Tempahan Awal

Rancang, Maksimumkan & Lindungi Pendapatan Anda

Pengenalan

Tempahan Awal ialah tempahan yang dijadualkan (sehingga 7 hari lebih awal, sekurang-kurangnya 3 jam sebelum) oleh penumpang. Rakan-pemandu boleh menerima Tempahan Awal secara manual di bahagian Perancang Tempahan dan menerima caj penjadualan bagi setiap tempahan yang diterima.

Buat masa ini, Tempahan Awal hanya ditawarkan untuk tempahan ke KLIA Terminal 1 & Terminal 2 (tambang standard lapangan terbang akan diberikan) bagi jenis perkhidmatan berikut:

  • JustGrab (ke KLIA)
  • GrabCar Plus (ke KLIA)
  • GrabCar 6-Seater (ke KLIA)
  • GrabCar Premium (ke KLIA)
  • GrabCar Exec (ke KLIA)

Nota: Buat masa ini, Tempahan Awal hanya tersedia untuk rakan-pemandu di Lembah Klang sahaja.

Apakah kelebihan Tempahan Awal?
Rancang Pendapatan Anda

Anda boleh menerima tempahan yang dibuat sehingga 7 hari sebelum
Maksimumkan Pendapatan Anda

Tambang lebih tinggi untuk komitmen anda kerana caj penjadualan akan diberikan
Lindungi Pendapatan Anda

Caj penjadualan masih dibayar sebagai pampasan untuk pembatalan penumpang di saat akhir
Tempahan Awal tanpa penggunaan Perancang Tempahan
Rakan-pemandu juga boleh diperuntukkan Tempahan Awal tanpa menerimanya di bahagian Perancang Tempahan. Namun begitu, anda hanya akan menerima Tempahan Awal jenis ini dalam masa 30 minit sebelum dan 15 minit selepas masa pickup yang dijadualkan. Anda masih akan menerima caj penjadualan jika anda lengkapkan tempahan ini sebagai pampasan untuk masa anda!

Setelah tempahan diperuntukkan, sila pandu ke lokasi pickup secepat mungkin untuk elak daripada lambat.
Bagaimana cara untuk menerima Tempahan Awal secara bertanggungjawab?
  1. Semak butiran tempahan (tarikh, lokasi, & masa pickup) dengan teliti sebelum menerima tempahan. Hanya terima jika anda pasti anda boleh melengkapkan tempahan seperti yang dijadualkan. Kegagalan untuk melengkapkan Tempahan Awal secara berterusan boleh mengakibatkan anda disekat daripada menggunakan ciri tersebut.
  2. Jangan gunakan aplikasi/bot pihak ketiga untuk menerima Tempahan Awal. Kelakuan ini adalah satu bentuk pelanggaran Kod Tatalaku (Code of Conduct) dan boleh menyebabkan anda disekat dari ciri ini.
  3. Jika anda dapati anda tidak dapat melengkapkan Tempahan Awal kerana kecemasan, sila batalkan secepat mungkin (>24 jam sebelum perjalanan, jika boleh) untuk memberi kami masa untuk mendapatkan rakan-pemandu ganti.

PENTING: Tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap rakan-pemandu yang menyalahgunakan ciri ini, membatal secara berlebihan dan melanggar Kod Tatalaku (Code of Conduct).

Latihan

Lengkapkan latihan GrabAcademy untuk ketahui lebih lanjut tentang Tempahan Awal. Tekan butang di bawah untuk bermula. Anda juga boleh mengakses latihan di bahagian GrabAcademy dalam aplikasi pemandu anda.

Paparan Dalam Aplikasi

Anda akan dibawa ke skrin dalam transit 30 minit sebelum masa pickup. Anda perlu online untuk aktifkan skrin dalam transit. Jika anda offline, anda diberikan masa 10 minit untuk datang online. Jika tidak, kami akan peruntukkan tempahan ke rakan-pemandu lain.
Tempahan Awal tanpa penggunaan Perancang Tempahan
Untuk jenis Tempahan Awal ini, anda akan diperuntukkan 30 minit sebelum masa pickup. Anda akan menerima caj penjadualan sebagai pampasan!

