| 26 Mac – 1 April, 2018 |

// Rujukan Wajib Rakan-Pemandu Baru [WAJIB BACA!]
Selamat datang ke keluarga Grab! Jika anda pemandu baru dalam platform ini, sila semak rujukan untuk pemandu baru bagi topik penting seperti penggantungan, tempat larangan dan aktiviti pemandu.
// Borang opt-in untuk menjadi Grab Ambassador ditutup
Terima kasih kepada rakan-pemandu yang telah opt-in ke dalam program Grab Ambassador sebelum 16 Mac 2018. Dukacita dimaklumkan borang opt-in bulanan GA kini telah ditutup secara kekal.

// Kenaikan Tambang Minima ke RM4 [Bagi semua Pemandu]
Berita baik! Kami telah menaikkan tambang minima kepada RM4. Kini, anda boleh mendapatkan lebih lagi bagi setiap trip yang anda lakukan.
// Tips untuk meningkatkan Star Rating [Bagi semua Pemandu]
Ketahui bagaimana anda boleh mendapat penilaian yang lebih tinggi oleh penumpang anda di sini.
- 20% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk rakan-pemandu yang opt-in ke dalam program GA sebelum 16 Mac 2018
- 25% komisen perlu dibayar kepada Grab untuk semua rakan-pemandu yang tidak opt-in dan rakan-pemandu baru
Pastikan anda memenuhi syarat-syarat ini untuk mendapatkan insentif:
* Sila baca cetakan halus dan merujuk kepada kawasan sibuk untuk maklumat penuh
Untuk meningkatkan pendapatan anda, ambilah penumpang di kawasan yang sibuk pada waktu sibuk. Kawasan yang sibuk mempunyai ramai penumpang yang memerlukan bantuan anda. Untuk maklumat lanjut tentang kawasan-kawasan yang sibuk, sila layari disini.

Referral Bonus
Untuk SEMUA pemandu! Rujuk rakan anda untuk menjadi pemandu GrabCar dan anda berpeluang mendapatkan RM25 bonus tambahan. Sila pastikan rakan-pemandu yang baru mengisi nama penuh anda atau nombor kad pengenalan di kolum “Referral by Driver” dalam borang pendaftaran kami.
- Referral bonus hanya sah jika rakan-pemandu baru menyelesaikan 15 trip dalam 30 hari. Hanya sah untuk pemandu-pemandu baru disekitar Kemaman.
- Sebagai rakan-pemandu yang merujuk rakan-pemandu baru, anda perlu mengekalkan minimum 5 trip seminggu (20 trip setiap bulan) untuk dikelaskan sebagai ‘aktif’ dan layak untuk referral bonus.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila tekan di sini untuk membaca terma dan syarat.

// Team GrabCar MY
