan :-

  • Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan  
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga  
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi untuk Pemandu E-hailing berdaftar sehingga RM20,000
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang – Tanpa had
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang atas Kecuaian – Tanpa had
ETIQA
ETIQA Takaful

Kadar Harian: RM5.00

Butiran Perlindungan :-

  • Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan  
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga  
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi untuk Pemandu E-hailing berdaftar sehingga RM15,000
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang – Tanpa had
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang atas Kecuaian – Tanpa had
AmAssurance

Kadar Harian: RM3.06 (Bermula 1 Mac),RM4.86 (1 April – 30 September), RM 6.11 (Bermula 1 Oktober dan seterusnya)

Butiran Perlindungan :-

  • Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan  
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga  
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi untuk Pemandu E-hailing berdaftar sehingga RM25,000
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang – Tanpa had
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang atas Kecuaian – Tanpa had
Liberty

Kadar Harian: RM3.06 (Bermula 1 Mac),RM4.86 (1 April – 30 September), RM 6.11 (Bermula 1 Oktober dan seterusnya)

Butiran Perlindungan :-

  • Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan  
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga  
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi untuk Pemandu E-hailing berdaftar sehingga RM10,000
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang – Tanpa had
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang atas Kecuaian – Tanpa had
MSIG

Kadar Harian: RM5.67 (Bermula 15 Mei 2024)

Butiran Perlindungan :-

  • Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan  
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga  
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi untuk Pemandu E-hailing berdaftar sehingga RM10,000
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang – Tanpa had
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang atas Kecuaian – Tanpa had
Tokio Marine

Kadar Harian: RM3.40 (Bermula 1 Mac)

Butiran Perlindungan :-

  • Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan  
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga  
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi untuk Pemandu E-hailing berdaftar sehingga RM10,000
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang – Tanpa had
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang atas Kecuaian – Tanpa had
Zurich
Zurich Takaful

Kadar Harian: RM5.62 (Bermula 1 Mac)

Butiran Perlindungan :-

  • Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan  
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga  
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi untuk Pemandu E-hailing berdaftar sehingga RM50,000
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang – Tanpa had
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang atas Kecuaian – Tanpa had
Generali Insurance Malaysia

Sila dimaklumkan bahawa AXA Affin General Insurance Berhad dan MPI Generali Insurans Berhad akan bergabung menjadi satu entiti di bawah jenama baharu iaitu Generali Insurance Malaysia bermula pada 1 April 2023.

Kadar Harian: RM3.26 (Bermula 1 Mac)

Butiran Perlindungan :-

  • Kehilangan atau kerosakan pada kenderaan  
  • Liabiliti kepada Pihak Ketiga  
  • Perlindungan Kemalangan Peribadi untuk Pemandu E-hailing berdaftar sehingga RM10,000
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang – Tanpa had
  • Liabiliti Undang-Undang untuk Penumpang yang membayar Tambang atas Kecuaian – Tanpa had

Jika pembekal insurans anda tidak disenaraikan di atas atau jika anda sudah membeli insurans tahunan, tekan sini untuk maklumat mengenai langkah seterusnya.

Soalan Lazim

Bagaimanakah cara untuk saya opt-in untuk Insurans E-hailing Harian Grab?
Pastikan anda sudah mempunyai lesen PSV terlebih dahulu. Kemudian, pastikan pembekal insurans motor anda adalah salah satu panel insurans Grab. Kami akan menghantar peringatan kepada anda untuk opt-in melalui aplikasi pemandu dalam masa terdekat.

Adakah saya perlu menghantar sebarang dokumen/Insurance Note kepada Grab jika saya ingin opt-in untuk Insurans E-hailing Harian Grab?
Tidak. Anda cuma perlu opt-in melalui aplikasi pemandu Grab.

Apakah pembekal-pembekal insurans yang terpilih untuk Insurans E-hailing Harian Grab?
Sila rujuk Bahagian 3 untuk senarai pembekal insurans.

Bilakah saya boleh mula opt-in untuk Insurans E-hailing Harian Grab?
Anda boleh opt-in mulai bulan Julai 2019 melalui aplikasi pemandu Grab. Kami akan memaklumkan tarikh rasmi kepada anda tidak lama lagi!

Bagaimana jika pembekal insurans saya tidak tersenarai di dalam panel Grab?
Jika pembekal insurans anda tidak ada di dalam senarai panel Grab tetapi menawarkan insurans e-hailing tahunan, anda boleh membeli insurans e-hailing tahunan daripada mereka, dan hantar insurance cover note terkini anda melalui aplikasi pemandu Grab.

Jika anda memilih untuk opt-in untuk Insurans E-hailing Harian Grab, anda perlu batalkan polisi insurans motor anda dan tukar kepada panel-panel insurans berikut:

Chubb
Pilihlah ketenangan minda sewaktu anda dalam perjalanan, melindungi kereta dan diri anda dengan insurans motor Chubb sekarang!

