Setelah meneliti maklum balas anda, kami telah laksanakan pelbagai penambahbaikan pada struktur pendapatan dan pembayaran balik supaya anda mendapat perolehan yang lebih berpatutan dan wajar bagi masa dan jarak yang anda lalui.

  • Kami sertakan masa pickup dan jarak perjalanan dalam pengiraan pendapatan setiap perjalanan anda. Oleh sebab anda mula memperoleh pendapatan pada saat menuju ke lokasi pickup anda, pendapatan perjalanan anda akan dikira secara berasingan daripada tambang penumpang.
  • Kami juga membuat penambahan pembayaran penumpang tidak muncul dan pembayaran penumpang batal lambat untuk mengambil kira masa dan jarak perjalanan.
  • Kami melancarkan proses baharu iaitu pelarasan (adjustment) automatik untuk anggaran perjalanan yang tidak tepat setiap minggu, untuk memastikan pendapatan anda dilindungi.
  • **BAHARU** Ciri Fleksibiliti Pembatalan memberi anda fleksibiliti untuk membatalkan tempahan dengan cepat tanpa menjejaskan kadar pembatalan (CR) anda!

TEKAN BUTANG-BUTANG DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT!

 

Butang ini hanya berfungsi pada telefon bimbit

 

  • Ia akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk perubahan dicerminkan dalam aplikasi pemandu Grab anda. 
  • Setelah opt-in, anda akan menyertai struktur tambang ditambah baik ini selama minima 28 hari. 
  • Selepas 28 hari, anda boleh terus menyertai struktur tambang ditambah baik ini tanpa mengambil tindakan lain.
  • Anda mempunyai satu peluang untuk opt-out selepas 28 hari.
  • Anda boleh opt-in pada bila-bila masa.

Pendapatan Pickup

Berdasarkan maklum balas daripada rakan-pemandu seperti anda, kami dapati titik keluhan utama merupakan pendapatan yang berpatutan untuk jarak pickup dan masa pengambilan.  

Rakan-pemandu ada kalanya membatalkan tempahan jika mereka merasakan tambang tidak mencukupi bagi meliputi masa dan jarak perjalanan untuk mengambil penumpang. Bonus pickup jauh semasa tidak mencukupi kerana ia hanya meliputi pickup melebihi 5 minit, manakala tambang penumpang tidak termasuk bahagian pickup. Pembatalan tempahan seperti ini mengakibatkan pengalaman buruk bagi rakan-pemandu dan juga para penumpang. 

Kami memperkenalkan pilihan opt-in untuk [percubaan] struktur pendapatan tambang ditambah baik, di mana anda mula menjana pendapatan dari masa anda menuju ke penumpang anda sehingga ke penghantaran, sambil mengekalkan tambang penumpang. Pengekalan tambang penumpang akan memastikan permintaan dan tempahan anda terus konsisten.

Dengan struktur pendapatan pemandu-rakan yang diperbaharui, kami juga tidak akan lagi melaksanakan komisen tetap. Sebaliknya, kami akan menggantinya dengan sistem baru, dikenal sebagai Pembayaran Servis Grab.

Nota: Bukan semua jenis servis akan layak untuk struktur pendapatan rakan-pemandu ditambah baik. Jenis servis yang tidak layak masih tertakluk kepada struktur tambang dan komisen seperti hari ini.

Struktur pendapatan rakan-pemandu kini

Struktur pendapatan sekarang hanya mengambil kira masa dan jarak dari titik pickup ke titik drop off. Inilah yang penumpang akan bayar.

Ini bermakna anda memperoleh pendapatan yang sama tanpa mengira jarak dan masa pengambilan.

Contohnya, rujuk perbandingan tempahan daripada Helmi dan Michael seperti di bawah.

[Percubaan] Struktur pendapatan rakan-pemandu ditambah baik

Dengan struktur pendapatan rakan-pemandu yang ditambah baik, anda akan memperoleh pendapatan berdasarkan masa dan usaha anda, dari saat anda menuju ke penumpang. Mari ketahui bagaimana Helmi dan Michael memperoleh pendapatan dengan perubahan ini.