Tip Penting

  • Pastikan anda boleh lengkapkan Tempahan Awal sebelum anda menerimanya. Sila peka dengan masa & lokasi anda sebelum Tempahan Awal anda bermula.
  • Tiba lebih awal ke lokasi pickup untuk mencari lokasi bagi menunggu/meletak kereta. Anda akan dibawa ke skrin dalam transit 30 minit sebelum masa pickup. Anda perlu online untuk aktifkan skrin dalam transit.
  • Jika anda offline, anda diberikan masa 10 minit untuk datang online. Jika tidak, tempahan akan diperuntukkan ke rakan-pemandu lain. Anda diingatkan bahawa kegagalan untuk melengkapkan Tempahan Awal secara berterusan boleh mengakibatkan anda disekat daripada menggunakan ciri tersebut.
  • Hubungi penumpang melalui GrabChat dan maklumkan kepada penumpang bahawa anda sudah tiba di lokasi pickup untuk mengelakkan pembatalan daripada penumpang – anda akan boleh mula melakukan ini 1 jam sebelum masa pickup yang dijadualkan.
  • Jika penumpang anda tidak muncul 15 minit selepas masa pickup, batalkan tempahan tanpa menjejaskan CR anda dengan memilih sebab pembatalan “Penumpang Tidak Muncul”. Anda masih akan menerima caj penjadualan sebagai pampasan jika perkara ini berlaku.
  • Caj penjadualan sudah dimasukkan di dalam tambang (jumlah berbeza mengikut jenis perkhidmatan). JANGAN kutip daripada penumpang.
  • Kos tambahan (parkir, tol) SEBELUM mengambil penumpang akan ditanggung oleh rakan-pemandu.

Soalan Lazim

Tempahan Awal

Tempahan Awal adalah tempahan yang dijadualkan sehingga 7 hari lebih awal (sekurang-kurangnya 3 jam sebelum) oleh penumpang. Tempahan ini boleh diterima secara manual melalui bahagian Perancang Tempahan. Untuk jenis tempahan ini, anda akan menerima caj penjadualan untuk setiap Tempahan Awal yang anda terima (jumlah bergantung kepada jenis perkhidmatan).

Buat masa ini, Tempahan Awal hanya ditawarkan untuk tempahan ke KLIA Terminal 1 & Terminal 2 (tambang standard akan diberikan) untuk jenis perkhidmatan berikut:

  • JustGrab (ke KLIA)
  • GrabCar Plus (ke KLIA)
  • GrabCar 6-Seater (ke KLIA)
  • GrabCar Premium (ke KLIA)
  • GrabCarExec (ke KLIA)

Insurans e-hailing anda perlu sah untuk membenarkan anda melihat Tempahan-Tempahan Awal yang tersedia pada Perancang Tempahan. Jika anda telah opt-in untuk insurans e-hailing harian Grab, pastikan ianya telah diaktifkan.

Jika anda telah melakukan yang di atas dan masih tidak dapat melihat Tempahan Awal pada Perancang Tempahan anda, ianya mungkin antara sebab-sebab berikut:

  1. Tiada Tempahan Awal yang tersedia buat masa ini, atau
  2. Anda telah disekat dari menggunakan ciri ini kerana rekod disiplin yang tidak baik
Anda hanya boleh melihat Tempahan Awal dengan lokasi pickup yang berada dalam jarak 10KM dari lokasi terkini anda.

Jika anda menerima Tempahan Awal dan bergerak ke lokasi lain, anda masih boleh melihat Tempahan Awal tersebut di bahagian “Tempahan Saya” dalam aplikasi anda. Jika anda tidak terima dan bergerak ke lokasi lain, anda tidak akan melihat tempahan tersebut di bahagian Perancang Tempahan.