Tokio Marine
Dapatkan perlindungan insurans dari pemenang anugerah Insurans Motor Terbaik 2019/20 dan terima rebat sebanyak 10% atas premium anda. Tekan di sini untuk mula.

Allianz
Allianz Motor Comprehensive Insurance akan memberikan kenderaan anda dengan semua perlindungan yang diperlukan untuk memastikan ia sentiasa dilindungi. Tekan di sini untuk maklumat lanjut.

Etiqa
Nikmati rebat 10% apabila anda memperbaharui insurans motor anda dalam talian. Dapatkan perlindungan dengan serta merta dengan bantuan kecemasan 24/7 di jalan raya dan tundaan kereta percuma 200km. Tekan sini.

Berjaya Sompo
SOMPO Motor adalah pelan sifar caj tambahan dengan nilai yang dipersetujui. Dapatkan penambahan e-hailing daripada 65 sen sahaja sehari bersama rebat 10% apabila anda perbaharui insurans anda secara atas talian. Dapatkan sebut harga sekarang!

MSIG
Melindungi diri, kereta dan penumpang anda dengan MSIG E-Hail E-Zee. Tekan sini.

Kurnia
Dapatkan perlindungan lebih bijak dan liputan menyeluruh daripada syarikat insurans dengan rangkaian terluas. Tekan sini untuk maklumat lanjut.

AmAssurance
Perlindungan mudah daripada rakan insurans yang anda boleh percayai. Tekan sini untuk maklumat lanjut.

Adakah Insurans E-hailing Harian Grab akan melindungi saya jika saya memandu dengan syarikat E-hailing selain Grab?
Tidak. Insurans E-hailing Harian Grab hanya akan melindungi anda semasa anda memandu untuk Grab. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk tidak membeli Insurans E-hailing Harian Grab jika anda ingin memandu untuk pengendali e-hailing lain.

Bagaimanakah jika saya tidak mahu membeli Insurans E-hailing Harian Grab?
Anda boleh beli insurans e-hailing tahunan sendiri dan hantarkan Insurance Cover Note anda kepada kami melalui aplikasi pemandu Grab. Sila semak dengan pembekal insurans anda sekiranya mereka menawarkan produk ini.

Saya sudah opt-in untuk Insurans E-hailing Harian Grab dengan pembekal insurans saya yang sedia ada. Adakah saya boleh bertukar kepada pembekal insurans lain yang juga menawarkan Insurans E-hailing Harian Grab?
Hanya panel insurans Grab sahaja yang menawarkan Insurans E-hailing Harian Grab. Sila pastikan pembekal insurans baru anda disenaraikan sebagai salah satu daripada panel insurans Grab untuk teruskan pembelian insurans harian anda.

Bagaimanakah penolakan akan dilakukan?
Kami akan menolak kadar harian dari Dompet Tunai/Kredit anda sekali setiap 24 jam (jika anda online). Sila rujuk pada bahagian 2.1 untuk penerangan lanjut.

Apakah yang akan berlaku jika baki Dompet Tunai/Kredit saya tidak mencukupi?
Anda masih boleh online tetapi pastikan anda membuat tambah nilai secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang gangguan.

Bagaimana untuk saya semak maklumat perlindungan?
Selepas membeli insurans harian, anda boleh menyemak maklumat lanjut mengenai perlindungan anda di bahagian GrabInsure dalam aplikasi pemandu Grab.

Bagaimanakah cara untuk saya semak terma dan syarat?
Anda boleh semak terma dan syarat di skrin opt-in.

Bagaimana cara untuk saya failkan tuntutan jika saya telah membeli Insurans E-hailing Harian Grab?
Jika anda terlibat dalam sebarang kemalangan, hubungi Khidmat Pelanggan Grab untuk dapatkan maklumat pembekal insurans dan failkan tuntutan.

Bagaimana jika saya telah membeli insurans e-hailing tahunan?
Jika anda telah membeli insurans e-hailing tahunan, sila hantar Insurance Cover Note terkini anda melalui aplikasi pemandu Grab.

Bagaimana cara untuk saya menukar insurans e-hailing tahunan saya kepada Insurans E-hailing Harian Grab atau sebaliknya?

i) Dari Tahunan ke Harian
Anda perlu batalkan insurans e-hailing tahunan anda dan hantar cover note terkini anda melalui aplikasi pemandu Grab. Setelah Grab mengesahkan cover note anda, anda boleh opt-in untuk Insurans E-hailing Harian Grab dan terus memandu.

ii) Dari Harian ke Tahunan
Anda perlu membeli insurans e-hailing tahunan dan hantarkan cover note terkini anda melalui aplikasi pemandu Grab. Selepas Grab mengesahkan cover note anda, anda tidak akan diminta untuk membeli insurans harian dalam aplikasi dan anda boleh terus memandu.