Kini, Helmi memperoleh lebih banyak untuk perjalanan yang lebih jauh dan lebih lama untuk mengambil penumpangnya.

Ini bermakna tambang yang dibayar oleh penumpang dan tambang yang anda perolehi akan dikira secara berasingan. Dalam penyata mingguan anda, anda akan melihat Pembayaran Servis Grab (GSF) yang boleh ubah dan bukannya jumlah komisen yang tetap. Pembayaran Servis Grab (GSF) hanyalah perbezaan antara tambang rakan-pemandu dan tambang penumpang.

Pembayaran Servis Grab (GSF) dimanfaatkan untuk membiayai operasi Grab termasuk menyediakan tambang pickup, yuran, insentif, bayaran balik, bonus dan pelbagai faedah yang lain.

Dengan [percubaan] struktur pendapatan yang ditambah baik ini, kami berharap kemungkinan pembatalan dikurangkan dan para penumpang mempunyai pengalaman perjalanan yang andal. Pada masa yang sama, ini dapat membantu untuk mewujudkan permintaan yang lebih tinggi, lebih banyak tempahan, dan pendapatan yang lebih baik untuk anda.

* Untuk semua jenis perkhidmatan kecuali tempahan KLIA (KV sahaja), GrabShare,  GrabRent, GrabTaxi, dan GrabCar Exec

Opt-in sekarang untuk menerima peningkatan ini!

*Butang ini hanya berfungsi pada telefon bimbit

  • Ia akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk perubahan dicerminkan dalam aplikasi pemandu Grab anda. 
  • Setelah opt-in, anda akan menyertai struktur tambang ditambah baik ini selama minima 28 hari. 
  • Selepas 28 hari, anda boleh terus menyertai struktur tambang ditambah baik ini tanpa mengambil tindakan lain.
  • Anda mempunyai satu peluang untuk opt-out selepas 28 hari.
  • Anda boleh opt-in pada bila-bila masa.

Soalan Lazim

Ya, kami telah menerima kelulusan oleh Pihak Berkuasa pada 8 Ogos .

Untuk masa sekarang, hanya rakan-pemandu di lokasi berikut akan dapat opt-in untuk percubaan ini: Klang Valley, Negeri Sembilan, Ipoh, dan Kuching. Rakan-pemandu baru akan didaftar secara automatik untuk struktur pembayaran ditambah baik ini. Nantikan kemas kini akan datang!

Anda boleh opt-in melalui borang ini:

  • Ia akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk perubahan dicerminkan dalam aplikasi pemandu Grab anda. 
  • Setelah opt-in, anda akan menyertai struktur tambang ditambah baik ini selama minima 28 hari. 
  • Selepas 28 hari, anda boleh terus menyertai struktur tambang ditambah baik ini tanpa mengambil tindakan lain.
  • Anda mempunyai satu peluang untuk opt-out selepas 28 hari.
  • Anda boleh opt-in pada bila-bila masa.

Anda boleh semak status anda di sini.

Kami ingin pendapatan anda dijana berdasarkan usaha penuh anda untuk setiap tempahan. Ini bermaksud tambang dasar anda berubah mengikut usaha pickup anda, dan mengambil kira masa dan jarak pickup.

Semua jenis servis pengangkutan layak untuk struktur pendapatan ditambah baik ini kecuali:

  • Tempahan KLIA (Lembah Klang sahaja)
  • GrabShare 
  • GrabRent
  • GrabTaxi
  • GrabCar Exec

Jenis servis di atas masih tertakluk kepada komisen.

Selain itu, rakan-penghantar kereta (GrabExpress, GrabMart, dan GrabFood) tidak akan terjejas oleh struktur ini.