Navigasi Tempahan Awal

Anda boleh memandu ke lokasi pickup seawal yang anda mahu. Kunjungi tab “Tempahan Saya” di bahagian “Perancang Tempahan”, pilih Tempahan Awal anda, dan tekan butang “Navigasi”.
Anda digalakkan untuk datang lebih awal dari masa tempahan dijadualkan. Sila ambil maklum bahawa anda akan dibawa ke skrin dalam transit 30 minit sebelum masa pick up untuk Tempahan Awal. Anda juga perlu online untuk aktifkan skrin dalam transit.

PENTING: Jika anda offline, anda diberikan masa 10 minit untuk datang online. Jika tidak, kami akan peruntukkan tempahan ke rakan-pemandu lain dan anda akan disekat dari menggunakan ciri ini.

Tip: Jika anda perlukan lebih dari 30 minit untuk tiba di lokasi pickup, mulakan perjalanan anda ke lokasi pickup dengan lebih awal. Berkomunikasi secara jelas dengan penumpang anda melalui ciri GrabChat dan/atau Hubungi mereka.
Sekiranya anda sedang menyelesaikan tempahan biasa 30 minit sebelum masa tempahan dijadualkan, skrin Tempahan Awal akan dipaparkan setelah anda menyelesaikan tempahan biasa (sama seperti anda melakukan tempahan back-to-back). Sila ambil maklum bahawa ini boleh mengakibatkan kelewatan untuk hadir ke lokasi pickup Tempahan Awal anda. Jika anda sistem mengesan lokasi anda terlalu jauh dari lokasi pickup yang telah dijadualkan untuk melengkapkan tempahan Grab lain, tempahan anda akan diberi ke rakan-pemandu lain dan anda tidak akan menerima caj penjadualan, tetapi anda juga tidak akan dikenakan penalti.

Tip: Gunakan ciri Destinasi Saya untuk dapatkan tempahan yang menghala ke arah lokasi pickup anda.
Sila hubungi penumpang anda dan maklumkan jangka masa ketibaan anda (ETA) jika anda akan lambat tiba ke lokasi pickup.

Pembatalan Tempahan Awal

Rakan-pemandu akan disekat dari menggunakan ciri Tempahan Awal jika mereka mengamalkan perkara berikut:
  1. Pembatalan pada saat akhir
  2. Langsung tidak muncul untuk Tempahan Awal
  3. Sengaja offline pada waktu Tempahan Awal
Sila pastikan anda semak butiran tempahan (tarikh, lokasi, & masa pickup) dengan teliti untuk memastikan anda boleh memberi komitmen sebelum menerima Tempahan Awal.
Ya. Kami juga akan mengambil tindakan ke atas rakan-pemandu yang kerap melakukan pembatalan.
Ya, jika anda membatalkan tempahan (tanpa menunggu selama 15 minit selepas masa tempahan dijadualkan atau anda membatal tanpa menggunakan sebab “Penumpang Tidak Muncul”), CR anda akan terjejas.
Ya, penumpang boleh membatalkan Tempahan Awal sehingga masa tempahan dijadualkan. Jangan risau, anda masih akan menerima caj penjadualan sebagai pampasan sekiranya penumpang membatalkan Tempahan Awal dalam tempoh 1 jam sebelum masa pickup yang dijadualkan.
Sila tunggu penumpang sekurang-kurangnya 15 minit selepas masa pickup dijadualkan. Jika anda tidak dapat menghubungi penumpang, sila batalkan dan pilih sebab “Penumpang Tidak Muncul”.

Bayaran Tempahan Awal

Ya, anda akan diberikan caj penjadualan (ditanggung oleh penumpang) dan ia telah termasuk dalam tambang. Jumlahnya juga berbeza mengikut jenis perkhidmatan.
Jika penumpang membatal dalam tempoh 1 jam sebelum masa tempahan dijadualkan, anda masih akan dibayar caj penjadualan sebagai pampasan.
Ya, anda masih akan dibayar caj penjadualan sebagai pampasan jika penumpang anda tidak muncul di lokasi pickup – 15 minit selepas masa pickup yang dijadualkan.
Oleh kerana caj penjadualan telah dimasukkan ke dalam tambang, komisen 20% akan dikenakan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.