Pastikan anda tahu jika hentian tambahan diperlukan terlebih dahulu
Kini, penumpang Grab boleh membuat penambahan hentian dalam tempahan mereka. Bayaran tambahan akan dikenakan bagi penambahan jarak perjalanan.
Kami faham penumpang kadang-kala mahu menambah hentian dalam perjalanan mereka. Kini, penumpang boleh membuat hentian tambahan dalam tempahan mereka, supaya anda boleh merancang perjalanan anda terlebih dahulu.
Harga tambang akan termasuk kos jarak hentian tambahan. Lebih jauh jarak hentian tambahan, lebih tinggi jumlah tambang.
Menerima perjalanan dengan hentian tambahan
Terma dan Syarat
Bagi tempahan Grab dengan hentian tambahan:
1) Surcaj sebanyak RM 15 akan dikenakan bagi tempahan ke dan dari KLIA/KLIA2 dan Sepang.
2) Tambang tetap RM 65 ke dan dari KLIA/KLIA2 tidak doleh digunakan.
3) Surcaj akan dikenakan bagi tempahan ke dan dari Genting
Soalan-Soalan Kerap Ditanya
Bagaimanakah jumlah tambang dikira?
Jumlah tambang adalah termasuk kos jarak hentian tambahan.
Berapa lama perlu saya tunggu di hentian tambahan?
Anda hanya perlu menunggu 3 minit di hentian tambahan. Sila berkomunikasi dengan penumpang anda untuk perjalanan yang lebih lancar.
Saya baru sahaja melengkapkan perjalanan dengan hentian tambahan. Ini dikira sebagai berapa perjalanan?
Setiap tempahan dengan hentian tambahan dikira sebagai satu perjalanan.
Adakah kod promo / diskaun boleh digunakan untuk perjalanan dengan hentian tambahan?
Ya, mana-mana kod promo / diskaun boleh digunakan.
Adakah harga tambang boleh melonjak?
Ya, semua harga tambang boleh melonjak, tidak kira jika tempahan ada hentian tambahan atau tidak.
Adakah boleh jika penumpang meminta saya untuk pergi ke hentian kedua dahulu, dan ke hentian pertama kemudian?
Sila maklumkan kepada penumpang yang ini tidak boleh dibuat kerana harga tambang telah ditentukan berdasarkan susunan hentian asal.
Apa perlu saya buat jika penumpang tidak menempah hentian tambahan, tetapi meminta hentian tambahan di dalam perjalanan?
Sila maklumkan kepada penumpang untuk membuat tempahan Grab yang berasingan.
Apa perlu saya buat jika penumpang ada menempah hentian tambahan, tetapi meminta untuk hentian ketiga di dalam perjalanan?
Sila maklumkan kepada penumpang untuk membuat tempahan Grab yang berasingan.