Kami memperkenalkan penambahbaikan dalam struktur pendapatan di mana anda mula meraih pendapatan dari masa anda menuju ke arah penumpang anda sehingga ke lokasi drop off. Pada masa yang sama, kami tidak akan ubah tambang penumpang. Mengekalkan tambang penumpang akan memastikan permintaan – dan juga tempahan anda – akan kekal konsisten. 

Dengan struktur pendapatan rakan-pemandu ditambah baik ini, komisen tidak akan digunakan lagi. Kami akan memperkenalkan bayaran baharu, iaitu Bayaran Servis Grab atau Grab Service Fee.

Nota: Tidak semua jenis servis akan layak untuk struktur pendapatan rakan-pemandu ditambah baik. Jenis servis yang tidak layak masih tertakluk kepada struktur tambang dan komisen seperti hari ini.

Untuk menolong kami memahami impak struktur pendapatan yang ditambah baik ke atas aktiviti harian anda, kami telah mengajak sekumpulan rakan-pemandu untuk menguji bahagian tambang pickup selama empat minggu. Di hujung pilot ini, rakan-pemandu yang terlibat telah memberi maklum balas yang menggalakkan.

Pendapatan wajar untuk usaha 

“Jumlah GSF adalah wajar dan mengikut usaha rakan-pemandu” – Ruzaini (Klang Valley)

“Positif – tambang memberi pampasan untuk masa dan jarak” – Desmond (Ipoh)

“Usaha rakan-pemandu dikira dari lokasi mereka menerima tempahan sehingga lokasi dropoff penumpang” – Kheng Yuen (Ipoh)

Boleh ubah Bayaran Servis Grab (GSF) 

“GSF kurang pada waktu bukan puncak cthnya waktu malam. GSF juga berpatutan untuk pickup pendek” – Vishnovartan (Klang Valley)

“Sistem baru ini bagus dan GSF yang ditolak sesuai dengan usaha. Dengan GSF, rakan-pemandu akan lebih rela mengambil pickup jauh” – Prakash (Ipoh) 

Menyelesaikan isu pickup jauh 

“Pickup jauh masa bukan puncak (waktu malam) berbaloi”  – Firdaus (Klang Valley)

“Tempahan pada waktu malam kini lebih berbaloi” – Sim Yu (Kota Kinabalu)

“Bagus untuk pickup jauh” – Azman (Melaka)

Perolehan lebih bagus untuk pickup yang sangat jauh” – Ban Tat (Penang)

“Bookings during the night are more worth it” – Sim Yu (Kota Kinabalu)

“Good for far pickup” – Azman (Melaka)

Returns are better for very far pickup bookings” – Ban Tat (Penang)   

Tidak akan ada sebarang perubahan dalam cara tambang penumpang dikira. Kami mengambil langkah ini untuk memastikan permintaan untuk servis anda tetap konsisten.

Bayaran Servis Grab membiayai operasi Grab termasuk pendapatan pickup, insentif, bayaran balik, bonus dan faedah lain untuk rakan-pemandu.

  • Bayaran Servis Grab adalah perbezaan antara tambang rakan-pemandu dan tambang penumpang.
  • Bayaran Servis Grab adalah pembayaran yang Grab mungkin akan kutip apabila anda selesaikan tempahan di bawah servis yang mempunyai struktur pendapatan yang ditambah baik.
  • Apabila Bayaran Servis Grab adalah negatif, tiada kutipan berlaku.

Bayaran Servis Grab berubah mengikut tempahan untuk memastikan yang anda menerima pendapatan yang wajar untuk usaha anda mengambil penumpang.


Bayaran Servis Grab berfungsi begini:

  • Dalam senario di mana usaha yang lebih diperlukan, seperti pickup yang jauh, anda akan melihat Bayaran Servis Grab yang rendah untuk mengambil kira pendapatan anda yang lebih tinggi.
  • Anda akan melihat Bayaran Servis Grab yang lebih tinggi jika tempahan yang anda baru selesai memerlukan usaha yang lebih rendah.

