Nak makan kat Rembayung?
Nak ke Rembayung, cari meja;
Di Grab Dine Out, tempah saja.
Tempah meja anda dan nikmati ganjaran 150 GrabCoins. Senang saja. Skrol ke bawah untuk ketahui caranya!
Cara tempahan berfungsi:
- Buat tempahan dengan deposit RM10 untuk Dine-In atau Takeaway. Jumlah deposit ini akan ditolak secara automatik daripada jumlah bil akhir anda semasa pembayaran.
- Pastikan tetapan lokasi anda ditetapkan kepada Kuala Lumpur atau Selangor.
- Apabila tiba di restoran, buka aplikasi Grab dan tunjukkan skrin tempahan aktif anda untuk dapatkan meja anda.
- Tempahan ini terbuka kepada semua pengguna Grab, bukan terhad kepada pengguna GrabVIP atau GrabUnlimited sahaja.
- Kumpul 150 GrabCoins selepas selesai kunjungan anda!
Langkah-langkah menempah meja:
Ketahui Lebih Lanjut
Adakah deposit diperlukan untuk melengkapkan tempahan?
Ya. Deposit diperlukan untuk melengkapkan tempahan. Jumlah deposit ialah RM 10 untuk makan di restoran dan RM 10 untuk bawa pulang.Adakah deposit akan dipulangkan atau ditolak daripada bil akhir?
Deposit akan ditolak daripada bil akhir anda.Jika pelanggan membatalkan tempahan, adakah deposit akan dipulangkan?
Deposit tidak akan dipulangkan, kecuali jika pembatalan berlaku disebabkan kesilapan pihak restoran.Bagaimanakah restoran mengesahkan tempahan Grab Dine Out apabila pelanggan tiba?
Sila tunjukkan tempahan anda terus dalam aplikasi Grab apabila tiba di Rembayung. Tangkapan skrin pengesahan tempahan tidak akan diterima sebagai bukti tempahan. Ini membantu mengelakkan penjualan semula tempahan.Apakah kaedah pembayaran yang boleh saya gunakan untuk membayar deposit dan bil?
Deposit dibayar secara dalam talian, jadi anda boleh menggunakan kad atau perbankan dalam talian. Untuk bayaran di restoran, wang tunai atau kad debit/kredit diterima.Adakah deposit akan dipulangkan jika saya tidak hadir?
Tidak. Deposit tidak akan dipulangkan jika pelanggan tidak hadir untuk tempahan yang telah disahkan.Bagaimanakah saya tahu jika tempahan saya berjaya?
Selepas tempahan anda berjaya dibuat, pengesahan tempahan akan dipaparkan dalam aplikasi Grab. Anda juga boleh melihat aktiviti anda di bahagian Tempahan akan datang melalui halaman Aktiviti di penjuru kanan sebelah atas halaman Dine Out.Di manakah saya boleh melihat butiran tempahan?
Selepas tempahan anda berjaya dibuat, pengesahan tempahan akan dipaparkan dalam aplikasi Grab. Anda juga boleh melihat aktiviti anda di bahagian Tempahan akan datang melalui halaman Aktiviti di penjuru kanan sebelah atas halaman Dine Out.Bagaimanakah cara membatalkan tempahan?
Pada halaman Dine Out, pilih Aktiviti di penjuru kanan sebelah atas, kemudian pilih Tempahan akan datang. Pilih tempahan anda dan pilih Urus tempahan, kemudian pilih Batalkan tempahan.Berapa lama saya boleh lewat sebelum tempahan meja saya dibatalkan?
Meja anda akan disimpan sehingga 15 minit selepas waktu tempahan. Jika anda tiba lewat lebih daripada 15 minit, tempahan anda akan dibatalkan dan deposit tidak akan dipulangkan.Adakah terdapat had masa untuk menjamu selera?
Ya, setiap tempahan untuk makan di restoran dihadkan kepada 1 jam 45 minit, bermula dari waktu tempahan asal.Bolehkah saya membuat tempahan bagi pihak orang lain?
Tidak. Tempahan perlu dibuat melalui aplikasi Grab dan pelanggan mesti menunjukkan tempahan terus dalam aplikasi apabila tiba. Tangkapan skrin pengesahan tempahan tidak diterima sebagai bukti tempahan, selaras dengan prosedur operasi standard restoran untuk membantu mengelakkan penjualan semula tempahan.
- Tempahan melalui Grab Dine Out diproses mengikut siapa cepat dia dapat dan tertakluk pada ketersediaan harian.
- Pengguna yang layak akan menerima 150 GrabCoins bagi setiap tempahan yang selesai, tertakluk pada terma dan syarat Grab Dine Out.
- Promosi ini hanya sah semasa waktu operasi restoran dalam tempoh kempen dan eksklusif di Kuala Lumpur dan Selangor.
- Tempahan hanya tersedia untuk tempoh yang terhad dan tertakluk pada perubahan mengikut budi bicara Grab Malaysia.
- Grab berhak mengubah, melanjutkan atau menamatkan promosi ini, atau meminda terma dan syaratnya, mengikut budi bicara Grab pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada promosi ini, keputusan Grab adalah muktamad.
- Terma dan syarat ini tertakluk pada undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan promosi ini akan dirujuk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.