Anda boleh melihat Bayaran Servis Grab secara keseluruhan di dalam kenyataan mingguan rakan-pemandu anda.

Di tahap tempahan, Bayaran Servis Grab (GSF) adalah perbezaan antara tambang penumpang dan pendapatan rakan-pemandu.

Tambang penumpang akan dinyatakan dalam aplikasi pemandu Grab seperti biasa. Anda boleh merujuk kepadanya untuk mengetahui jumlah yang betul untuk dikumpul daripada penumpang selepas selesai tempahan tunai.

Begini cara tempahan tunai akan berfungsi dengan struktur pendapatan yang ditambah baik ini:

  1. Jumlah tambang penumpang akan ditolak daripada dompet kredit anda.
  2. Jangan risau jika dompet kredit anda tidak mempunyai baki yang mencukupi – jika baki anda menjadi negatif, akan ada tambah nilai automatik daripada dompet tunai anda ke dompet kredit anda.
  3. Tempahan rakan-pemandu akan ditambah ke dompet tunai anda.
  4. Anda dikehendaki mengekalkan jumlah minima dalam dompet tunai untuk menerima tempahan:

Penumpang anda memilih untuk membuat tempahan selepas menerima tambang yang dicadangkan dahulu kepada mereka dalam superapp Grab.  

Kami tidak mungkin dapat memberi tambang cadangan dahulu yang sudah menjadi kebiasaan kepada penumpang jika bayaran pickup dan elemen tambang baharu yang lain ditambah sekali kerana jarak dan masa yang anda perlukan untuk pickup penumpang akan berubah mengikut tempahan. 

Untuk memastikan anda memperoleh pendapatan yang wajar untuk usaha anda, tambang rakan-pemandu dan tambang penumpang akan dikira secara berasingan. Struktur pendapatan sebelum ini menggunakan pengiraan yang sama untuk tambang penumpang dan juga rakan-pemandu.

Usaha masa dan jarak pickup untuk setiap tempahan akan termasuk dalam struktur pendapatan rakan-pemandu ditambah baik. Jika anda telah opt-in untuk struktur pendapatan rakan-pemandu ditambah baik, bonus pickup jauh tidak akan ditambah secara berasingan. 

Jenis servis yang tidak layak untuk struktur pendapatan rakan-pemandu ditambah baik masih akan ada bonus pickup jauh.

Sekarang: Struktur bonus pickup jauh:
Kini, bonus pickup jauh hanya mula mengira setiap minit selepas 5 minit anda menuju kepada penumpang.

Struktur pendapatan rakan-pemandu ditambah baik
Anda akan menerima pendapatan dari masa anda mula menuju ke lokasi pickup kerana setiap tempahan akan mengambil kira jarak dan masa pickup.

Di bawah struktur pendapatan yang ditambah baik ini, pendapatan anda dan tambang penumpang anda akan dikira secara berasingan. Ini kerana anda menerima bayaran untuk jarak pick-up (jauh) dan masa yang diambil bagi pick up penumpang untuk tempahan anda.

Tambang pickup dikira apabila anda drop off penumpang pertama anda dan menuju ke lokasi pickup penumpang anda yang seterusnya.

Anda masih layak menerima Cashback Bonus*. Anda juga akan menerima pembayaran balik tambahan untuk penumpang tidak muncul, penumpang batal lambat, dan pelarasan anggaran perjalanan.

*berdasarkan pendapatan bersih rakan-pemandu.

Tidak, anda tidak akan layak untuk [percubaan] struktur pendapatan rakan-pemandu yang ditambah baik.

Penambahan Pembayaran Penumpang Tidak Muncul

Kami telah menambah bayaran penumpang tidak muncul berperingkat yang mengambil kira usaha anda menuju ke lokasi pickup penumpang sebelum ia ditamatkan kerana penumpang tidak muncul.

Sekarang,

  • Anda menerima bayaran tetap dari penumpang tidak kira berapa lama atau jauh anda perlu memandu untuk ke lokasi pickup.

Dengan struktur pendapatan rakan-pemandu yang ditambah baik ini,

  • Anda akan menerima bayaran balik berperingkat daripada Grab untuk penumpang tidak muncul yang mengambil kira usaha anda menuju ke lokasi penumpang – serta bayaran tetap.

Bayaran balik baharu untuk penumpang yang tidak muncul ini akan dikira berdasarkan masa yang anda gunakan di jalan raya dari saat anda menerima tempahan (atau telah menyelesaikan tempahan sebelumnya dalam kes penerimaan tempahan yang berturut-turut), sehingga masa anda tiba di lokasi pickup. Anda juga akan menerima bayaran tetap selepas menunggu selama 5 minit.

Ini struktur yang terbaru*:

Penambahan Pembayaran Penumpang Batal Lambat

Kami telah sertakan pembayaran penumpang batal lambat berperingkat yang mengambil kira usaha anda menuju ke lokasi pickup penumpang sebelum ia dibatalkan oleh penumpang.

Sekarang,

  • Anda tidak menerima apa-apa bayaran jika penumpang membatalkan tempahan sebelum 5 minit.
  • Anda menerima bayaran pembatalan tetap sebanyak dari penumpang jika tempahan dibatalkan selepas 5 minit, tidak kira berapa lama atau jauh anda memandu untuk mengambil penumpang anda.

Dengan struktur pendapatan yang ditambah baik ini, anda akan menerima penambahan pembayaran tambahan berperingkat dari Grab untuk pembatalan penumpang selepas 5 minit yang mengambil kira usaha anda serta bayaran tetap.

Bayaran balik baharu untuk penumpang batal lambat akan dikira berdasarkan masa yang dihabiskan di jalan raya dari saat anda menerima tempahan (atau telah menyelesaikan tempahan sebelumnya dalam kes tempahan berturut-turut), sehingga masa tempahan dibatalkan oleh penumpang. 

Seperti juga syarat semasa, anda perlu menuju ke lokasi pickup untuk layak menerima bayaran ini.

Ini adalah struktur baharu:

Soalan Lazim

Penambahan Pembayaran Penumpang Tidak Muncul

Sebelum ini, anda menerima bayaran tetap dari penumpang tidak kira berapa lama atau jauh anda perlu memandu untuk ke lokasi pickup. 

Dengan struktur pendapatan rakan-pemandu yang ditambah baik ini, anda akan menerima bayaran balik berperingkat daripada Grab untuk penumpang tidak muncul yang mengambil kira usaha anda – serta bayaran tetap.

Bayaran balik tambahan untuk penumpang tidak muncul ini akan dikira berdasarkan masa yang anda habiskan di atas jalan dari masa anda menerima tempahan (atau telah lengkapkan tempahan sebelumnya jika anda membuat tempahan berturut-turut), sehingga anda sampai ke lokasi pickup. Anda juga akan menerima bayaran tetap sedia ada selepas masa menunggu 5 minit.

Bayaran tetap sedia ada akan dibayar dengan serta-merta seperti biasa. Jika penambahan bayaran balik diperlukan, anda akan menerimanya dalam dompet tunai secara mingguan pada setiap hari Selasa.

Top-up ini akan berlaku secara automatik dan akan merangkumi semua tempahan yang layak dari Isnin hingga Ahad minggu sebelumnya.

Anda layak untuk menerima bayaran tetap setelah anda menunggu sekurang-kurangnya 5 minit di lokasi pickup. Anda akan menerima bayaran berperingkat berdasarkan masa yang anda mengambil untuk menuju ke lokasi pickup sebelum penumpang anda tidak muncul.

Untuk tempahan berturut, bayaran balik berperingkat ini akan mula dikira setelah tempahan sebelumnya telah selesai.

Contohnya: 
Jika rakan-pemandu JustGrab memandu selama 8 minit ke lokasi pickup penumpang, dan penumpang itu tidak muncul selepas anda menunggu 5 minit, anda akan menerima RM3 + RM4 = RM7. 

  • Bayaran tetap RM3 yang dibayar serta-merta selepas menunggu >5 minit. 
  • Bayaran berperingkat RM4 dibayar pada hari Selasa.

Tempoh menunggu 5 minit bermula setelah anda menekan ‘Saya sampai’ ketika sampai di lokasi pickup penumpang. 

Semua jenis servis layak untuk peningkatan pembayaran ini kecuali:

  • Tempahan KLIA (Lembah Klang sahaja)
  • GrabShare 
  • GrabRent 
  • GrabTaxi
  • GrabCar Exec

Penambahan Pembayaran Penumpang Batal Lambat

Sekarang,

  • Anda tidak menerima pembayaran pembatalan jika penumpang membuat pembatalan sebelum 5 minit, dan
  • Hanya menerima bayaran tetap tidak kira berapa lama atau jauh anda telah memandu untuk ke lokasi pickup sebelum tempahan dibatalkan oleh penumpang.

Dengan struktur pendapatan rakan-pemandu yang ditambah baik, anda akan menerima bayaran balik berperingkat untuk pembatalan oleh penumpang yang mengambil kira usaha anda serta bayaran tetap

Bayaran tetap akan dibayar secara serta-merta seperti biasa. Jika anda layak untuk bayaran berperingkat penumpang batal lambat, anda akan menerimanya setiap hari Selasa dalam dompet tunai anda. Top up ini akan berlaku secara automatik dan akan mengambil kira semua tempahan yang layak dari Isnin hingga Ahad dari minggu lepas.

Anda akan menerima bayaran berperingkat berdasarkan masa yang diambil semasa menuju kepada lokasi pickup sebelum penumpang anda membatalkan tempahan. Komponen berperingkat ini mengambil kira bayaran tetap kecuali jika penumpang membatalkan tempahan dalam masa kurang daripada 5 minit.

Untuk tempahan berturut, bayaran balik berperingkat ini akan mula dikira setelah tempahan sebelumnya telah selesai.

Contohnya: 
Jika penumpang membatalkan tempahan selepas 8 minit, rakan-pemandu JustGrab akan menerima RM3 + RM1 = RM4.

    • Bayaran tetap RM3 dibayar serta-merta.
    • Bayaran berperingkat RM1 dibayar pada hari Selasa.

Semua jenis servis pengangkutan layak untuk peningkatan pembayaran ini kecuali:

  • Tempahan KLIA (Lembah Klang sahaja)
  • GrabShare
  • GrabRent
  • GrabTaxi
  • GrabCar Exec

Ciri Batal Cepat

Kami telah melancarkan ciri Batal Cepat hanya untuk rakan-pemandu yang telah opt-in struktur pendapatan ditambah baik!

Ciri ini memberi anda fleksibiliti untuk membatalkan tempahan dengan cepat jika anda mendapati diri anda tidak dapat memenuhinya pada masa itu.

Bagaimana cara untuk batalkan tempahan dengan skrin baru ini?

  • Hanya klik ‘Batal’ (Cancel)

Bagaimanakah cara menerima tempahan?

  • Tekan ‘Continue’ untuk teruskan 
  • Tanpa mengambil sebarang tindakan

 

Bagaimana kadar pembatalan saya akan terjejas?

Membatalkan tempahan menggunakan ciri ini tidak akan menjejaskan kadar pembatalan anda. Tetapi jika anda membatalkan selepas skrin ini, anda akan memberi kesan kepada kadar pembatalan anda.

Pilihan anda untuk batal awal membenarkan Grab bertindak pantas untuk:

  1. Menyediakan tempahan lain yang mungkin lebih sesuai untuk anda, dan;
  2. Mencari rakan-pemandu lain untuk penumpang tersebut 

Pelarasan (Adjustment) Anggaran Perjalanan

Kami akui bahawa pemetaan kami kadangkala terkurang atau terlebih dalam pengiraan navigasi perjalanan anda.

Dengan pelarasan (adjustment) anggaran perjalanan, secara automatik kami akan mengira anggaran pemetaan anda mengikut tempahan berasingan untuk semua rakan-pemandu.
Untuk kes di mana:

  • purata anggaran tambang anda terkurang dalam pengiraan, kami akan membuat pembayaran ke dalam dompet tunai anda pada setiap hari Selasa. Jika anda layak menerima pelarasan ini, anda akan menerima pembayaran minima RM5 untuk pengiraan seminggu.
  • purata tambang anda terlebih dalam pengiraan untuk tambang anda, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan dan tambang anda tidak akan ditolak.

Anda akan layak untuk menerima pelarasan ini setelah:

  • melengkapkan 10 tempahan seminggu selepas anda opt-in, dan;
  • purata anggaran tambang anda terkurang dalam pengiraan sekurang-kurangnya RM5 untuk seluruh minggu.
Pembayaran pelarasan ini hanya berkenaan untuk tempahan yang dilengkapkan.
Opt-in sekarang untuk menerima peningkatan ini!

 

*Butang ini hanya berfungsi pada telefon bimbit

 

  • Ia akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk perubahan dicerminkan dalam aplikasi pemandu Grab anda. 
  • Setelah opt-in, anda akan menyertai struktur tambang ditambah baik ini selama minima 28 hari. 
  • Selepas 28 hari, anda boleh terus menyertai struktur tambang ditambah baik ini tanpa mengambil tindakan lain.
  • Anda mempunyai satu peluang untuk opt-out selepas 28 hari.
  • Anda boleh opt-in pada bila-bila masa.

Soalan Lazim

Kami akui bahawa pemetaan kami kadangkala terkurang atau terlebih dalam pengiraan navigasi perjalanan anda. 

Dengan pelarasan (adjustment) anggaran perjalanan, kami akan mengira anggaran berlebihan dan berkurangan bersih secara automatik semasa perjalanan anda setiap minggu untuk semua rakan-pemandu. Untuk kes sepanjang minggu di mana:

  • Purata anggaran tambang anda terkurang dalam pengiraan dan kami akan membuat pembayaran ke dalam dompet tunai anda pada setiap hari Selasa. Anda akan menerima pembayaran minima RM5. 
  • Purata tambang anda adalah anggaran yang terlebih untuk tambang anda, kami tidak akan mengambil sebarang tindakan dan tambang anda tidak akan ditolak.

Anda akan layak untuk menerima pelarasan ini setelah melengkapkan 10 tempahan seminggu selepas anda opt-in, dan purata anggaran tambang anda terkurang dalam pengiraan sekurang-kurangnya RM5. Pembayaran pelarasan ini hanya berkenaan untuk tempahan yang dilengkapkan dengan struktur pendapatan rakan-pemandu ditambah baik.

Jika anda layak untuk pelarasan (adjustment) anggaran perjalanan berperingkat untuk semua tempahan dari Isnin hingga Ahad minggu lepas, anda akan menerimanya dalam dompet tunai anda setiap hari Selasa secara automatik.

Semua jenis servis pengangkutan layak untuk pelarasan (adjustment) anggaran perjalanan kecuali:

  • Tempahan KLIA (Lembah Klang sahaja)
  • GrabShare 
  • GrabRent 
  • GrabTaxi
  • GrabCar Exec
  • Ia akan mengambil masa sehingga 24 jam untuk perubahan dicerminkan dalam aplikasi pemandu Grab anda. 
  • Setelah opt-in, anda akan menyertai struktur tambang ditambah baik ini selama minima 28 hari. 
  • Selepas 28 hari, anda boleh terus menyertai struktur tambang ditambah baik ini tanpa mengambil tindakan lain.
  • Anda mempunyai satu peluang untuk opt-out selepas 28 hari.
  • Anda boleh opt-in pada bila-bila masa.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.